Ahad, 25 Januari 2009
KURANG ILMU PUNCA MUNDUR - melayau
PEKAN 24 Jan. – Kemunduran umat Islam pada masa ini berpunca daripada kegagalan mereka dalam menguasai ilmu dan teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tegas beliau, umat Islam akan digeruni jika mampu menguasai ilmu dan teknologi kerana status seseorang itu berkait rapat dengan tahap penguasaan pendidikan yang dimiliki.
‘‘Untuk menyelesaikan masalah kebuntuan ummah ini, senjata yang paling berkesan adalah penguasaan ilmu dan pendidikan tinggi,” katanya di sini hari ini.
kah kah kah….bila isteri rosmah bercakap pasal pendidikan….nak menangis susah… nak ketawa senang…..kah kah kah…
woit… memeang laaaa pelajar jadi bodoh…forum tak boleh… ceramah tak boleh….surat khabar sendiri tak boleh…. persatuan tak boleh…. bodoh dan banganglaaa pelajar…. kah kah kah…semua minta kebenaran…. apa punta tuuuur punya universiti…. kah kah kah…. kena pakai tali leher…. tak boleh pakai baju t… tak boleh rambut panjang…. Kah kah kah….patutlaaa pelajar ngoooook…. kah kah kah
kah kah kah…asik asik btn…. kah kah kah…. asik asik anak anak main api…. kah kah kah…. patutlaaa pelajar bodoh….kah kah kah…
woit…kalau belajar tak abis pun satu hal…. kah kah kah…kalau universiti kokak macam noting ham pun satu hal….. kah kah kah …
Labels:
ziana zain,
zionis,
zionis antarabangsa,
zionis tempatan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
KahKahkah..
Bila isteri cakap macam laa jadinya. Macam bodoh. Kahkahkah. Tu belum lagi Bik Mama cakap soal kemanusiaan kat Astro. Iklan tobat macam gampang. Gua baru sampai kampung awal-awal pagi ON tv je nampak muka Bik Mama. Terus lapar nak makan nasik!
Lagu anak kecil main api ni Isham, aku zaman skolah lagi dah nyanyi.Bongok! Tiap kali rollcall kena nyanyi. Harammm!
Bro,
Tak payah cakap, bebudak tadika kat Simpang Pertang pun dah pernah dengar skrip Islam mundur kerana kekurangan ilmu dan kegagalan menerokai bidang teknologi. Semua umat Islam Nusantara bermula dari Kompong Cham, Kemboja hingga ke Pulau Christmas Australia pun tahu.Persoalannya, kenapakah isu sebegini disedari oleh pemimpin tetapi gagal diselesaikan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu melihat persekitaran politik negara-negara Islam dan tumpuannya ke arah Malaysia. Ahli politik di negara ini cenderung ke arah matlamat memperbodohkan umat Melayu dengan pelbagai cara dan menggunakan pelbagai media sedia ada supaya TIADA,saya ulangi TIADA individu terutamanya Melayu/Islam yang boleh bangkit memimpin kesedaran untuk berubah ke arah kemajuan.Ini adalah kerana jika golongon pembaharuan ini bangkit, maka kekuasaan pemimpin sedia ada akan terhakis dan tembolok mereka akan kempis kerana peluang mengaut kekayaan dan harta secara haram akan tergugat.
Inilah masalah utama umat Malaysia yang telah menjadi penyakit sejak ratusan tahun lagi dan dicerminkan melalui kisah Si Lunchai dan Hang Nadim. Pemimpin membunuh seorang anak kecil yang pintar adalah perlambangan Pemimpin Melayu yang tidak boleh menerima tunjuk ajar dan takut hilang kekuasaan mereka.
Bro,
Bagimanakah mahu membangunkan teknologi jika terlalu banyak sekatan dan pantang larang yang dibikin sendiri oleh pemimpin-pemimpin yang dungu dan bongkak? Mereka bercakap tentang teknologi tetapi mereka sendiri mengongkong minda rakyat agar hidup dalam dunia teknologi sedia ada. Wang berjuta yang ada dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak perlu, Monsoon Cup dan Masjid Kristal contohnya. Pemimpin dan kroni mereka mengasak wang rakyat sesuka hati, sehingga telah menjadi trend dalam negara bahawa menjadi pemimpin adalah bermaksud menjadi jutawan!!! Berapa banyakkah wang yang telah dilaburkan untuk mengadakan R&D dalam semua bidang teknologi di negara kita? Bagaimana pemimpin bercakap tentang teknologi sedangkan MRR2 dan Bangunan Parlimen yang dibina pun gagal mencapai standard kualiti yang sepatutnya.Bercakap memang senang wahai para pemimpin negaraku Malaysia!!!
Bro,
Selagi pemimpin gerombolan UMNO masih memegang tampuk kekuasaan maka selagi itulah negara akan hanyut dalam kedaifan teknologi dan pemikiran.Sejak dari 1957 hingga ke hari ini berapa orangkah rakyat negara ini menang hadiah Nobel? Sudah berapa buah universiti di Malaysia berjaya menduduki antara 50 universiti terbaik dunia? Semua ini perlu difikirkan dan pemimpin perlu ada kesedaran. Kegagalan negara bukanlah kerana rakyatnya, tetapi adalah kerana pemimpinnya yang jahil memahami erti kejayaan itu sendiri.
HIDUP KUASA RAKYAT
Ikhlas dari hati..RIDER
Betuuuul Brader, kalah perang, asyiiik nyanyi lagu anak kecil main api dan mat monggol tak sedar tak lama lagi api tu bakar semua gerombolan. Bik mama terbakaf kat bontot je.....hahahaha hahaha!!!!
macam mana nak ada ilmu asyiiik belajar ilmu nak main api je.....
Harammm jadah, masa kat BTN kena nyanyi lagu anak kecil main api, konon nya suruh melayu sedar rupa nya nak buat melayu bodoh, patut lah semua pegawai kerajaan bodoh belaka, satu ari nanti gua cerita sama lu sampai habis la brader sebab gua sudah salah langkah gua sudah kutuk gerombolan kat BTN.
Bila nak buat theatre "Anak Kecil Bermain Api@BTN."
Tak de ang pau ke brader? Raya Cina ni, calling calling la Bik Mama dan Mat Monggol kut kut ada asyok pokit...hahahahaha
Saya belajar di universiti yg elit di Amerika.
Macamana universiti saya ni boleh jadi elit? Sbb buat ceramah boleh, forum boleh, debat boleh, kempen boleh, kelab politik boleh, suratkhabar sendiri pun boleh. Author suratkhabar bebas menulis pasal ekonomi, politik dan Obama. Ahli2 kelab Republican juga boleh memberi respon kalau mereka ada pendapat sendiri.
Dengan kebebasan yg macam tu, tak pernah pun ada kumpulan pelajar yg bergaduh, tak pernah ada pelajar yg buat laporan polis dan sebagainya. Semuanya hidup aman-damai dan perkembangan ilmu sentiasa dirangsang dari semua sudut.
Itulah ciri2 universiti yg elit. Kalau universiti chukia yg dipenuhi ramai kangkong, lain pula keadaannya.
macammana hendak tingkatkan diri?.caranya ialah kurangkan hiburan dan tingkatkan pengetahuan.masalahnya dengan masyarakat kita terutamanya orang Melayu ni suka sangat pada hiburan.tengok sajalah pada Akademi Fantasia.siapa yang paling banyak menonton dan menghabiskan duit untuk AF?rata-rata orang Melayu.
sesuatu bangsa itu boleh mundur jika ilmu kurang dan mudah digoda dengan nikmat dunia.itu dah terbukti.dah berapa ramai orang yang jatuh tersungkur dek cetek ilmu dan mudah diperbodohkan.
kalau kita mahu orang lain berubah,kita dulu yang harus berubah untuk kebaikan.
Catat Ulasan