Ahad, 25 Januari 2009

HAIRAN! HAIRAN! HAIRAN! 10 JUTA KALI HAIRAN !!!


Hairan sudah jam 4.20 petang tapi berita gempar Datuk Nasaruddin tidak ada laporan dalam Melayau Online atau Berita Hairan Online.

Bernama yang mengakui pembekal berita nasional pun elek!

Bota suda sebota-bota. Perak sudah se Perak perak. Semua sudah heboh. Satu negara sudah heboh.

Sms sudah berjuta berterbangan.

Nak suruk apa lagi.

Ini berita gempar patut dilapor. Tak kan hanya nak lapor berita menteri buka reban ayam di Kuala Pilah. Ini sudah boring.

Tukar Tiub lebih awal dari semua untuk memecah berita.

Macam mana di Tv? Tukar Tiub tak ada Tv - maka tak boleh komen. Ini samalah macam kalau belum baca buku itu – tak payah nak komen-komen.

Pembaca TT sila perhatikan macam mana Tv ‘putar’ berita ini. Atau apakah SPRM akan dihantar untuk kes 200 ringgit ?

Tak kan 'wartawan melayau' pergi yamseeeeng! Awal sangat - yamseeeng esok.




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adun Bota Perak DATUK NASARUDIN HASHIM baru sahaja meningalkan UMNO dan masuk Parti Keadilan Rakyat. Berita ini dipetik dari laman blog Tukar Tiub yang menyiarkannya pada jam 3.17 petang.

Malaysiakini baru saja melaporkan berita ini (3:20pm).

Tanpa Nama berkata...

Takbir takbir takbir reformasi x 3
Aku agak Utusan Melayau tengah sibuk mencari artis mana yang baru mengandung untuk menutup cerita sensasi lagi panassssssssssssss

Tanpa Nama berkata...

Bro,
Pertama sekali, angkat topi untuk Datuk Nasarudin Hashim yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menjadi hamba rakyat. InsyaAllah, sejarah akan terpahat buat beliau dan Datuk Zaid Ibrahim yang berani dan tegas dengan perjuangan.
Inilah antara manusia UMNO yang sedar betapu perjuangan UMNO telah jauh terpesong dari landasan sebenar. Semakin hari semakin jauh sesatnya UMNO kerana apa?
Secara peribadi, saya berani memegang fakta bahawa kepesongan dan keangkuhan gerombolan UMNO bukan tidak disedari oleh ahli-ahli dan beberapa kerat pemimpin. Tetapi apakah yang boleh mereka lakukan? Mungkin dalam hati antara beberapa ahli dan pemimpin UMNO itu ada yang mempunyai rasa kesedran yang tinggi untuk memperbetulkan UMNO tetapi yang menjadi masalah ialah kerana telah menjadi darah daging gerombolan UMNO, seandainya ada pemimpin dan ahli yang cuba menegakkan kebenaran, maka mereka ini akan dianggap sebagai virus yang harus dimusnahkan.
Pendek kata, memang terdapat golongan reformis dalam UMNO, saya tahu fakta itu, tetapi yang menjadi masalahnya ialah sebilangan pemimpin dan ahli UMNO yang tegal untuk terus berkuasa demi tembolok dan kroni atau pendek kata golongan yang menjadikan UMNO sebagai tempat cari makan. INIlah masalah sebenar UMNO di peringkat bawahan.
Bro,
Dengan tindakan berani Datuk Nasarudin Hashim, saya dapat bayangkan bahawa keputusan yang beliau buat itu bukan atas dasar peribadi, tetapi adalah akibat dari kesedaran lubuh hati beliau sendiri. Saya percaya, YB Datuk tidak keseorangan.Ramai ahli-ahli UMNO sebenarnya menunggu masa, detik dan ketika untuk mereka meninggalkan perjuagan UMNO yang tidak lagi relevan itu.
Bro,
Percayalah. Selepas ini, kita akan mendengar berita-berita dari media arus perdana yang akan menghentam YB Datuk Nasarudin semaksimum mungkin. YB Datuk akan dikatakan mahu lari dari tanggungjawab, rasuah, mumpunyai masalah peribadi, mempunyai agenda sendiri dan seperti biasa maka YB Datuk akan ditohmah dengan tohmahan-tohmahan yang amat berat sepertimana yang telah dilalui oleh DSAI.
Bro,
Saya telah melalui pahit jerih sebagai bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan, bekas Setiausaha UMNO Cawangan dan banyak terlibat dalam kegiatan UMNO sejak awal tahun 80an sehinggalah saya keluar daripada UMNO pada tahun 1990an. Saya telah nampak bahawa terdapat ramai reformis berada dalam UMNO tetapi mereka ini tiada sokongan dan dorongan untuk memulihkan UMNO.
Bro,
Pemimpin Gerombolan UMNO harus sedar,hayat UMNO hanya menunggu masa sahaja. UMNO tidak akan pulih selagi ahli-ahlinya yang ada hari ini masih memandang materilisme sebagai agenda utama mereka menjadi ahli UMNO.Saya tahu pemimpin-pemimpin UMNO tidak berani mendedahkan perkara ini kerana mereka seperti ingin menutup bangkai gajah. Lama kelamaan akan berbau juga akhirnya.
Cukuplah, hentikanlah perjuangan salah UMNO pada hari ini dan sedarlah bahawa majoriti rakyat Malaysia sekarang ini telah mula menolak UMNO dan BN. Rakyat telah beubah, hanya UMNO yang tidak mahu berubah. MCA dan MIC telah mula menunjukkan kematangan dengan kritikan dalam isu-isu yang melibatkan kaum mereka namun UMNO masih pekak, bisu dan tuli.
Kemasukan YB Datuk Nasarudin ke pangkuan PKR adalah satu suntikan semangat kepada perjuangan Pakatan Rakyat dan merupakan satu suntikan maut untuk UMNO.
Bro,
Selagi pemimpin-pemimpin UMNO yang berada di singgahsana di atas sana masih bermatian mahu mengekalkan kekuasaan mereka selagi itulah iltizam dan semangat rakyat akan membakar untuk menegakkan ketuanan rakyat.
HIDUP DATUK NASARUDIN!!!
HIDUP RAKYAT!!!

Ikhlas dari hati...RIDER

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni, mereka keluarkan cita ada ahli umno kaw bota dot duit rasuah... sbg... selalu sgt dah.

Tanpa Nama berkata...

bro..tv9 ade putarkan berita ini..

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,

Muka dia memang muka PKR. Cantik sangat la dia join masuk PKR.

Muka dia sama erap muka Johari Abdul dan Fauzi A.Rahman.

Jika dia mempunyai semangat agama dan bangsa, mesti dia pilih PAS. Tetapi dia pilih PKR.

Tuu yang Pakyit PAS tiba-tiba takbir...takbir apa hal? Dia masuk PKR bukan masuk PAS oii.

[PURE MELAYU]

Amri Mat Saaid berkata...

tak kisah lerr die masuk PKR ke PAS janji bersama PR- takbirrr

Amri Mat Saaid berkata...

he he tanpa nama tak kisah lerr masuk PAS ke PKR ke janji untuk kebaikan rakyat dah le, ngape mike marah sangat tu he he