Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 9 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kuala Lumpur mendung. Udara nyaman.
Tuan empunya warong jajan gembira.
Saya juga turut sama gembira.

Mereka inilah orang-orang yang tidak pernah ada hak keistemewaan.
Mereka kerja keras. Buat kueh dan jual kueh.
Mereka tidak ada saham di bursa saham

Berpindah dari satu kawasan ke satu kawsan
Cari tapak untuk berniaga
Dari pasar malam ke pasar ramadan

Hari Raya lagi 21 hari

Tiket bas pulang ke kampong sudah naik harga
Permintaan tinggi - harga makin naik
Bukan salah ulat atau salah kutu
Ini hukum kapitalis

Pulang ke kampong nak jumpa sudara mara
Atau nak tunjuk kereta
Ada baju baru leh jumpa mak we/pak we
Kalau nasib baik boleh minum air nira
Kalau nasib lagi baik malam-malam raya
Dapat cium eheeeem dia

9 ulasan:

wrdboom berkata...

ehem ehem ehem ehem

cucupakkasim berkata...

georgetown sampai ke bayan lepas waktu ini mcm juga kl,mendung tapi berangin sikit,jalan raya?tak usah cakap semua dok berebut nak balik buka posa di rumah,pasai apa? SAVE..! beb..JIMAT..!Raya? lambat lagi...

izwan berkata...

Puasa kerna syarat atau kerna ikhlas.. ;)

Tanpa Nama berkata...

malam raya boleh cium poen galpren huhuhuhuhu walau bini dah ada leh cium galpren punya huhuhu.

yb4all berkata...

Saudara Isham

Jam 5.00 tepat keluar ofis. Tak tunggu walau seminit. Masuk car, start 3 minit, cabut. Takut jam teruk kat MRR2 tu.

Lauk dah beli di kantin. Nampak ayam lemak cili padi, bungkus. Sambal sotong, ambik. Paru-paru goreng,cedok. Lepas tu, tambah kuah seplastik besar. Bayar. RM8.00. OK lah tu.

Jimatkan? Yalah, hari ni makan ayam. Besok makan sotong. Lusa makan paru-paru.

Petai takde. Tukang petik dah cuti raya.

Teringat pulak "ubah cara hidup" Hmmm, siapa yang cakap tu? tak apalah tak penting.

Dah masuk waktu pun. Selamat berbuka juga.

Tanpa Nama berkata...

Ada berita buruk, Umno sudah meninggl dunia, AL FATIHAH,
TOLONG BAGI TAHU SEMUA.
SALAM

zarin berkata...

lama tak dgr perkataan poen..wakakak

Tanpa Nama berkata...

Ni macam fist time puasa jer. Menghitung hari bila nak raya. Bila boleh makan siang semula. Bila boleh buat benda2 yang selalu di buat di bulan-bulan lain tapi tak boleh dibulan puasa ni. Hentikan le yopppp..

Apple berkata...

Salam puasa Bulan Ramadan

mailah download lagu
www.lagusempoi.blogspot.com

mai kita dengar lagu. Lupakan dulu UMNO ka apa kah. UMNO dah tenat dah pun