Khamis, 11 Disember 2008

TERENGGANU BAKAL TERIMA RM400 JUTA -melayau


KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak tambahan kira-kira RM400 juta yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri di sini Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bayaran tersebut merupakan tambahan selepas pembayaran royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di perairan negeri ini.


kah kah kah…. ini bukan rasuah nak cari undi ya?.... kah kah kah…

kah kah kah…. INI DUIT TAMBAHAN … kah kah kah…. hasil dari duit komisen beli kapal selam…. kah kah kah…



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat monggol banyak duit bolih enjoy tapi bkan dengan bik mama haahahhahhaha.
Mat Monggol beli jet pejuang tanpa enjin, satu sejarah dalam dunia. Badan baru enjin lama, berapa banyak dapat komisen, brader kita kalah perang sebab jet pejuang tak bolih terbang tak ade enjin...hoi mat monggol ngok punya orang kena kelentong Panglima Udara kang kong.
Tapi takpe duit Petronas masih banyak.....tuuuur punya mat monggol. Bik Mama sakit bontot....kalah perang

Tanpa Nama berkata...

INi cuma 10% dari duit nak ditaburkan sebagai kempen pilihanraya KT Januari nanti. selebihnya akan diumumkan awal Januari nanti.
Dan ramailah puak UMNO nanti akan berkampung dan berkemah macam di Permatang Pauh sambil berebut-rebut untuk dapatkan limpahan duit minyak ini. Sama macam peklahap daging korban berebut daging dan tulang. Sungguh heran sebab masa solat jemaah surai dan mesjid ni sellau lengang dan cuma sibuk bila masa daging korban dan diedarkan..
Maka akan adalah pejabat UMNO yang akan pecah lagi kerana ada yg datang dari jauh tapi habuan dah dibawa lari lebih awal. Bertumbuk lah nanti puak-puak yang marah ini kerana habuan tak dapat.
Bergembiralah anak-anak polis kerana bapak hilang untuk 2 minggu dan pulang dengan claim RM2 hingga 3 ribu
Anak-anak Terengganu jugak yang akan melopong bila ex MB dan suku sakatnya nanti akan berebut dengan suku sakat MB baru untuk dapatkan duit yang beratus juta datang melimpah-limpah sehingga 17 Januari nanti.
Maka harga kain songket siap akan naik 300% dan harga keropok lekor pun lebih mahal dari di Bangsar.
Kepada para pelajar universiti kajian2 yang menarik boleh dilakukan di KT untuk menilai kuasa membeli barang2 untuk mengisi almari di rumah2 besar di Lembah Kelang. Selama 2 minggu lebih semua harga makanan dan hotel-hotel akan penuh sesak.

Tanpa Nama berkata...

sdra,

Banjir dah surut di Kuala Terengganu.

Tetapi, Mereka bakal di BANJIRI dengan berjuta RM dengan pelbagai projek dan dengan timbunan dan limpahan janji.

Syukurlah. tapi yang lebih patut disyukuri oleh orang Terengganu ialah atas kematian wakil rakyat.Banyak manfaat atas kematian seseorang.

Tapi saya percaya wakil rakyat saya, Khairy Jamaludin masih panjang umur. Saya tetap doakannya.

Adnan M

Tanpa Nama berkata...

Dah pasti bahawa amalan rasuah tu memang sudah terbatin di kalangan UMNO/BN. Dulu semasa PAS memerintah Terengganu begitu seksa sekali nak dapat royalti, ketika itu Madey tahan kini nak ambil hati pengundi Najis akan tabur dengan murah hati RM 400 juta. Ingat jika rakyat Terengganu sudah celik harus terima walaupun sebahagian besar akan masuk pokek orang lain. BN/UMNO mungkin akan buat banyak lagi masjid/surau walaupun sedar tak ramai akan membuat sembahyang jemaah nanti. Jika rakyat Terengganu pilih parti alternatif maka itu sebenarnya satu pengajaran kepada UMNO yang tak habis-habis nak kelentong rakyat dengan rasuah. Rakyat Terengganu, terima wang itu dan pilih parti alternatif , bagi ajar sama UMNO/BN secara telak!

Tok Uban berkata...

Maka mencurah-curahlah duit 400 juta tu masa pilihan raya kat kuala terengganu nanti...

Untuk orang umno kat kuala terengganu tu, fikirlah...berapa nilai diri kamu...

Untuk pengundi hantu...jaga-jaga sikit...nanti jadi hantu betul-betul...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Malang nasib rakyat Terengganu selama berpuluh tahun di bawah kepimpinan Wan Mokhtar (orang Terengganu sebut- Wan Mokhter).

Rakyat Teregganu nampak lebih terbela di bawah kempimpinan PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Melihat potensi ini, mamak Iskandat Kutty merampas hak rakyat Terengganu dan menukat royalti kepada wang ehsan. Satu perkara yang tidak dapat diterima akal. Macam magic. Mahathir semua boleh. Law ke apa ke belakang cerita. Mahathir ajar rakyat langgar undang-undang.

Saya harap PAS menang di Kuala Terengganu dengan meletakkan Mohd Sabu sebagai calon. Hehe.

Idris Jusoh boleh balik Terengganu dan sabotaj calon Barisan Nasional. Ini adalah 'first test' untuk Mohd Said sbg MB. Kalau nasib baik, Idris Jusoh boleh bertapak kembali di Terengganu, lagi bernasib baik menjadi menteri pusat di bawah kempimpinan Najib Razak.

Tanpa Nama berkata...

Asal nak pilihanraya mcm2 nak bg.itu la,ini la.Royalti utk Teganu bg je la x pyh nak di sekat.klu btl caranya x msk surat khabar pun org percaya. Ubah la cara sikit.keegoan yg ade perlu di buang.INGATLAH KEKUASAAN YANG ADA ITULAH YANG AKAN MENJATUHKAN KITA JIKA TIDAK ADA RASA RENDAH HATI.Aku ckp ni sebab sygkan UMNO DAN DALAM UMNO TU MELAYU KATANYA.

laluanmotor berkata...

dai dai dai dai...nk tipu rakyat terengganu..duit tambahan kepala lantok dia.tunggu exco sorang lagi mati baru nk bagi duit lg..kah kah kah

Pelan Cap Ayam berkata...

Bagi aku, pilihanraya KT ni akan dipenuhi dgn pelbagai taktik kotor yang akan dilakukan BN. Lebih kotor dan lebih busuk dari sebelum ni. Ini sebab, KT 'wajib' dimenangi oleh BN untuk membersihkan diri mereka. Untuk menunjukkan kepada seluruh rakyat yg BN ni masih relevan. Orang dah terdesak beb..

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=cu07kEKc2uM&feature=channel_page

ulasan azmin ali pasal rakaman yang disiarkan tv3


http://www.youtube.com/watch?v=x1mSykhu1qE&feature=channel

jpm kena....

Tanpa Nama berkata...

wow!banyaknya yang kerajaan Terengganu dapat.dah dapat duit tu jangan lupa pulak untuk bayar hutang kepada kerajaan pusat dan juga membantu menaikkan lagi taraf ekonomi dan sosial di Terengganu.

Unknown berkata...

aku rasa PRK di KT nanti taklah sehangat di Permatang Pauh.sebab di Permatang Pauh ada "star" iaitu Anwar Ibrahim.kat KT pulak tiada calon yang menonjol.

kita selalu tgk UMNO dituduh main politik wang la rasuah.tapi pelik juga sebab disebelah PR tak berbunyi benda ni.mungkin sebab dah di"cover" baik punya ke sampai susah nak dikesan?.aku tak percaya yang PR ni suci murni sangat.mesti ada yang "nakal" jugak.cuma tak dihebahkan sangat je.

owh.tentang royalti minyak pulak,memang rakyat Terengganu berhak dengan duit tu.orang lain tak payah nak bising-bising.sebelum ni pun MB Terengganu ada bersuara pasal royalti minyak.