Rabu, 29 Oktober 2008

ROMPAKAN RM 1.67 BILION DIGAGALKAN


Satu rompakan besar duit rakyat yang telah lama di rancang telah dapat di gagalkan petang tadi.

Rompakan ini telah dirancang dengan licik sekali tetapi masih dapat digagalkan.

Rompakan RM 1.67 bilion ini telah digagalkan oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah bagun sebaris menentang rompakan Eurokopter EC725.

Minggu lepas satu gerombolan perompak dari kumpulan yang sama telah berjaya merompak Rm5 bilion duit KWSP. Ketika berita ini ditulis orang ramai masih lagi sedang mencari nama-nama perompak yang akan mendapat agihan duit rompakan RM 5 bilion itu.

Rakyat Malaysia di minta berjaga-jaga kerana lanun-lanun dan perompak-perompak ini masih berkeliaran. Perompak ini akan terus beruasaha walau pun kali ini rompakan mereka telah digagalkan.

Rakyat Malaysia wajib berwaspada kerana perompak ini sedang menggunakan nama jalan tulisan Jawi, Cina dan India untuk mengabui mata orang ramai. Rakyat Malaysia juga diingatkan agar berwaspada agar tidak termakan racun perompak ini hingga menjadi lalai.

Perompak ini sedang menimbulkan hal ekuiti harta rompakan mereka yang mereka anggap masih belum mencukupi. Rakyat Malaysia jangan termakan racun ekuiti ini kerana ini ialah sebahagian dari taktik untuk melahirkan sangka buruk antara kita sesama kita. Bila kita bergaduh sesama sendiri maka inilah masa yang terbaik untuk mereka merompak.

Perompak dan penjarah ini memang cekap dalam pengunaan taktik Orang Melayu benci Orang Cina , Orang Melayu benci Orang India dalam usaha rompakan mereka.

Rakyat Malaysia diingatkan agar jangan lupa kepada satu jampi yang cukup mujarab untuk melawan perompak-perompak ini. Jampi ini ialah : Rakyat Bersatu Tidak Akan Di Tipu - ( Laporan Ajensi Berita TT)




15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masalahnya perompak-perompak ini menggunakan 'ski-mask'warna hitam,menyebabkan kita agak sukar untuk mengecam mereka....

TULIS ONLINE berkata...

Salam Blogger,

Salam ziarah di laman maya ini.

Teruskan berjuang wahai Tuan.

Membongkar segala rahsia dan kebatilan.

Semoga suksess...


Ikhlas,


Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

YA!!!!!
Sebab perompakan terancang itu telah diketahui umum. Akibat dibocorkan oleh ahli kumpulan itu sendiri yang tak paus hati dengan pelan pembahagian harta rompakan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Dalam kegagalan mereka it, sempat juga mereka kelentong pasal harga supaya dapat juga menyalahkan rakyat jelata.
1.67 dan 2.3 yang mana saudara nak percaya? Sebenar nya bukan rakyat sahaja kena kelentong tetapi memanda Pak Lah pun kena kelentong sama, dengar khabar nya taklimat yang diberi oleh kadam kadam memanda tidak tulus tetapi penuh dan licik cara nya. Patut nya Pak Lah tanya mereka kenapa mahal harga nya dan nak digunakan berperang dengan siapa? General Udara kang kong pun blurrrrr, sekarang kalau tanya dia maka dikata nya dia tak tahu tetapi dengar cerita dia luluskan spesefikasi keperluan helikopter itu dengan meniru brochure Eurocopter sahaja.
Habis lah melepas semua nya. Kalau tidak mereka jadi kaya raya.
Perompak perompak negara rupanya ada di mana sahaja.
Mati lah kita brother kalah perang, nak lari duit tak daa, nak tumpang couger pun tak daa, nak tumpang Sukhoi nanti pecah rahsia sebab Air Defence Radar rytheon akan nampak pula sebab beli secara direct nego dan mahal juga, semua nya alat hebat habat belaka. Brother nak tahu juga ke? Sabar je lah ya!!!
kalah perang kalah perang.

kopitelp16 berkata...

Kegagalan membeli helikopter ini menunjukkan bahawa rakayt sudah bangun and tidak mudah tertipu dengan helah lanun-lanun yang memakai kot!

Kami sudah bangun, anda bagaimana?

goddamn those who should b damn berkata...

sent all dis maderfuker to hell.

Tanpa Nama berkata...

hui...ingat Van Sekuriti kena rompak 1.67b dekat dekat sawit lagi,hahah rupanya....masalah ekonomi kata 'menteri pertahanan baru'...hahhaha dia jaga hal ekonomi jugak...dah lamaaa daah

Tanpa Nama berkata...

aiseh..apa pasal pakatan rakyat gagalkan rancangan rompakan tu..

bik mama da plan da nak beli jam tangan berjuta, nak pergi shoping naik sukhoi, macam mana sekarang? bajet bik mama da lari..

hmm, takpa2 bik mama, banyak lagi sumber ade ni..petrol buleh naik, bil api buleh naik, naik kan segala2 yang buleh naik..berat badan bik mama jangan bagi naik pulak..kah kah kah..

p/s - aritu pegi nonton carita 'max payne' , tak sangka dalam scene muvi tu pon ade gune C4..kah kah kah..tercabar bik mama tengok..

Tanpa Nama berkata...

perompak mewah berjalan tanpa risau ditangkap..ni bru dikatakan perompak hebat..perompak bank pun takut2..dia..rilek jerk. kah kah kah..mmg best posting neh.

perompak ni bukan perompak disiang hari, tapi merompak pakai lampu di siang hari.

Tanpa Nama berkata...

meow~~

perompak yang memakai tali leher dengan sut Giorgio Armani yang sedang berkeliaran di Putrajaya ini pada kucingsiam, lebih HINA daripada mat rempit / peragut penagih dadah. Kumpulan kedua cuma mampu memangsai satu atau dua orang pada satu masa, tetapi kumpulan pertama cukup berbahaya. Mereka memangsai SEMUA ORANG tak kira keturunan, agama.

Mereka kapitalis yang memuja tuhan bernama UANG.

Hantu Cina, Hantu India, Hantu Pendatang, Hantu Yahudi, Hantu Singapura ialah senjata psikologi yang biasa dipakai untuk memukau orang Melayu agar tidak melawan apabila dirompak.

harap-harap obat hisham mampu menyedarkan pembaca yang masih terpukau ... kalau melihat tingkah laku kebelakangan kumpulan perompak ni, nampak sangat kelaparan mereka!

Tanpa Nama berkata...

Bik Mama perasan anggun,
Perasan anggun lagaknye eksyen,
Tiba-tiba Pak Lah terbangun,
Hold dulu..berape aku punye komisen??..

Beli eurocopter banyak nye wang,
Teruk le negara bertambah hutang,
Deal hold sebab Pak Lah berang,
Sebab Wak monggol "mashuk" sorang..

3viL X eIjI berkata...

bErAnI toL NaK RoMpAk duiT rakYaT..jGn MeMaIn.Pak DOl jiRaN aKu AdE PanDai Baca2.dLu oRg Amik DuiT dIa Rm100 bErAk bErDaRah SeMingGu..Klu rM1.67 bIlIoN lAk CaMnE?:-).lu PikiRlAh sEnDiri.

Kilimanjaro berkata...

Selamat Petang Saudara Isham dan semua.
Sejak direkomen oleh sorang kawan dari KL mengenai blog abang Isham dari bulan Ogos yang lepas, saya mengikuti blog TT tanpa hentinya, talak stop langsung pun. Apa yang didapati dari sini sebenarnya taklah banyak sangat, TETAPI KEBENARAN YANG MEMBAWA BANYAK MAKNA!
Dalam Akhbar tempatan, tak kira akhbar bahasa Melayu,Inggeris atau Cina, semuanya TAK BOLEH percaya. telah jadi kenyataan yang kebanyakan akhbar sudah menjadi MULUT si pemegang kuasa, sebagai penyalur ideologi mereka mereka yang BERKUASA.
Harapan saya cuma satu, IAITU BANG ISHAM DAPAT TERUSKAN PERJUANGAN DALAM MEMBAWA ERTI KEBENARAN INFORMASI KEPADA SEKALIAN RAKYAT YANG SEBEGITU LAMANYA DITIPU OLEH MEDIA YANG TELAH DIKUASAI SEKIAN LAMA!
SYABAS MALAYSIA BARU!

dari kilimanjaro
http://blacorwhyte.blogspot.com

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Nasib baik..

Kalau dak habis harta rakyat!!!

broooo... berkata...

menteri kewangan luluskan, menteri pertahanan pulak batalkan...
masing2 dok berebut nak dapatkan habuan %,

kalau dah dlm KERAjaan sendiri dah bercanggahan..... apa lagi yg boleh diharapkan???

lagipun fakta 2.3 bllion & 1.67 bllion ni mcmmana boleh dipinda dlm masa beberapa hari saja, PAC pun masih belum selesai siasatan. mana satu yg betul nih????

wahai rakyat Malaysia, janganlah mudah diperbodohkan oleh pak2 mentri yg tak consistent nih! jahanam kita wooiii!!!!!