Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 12 Disember 2008

BERITA GUMBIRA EKONOMI DUNIA

PERMINTAAN MINYAK PETROL KURANG

Permintaan bahan bakar petrolium semakin berkurang. Inilah pengurangkan yang kali pertama berlaku semenjak 30 tahun yang lalu.

Ketua Bank Dunia mengatakan ‘ zaman meleset ini lebih buruk dari Great Depression’. Huru harga ekonomi global ini akan lama. Tahun hadapan barangan untuk jual beli akan terus menguncup.


KONSUMER DI AMERIKA BERWASPADA - Bloomberg


Ini lah kemelesatan ekonomi yang belum pernah dirasakan semenjak tahun 1942. Para konsumer di Amerika telah mula tidak berbelanja.

Para politikus dingatkan oleh Bank Dunia untuk mula membuat persediaan

EKONOMI CHINA KUNCUP

Barang-barang murah buatan China semakin kurang. Ekonomi China sedang dilanggar oleh kemelesetan ekonomi. Ini adalah tanda tanda yang ekonomi dunia sedang menguncup kerana China dilihat sebagai ‘ bengkel barang murah dunia’.

Pada bulan November tahun ini eksport China kuncup – menjadi $100 bilion dolar.
Pada November tahun lalu China mengekport $108 bilion. Ertinya kurang $8bilion.


SYARIKAT RIO TINTO BUANG PEKERJA

Syarikat Rio Tinto yang dimiliki oleh Syarikat Perlombongan Anglo-Australia akan membuang 8,500 kontractor dan 5,500 pekerja sepenuh masa.

Ini dilakukan untuk mengurangkan beban kerana syarikat ini sedang berhutang sebanyak $38 bilion dolar.


kah kah kah…. menteri keduitan sila baca… jangan malas…. nanti six milion dolar man marah….. kah kah kah…

woit….jangan cakap OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM….sila baca dan faham… tak faham tanya bik mama... kah kah kah... dia tahu harga jam.... kah kah kah...



7 ulasan:

Johan berkata...

Bik Mama pon tau ekonomi meleset sbb harga barang dah naek kat gedung2 kat Vegas,Paris,etc..kah kah kah

Johan berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=4Zd08F-sa2Q&feature=related

Tanpa Nama berkata...

YA, ekonomi dunia sedang menguncup
para perancang di Langley sedang berbibcang dengan pembuat senjata di COnnecticut dan Naional Rifle Association agar undang-undang baru menggalakkan lagi pengunaan senjata.
Amerika memerlukan front baru untuk berperang. Kali ini benua Asia Selatan adalah medan terbaik. Lebih ramai yang mati dan lebih ramai yang kebulur lebih baik.
Bank Dunia pun untung kerana boleh jadi ceti besar lepas itu.
Harga minyak dunia juga boleh naik kembali. Tokeh minyak di Texas dan Alaska akan ketawa besar.
Kot Sheikh di Arab Saudi dan Teluk juga ketawa besar kerana dapat untung besar untuk mereka joli di Las Vegas dan Herrods di London dan Paris.
Maka pengawal wang di Putrajaya pun telah merancang besar untuk melakukan projek raksaksa dan berapa % mereka akan dapat.
Yang akan taggung segala hutang termasuk hutang Perwaja, PLUS, MAS, dan bermacam2 duit KWSP, Tabung Haji dan Petronas yang tealh dibawa keluar ini adalah rakyat Malaysia. Anak2 yang bakal lahir 2009 mungkin telah pu berhutang tidak kurang 10 ribu seorang sebelum dilahirkan.
Maka iklan2 besar tentang perlu berkorban untuk negara pun akan dikeluarkan pada 31 Ogos.
TAPI Aku hairan PM dan gerombolannya tak pulak naik KTM Komuter dan bas Rapid KL???
Kenapa anak beranak PM dan gerombolannya tak pakai kereta Kancil 660cc?
kenapa menteri ni semua mebazir wang rakyat dengan menggunakan kereta enjin besar?
Kenapa enjin kereta ronda polis lebih kecil dari enjin kereta KSU dan Pengarah jabatan kerajaan pusat???
Apakah mereka perlu enjin besar supaya dapa tangkap lebih banyak perasuah?
Kenapa kereta KSN sendiri enjin 2000cc?
Adakah KSN akan kurang efektif jika kena pandu kereta sendiri dan kena taip surat sendiri??
Kenapa kita bayar gaji 10x gaji kenari kerajaan tapi ak pernah siapkan laporan sendiri?
Untuk berfikir? Atau untuk mengahbiskan duit rakyat?

abe_pie berkata...

kalau aku jadik amerika, aku akan membeli minyak sementara tgh murah dgn menggunakan duit dollar. buat stok bebanyak sebab nak pakai masa perang nanti.

Wahai OPEC dan OIC , jgn niaga minyak atau apa2 dgn US lagi. nanti kena serang dgn US..

Tanpa Nama berkata...

Begitulah putaran sistem ekonomi kapitalis, dah gila babi mengejar pertumbuhan dan dibumbui dengan spekulasi gila babi( lihat dulu dunia gila perlu minyak, kini alih-alih tidak kerana tiada lagi spekulasi) lalu terpaksa runtuh, kini kena bangun semula, malangnya tak mau mengikuti jalan yang lebih sesuai, akan bangkit dengan cerita lama yang kemudian runtuh lagi, itulah kerja kapitalisme. Tak serit-serit dan tidak akan insaf akan sistem kapitalisme itu tidak baik untuk manusia kerana pandangan hidupnya cuma mencari untung tidak kira caranya sama ada mengguna agama, militer,teori kelentong atau apa saja asalkan boleh menindas dan mengeksploitasi sementara gerakan pembebas dan anti kapitalis sepanjang masa akan bertentang dengannya. Tunggu Obama yang mewakili bapak kapitalis dunia boleh membangunkan ekonomi kpitalis corak baharu.

tapir tenuk berkata...

aku tetap dengan pendirian aku bahawa EKONOMI MALAYSIA MANTAP & STABIL. kata2 aku ni benar sungguh! percayalah... konpidenlah... tepuklah tangan semua... kah kah kah (sambil berbisik)

tubeless berkata...

Harap2 lah negara kita tak akan terjejas teruk. Sama2 berdoa..