Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 18 Februari 2009

AKHIRNYA TINGGAL EMPAT EKOR RAJA




Cerita Satu : Permaisuri sedang duduk dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampong sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda di sebat untuk memacut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan. Kaum tani datang mengepong kereta kuda.

Cerita Dua : Bomoh berjanggut tebal telah mati di tembak dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salju semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan Baginda dan Permaisuri sedang memasukan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat diluar sedang bersedia menunggu dalam kesejukan salju.

Cerita Tiga : Bila malam mula gelap Baginda pun dinaikkan ke atas kapal menuju ke Itali. Beberapa orang juak juak datang mengekor. Kaki kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di perlabuhan. Bila kapal bergerak peluit pun tidak di bunyikan. Semuanya senyap.

Cerita Ke Empat : Talipon berwarna merah berdering. Pembantu President mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hunjung talian Raja Segala Raja-Raja sedar saatnya akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang injin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.

Cerita Satu adalah hari-hari akhir untuk Maria Antoinette Permaisuri Peranchis yang hingga ke hari ini masih di ingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Peranchis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti – Pemaisuri Bangang ini telah bekata “ Kalau tak ada roti makanlah kueh’. Setelah ditangkap kerna cuba hendak melarikan diri, Si Bangang ini telah di bicarakan. Keputusan rakyat lehernya di penggal dengan guillotine oleh Revolusi Peranchis pada tahun 1793. Sistem feudal beraja di hapus. Peranchis menjadi Republik.

Cerita Dua adalah saat saat akhir apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Russin telah di bunuh. Rakyat Russia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di Russia. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirkan di hukum mati oleh Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal di hapuskan. Russia menjadi Republik.

Cerita Ketiga adalah dimalam akhir Al-Malik Fārūq al-Awwal – Raja Mesir yang di naikan ke atas kapal oleh Presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah di hantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada tahun 1952. Sistem feudal di hapuskan. Mesir menjadi Republik.

Cerita Ke Empat ialah hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan dari Presiden Jimmy Carter. Jimmy Carter telah enggan bercakap dengan Ahmad Reza. Pembantu Jimmy Carter telah mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa Presiden sedang berehat di Camp David dan tidak mahu di ganggu. Pada 11 Febuari 1979 Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini di tendang keluar oleh Rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan. Iran menjadi sebuah Republik.

Ini adalah contoh berakhirnya sistem feudal dimana Raja, Al-Malik, Shah , Emperor dan Czar di tendang keluar oleh rakyat. Ada yang di bunuh, di penggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.

Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia - zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem feudal ini.

Feudal ialah satu sistem ekonomi dimana yang kuat di jadikan Raja dan di sembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai Raja telah mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peloh kaum tani.

Di zaman ini punca mata pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam. Gerombolan yang menamakan diri mereka Raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka mendirikan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera mereka dilihat berkuasa.

Untuk memperkukuhkan kuasa , pada awalnya telah di munculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita Pedang Azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa. Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi.

Sistem feudal menghadapai persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama menjadi satu kuasa baru mula mengancam kuasa feudal. Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India.

Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodoh dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka di rampas. Kamu agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalal kan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.

Penipuan ini berjalan beratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah.

Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional kaum tani tidak lagi merasa gerun apabila melihat muka Raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut marut telah di koyak rabakkan oleh pemikiran rasional.

Idea yang di bawa di Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu Sains, Ilmu Alam, Ilmu Bumi dan Bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – Kaum Peniaga. Kaum Peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi dari urusan perniagaan.

Dengan ilmu sains dan pengetahun Kaum Peniaga yang mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang. Kaum tani mula meninggal tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi Kaum Peniaga juga tidak jauh ganasnya dari kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan.

Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan dari kaum buru dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Peranchis pada tahun 1789. Berlaku Revolusi Amerika pada tahun 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik di Rusia pada 1917.

Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke pencerahan. Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil dari rompakan tenaga kerja mereka.

Epilog : Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun trup. Faroq di kelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.

Ini jawapan Al- Malik Fārūq al-Awwal …‘ akhirnya dalam dunia ini akan tinggal 4 ekor raja sahaja….Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk…. ’ (TT)


( Bahagian dua akan disambung minggu hadapan )




37 ulasan:

Khun Pana aka johanssm berkata...

Itu semua bukan nya bahan cherita .
Tidak direka-reka .
Itu semua ialah sejarah.
Sejarah nukan nya bahan cherita.

Sejarah jenis ini lah yang tidak di ajar di sekolah sekolah sekarang.
Sejarah jenis ini lah yang di tolak olih menteri pendidikan.
Pulau Tumasek dahulu kala naungan sultan.
Tumasek pun bolih jadi Republik .
Tendang sultan dan dapat Presiden.

4 ekor raja itu ada banyak di meja meja Uncle Lim Goh Tong.

Untuk tahu sama ada negara ini mahu tukar ke sistem republik atau tidak . Sama sama kita tunggu pilihanraya 2 bukit.
Harap raja-raja sudah siap sedia packing beg beg dan sudah pilih negara mana di dunia ini sudi terima mereka.

Saya syorkan Batu Pulau Puteh Mata. Bukan nya di CasaBlanca , tapi di PedroBlanca.
hahahaha

Hamba berkata...

Saudara memang lahsyat!!!! Raja Farouk dan gundik2nya Kavita dan Kaur.. hahahahahahaha.... Mungkin raja Farouk akan berpindah kenegara islam yg mempunyai kasino...Judi yg HALAL!!!

mesoul berkata...

yang ini memang best. tahniah tukar tiub..memang kool!

Tanpa Nama berkata...

sunnguh tepat dan kena pada masanya. wahai insan negara ini, bukalah mata!!!

Pak Brahim berkata...

Di Malaysia begitu ramai sekali raja-raja Melayu.

Dakwaanya bahawa peranan mereka adalah sebagai payung agama.

Namun dilihat amat pelik lagi menghairankan, tidak langsung kelihatan sebagai wajah seorang pemimpin ISLAM yang bersumberkan sunnah RASULLULLAH SAW.

ADAKAH PERLU UMAT MELAYU BERKUMPUL.
ADAKAH MEREKA INI HANYA BERWATAK RAJA KAPOOR.

Tanpa Nama berkata...

wahh tulisan yg mencerahkan... bagaimana dengan nepal?

shahrizalisme berkata...

Salut Monsieur TT,

Rois et reine, un sac de merde! Ha ha ha...

Ciou!

buih berkata...

Rajagopal ada lagi...

Akupk berkata...

Artikel santai yg menarik dan penuh maksud tersirat dr bro isham

tarabaz78 berkata...

salam..

hahaha... dalam kata lain... raja2 yang ada... semua takleh pakai...

sultan tadak... s***tan ada...

kah kah kah kah (pinjam skit yer)

kucingsiam berkata...

meow~

wow, sedapnya membaca rencana ini.

purr~~~

feudalistik berkata...

terima kasih isham,

satu ilmu pengetahuan baru dipelajari hari ini. mula-mula masa baca cerita satu sampai cerita empat tu aku ingat isham nak buat filem terbaru hahaha

rupa-rupanya pelajaran sejarah.satu sejarah yang boleh diteladani oleh rakyat malaysia

fredo berkata...

raja...?? sukut sakat dia ramai kt club jek.. duk togok air.. duit sapa?? duit kita...

raja..?? suku sakat dia tetiap bulan melancong ke luar negara.. duit sapa?? duit kita...

raja..?? suku sakat dia tetiap bulan dpt elaun byk2 untuk beli todi..duit sapa?? duit kita...

raja..?? suku sakat dia berkeliaran shoping kt pavilion, overseas,.. duit sapa?? duit kita...

raja..?? tetiap jumaat kita dok doakan dia.. dia kemana??
tergolek kt umah la..kepala da mamai!!

punai!

pekanpahang berkata...

Sejarah ini perlu di ajar semula di sekolah-sekolah,supaya semua pihak buka mata.

Tanpa Nama berkata...

Tukar Tiub memang best dibaca macam-macam ada, Hiburan ada, Lawak ada, ilmu pengetahuan pun ada...

Kalau kita baca sejarah mmg banyak negara yang simtem berajanya tumbang antara sebabnya raja tak betul.....
lebih baik jadi raja lawak

Tak percaya baca sejarah Melayu Melaka.

Tanpa Nama berkata...

Untuk sesuatu bangsa menjadi maju bangsa tersebut perlukan ilmu.Bangsa tak perlu raja sekiranya mahu menjadi bangsa maju.Raja penuh dengan mitos dan sejarah hitam dan karat.Daulat Ilmuuu!!!!!!!

Sudin berkata...

Perang Perak dan Perang Bahaman adalah kerana tanah,

Waris British Umno/BN (Gerombolan)mempertahankan ketuanan melayu untuk meneruskan projek merompak harta rakyat berselindung disebalik sistem raja berpelembagaan.

Ya ! pasti sistem feudal ini akan runtuh- rantah pada suatu hari nanti.
Rumania menjadi contoh yang paling dekat untuk para pengamal sistem feudal atau kapitalis menjadikan contoh sebelum terlambat bergerak kearah pencerahan.

Mereka yang masih mempertahankan sistem ini adalah manusia yang berselindung disebalik ketuanan melayu dan bertopengkan agama.

Yang berselindung dibalik ketuanan melayu akan mengeluarkan ayat power iaitu 'mungkin' 'kalau'............

Yang berselindung dibalik topeng agama akan ketanah suci untuk memberitahu merekalah orang suci dengan pangkat Haji dan Hajjah.

Tok kadi yang mengkahwinkan tok kodek akan mengeluarkan fatwa-fatwa yang power dalam bahasa arab bagi melindungi tuan-tuannya.

Yang jelas dan paling mudah ialah,apabila sistem tidak bergerak keatas pencerahan maka indikator menunjukkan sistem itu adalah hanya untuk kroni dan anak-beranak mereka.

Gerombolan akan terus-terusan merompak harta rakyat.
Mereka tidak akan peduli walaupun darah merah rakyat tumpah dan membasahi bumi.

Awas ! Gerombolan dan puak-puak Madey !
Berapa banyak lagi rezab negara yang hendak kamu telan diatas nama ketuanan melayu ?

Apabila rakyat bangkit,nyawa kamu dihujung senapang/tali gantung !

singamaraja berkata...

Auuum !

Apa rajanya ada ekor Pak he he he malu ah !

painah berkata...

Bro Isham, dah hampir sedekat, tiap kali imam jumaat baca doa yg menyebut raja n sultan, aku telangkupkan tangan dan tidak mengaminkan mereka.

Bagi aku mengaminkan bro Isham lagi sampai kemaqamnya kerana dlm menghadapi kejerihan hidup skrng ni, kita mampu menyanyi irama yang sama

Tetapi ini amat berlainan dengan 'mereka'.... apakah mereka sedar apa yg rakyat sedang hadapi skrng ni .... jangan nafikan hak marhaen hanya kerana membela 'mereka' yg segelintir cuma.

ik berkata...

betul ka nak gulingkan raja, nak republik?
Tak percaya daulat ke isham???

TiadaLagiSistemGilirRajaDiPerak berkata...

DAULAT ILMU!
DAULAT ILMU!
DAULAT ILMU!

AMPUN ILMU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN.

ADA SESIAPA DI ISTANA YANG MAHU MERASA MAKAN UMPUN-UMPUN?

AMPUN ILMU!

ramli berkata...

kah kah kah kah kah ... tepuk dada tanya selera ... nak ke lagi kita kat raja2 nih ?

ilovebudu berkata...

terleka bacca...sedap sungguh

Tanpa Nama berkata...

Ada juga orang agama yang mengatakan sultan itu ibaratkan bayangan Allah di muka bumi ... macam bunyi agama Jepun, iaitu Shintoism aje ... Maharaja Jepun sebagai jelmaan tuhan di muka bumi?

hassan berkata...

celaka kau sultan melaka
sial kau sultan singapura

maaf bro
aku tak cukup berani

Tanpa Nama berkata...

Sila lihat berapa duit
tax payers keluar bagi pada mereka ni, upah buat kerja apa ntah...

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah
Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982)

Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada
Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun
Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000) 3. Elaun
diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan s eorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM6 million untuk
perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia.
Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM5,259,100 2. Gaji
kakitangan istana - RM1,004,880 3. Bounty Diraja, pemberian dan
khidmat khas - RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong
yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia

Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan,
macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat
tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500
sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong,
just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua
bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati
semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni.
Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati
masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni
sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang
Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang
pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk
driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal
RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah
peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan
Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun
lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah
sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga.
Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and

kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2
juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Berapa ramai kerabat? Bayang kan berapa Malaysia habis kan duit untuk
mereka semua ni.
Labels: Good governance
Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT di 7:07:00 PM
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2009/02/gaji-dan-elaun-pm-tpm-menteri-agong-dll.html

Che berkata...

"The whole world is in revolt. Soon there will be only five Kings left — the King of England, the King of Spades, the King of Clubs, the King of Hearts and the King of Diamonds." Said King Farouk to Lord Boyd-Orr at a conference in Cairo, 1948 The Concise Oxford Dictionary of Quotations; Elizabeth Knowles

umno berkata...

He he he....
teringat lagu ramli sirap sweet charity- RAJA KUMBANG

Navy pencen

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha kalau raja tu ada daulat ke,tulah ke apa-apa lagi ke....masa nak baca post ini ataupun masa nak tulis coment ini mesti PC tiba-tiba hang

IrfAn al-KeiLani berkata...

bro hisyam..

artikel ni dipinjam..

www.eerfun.blogspot.com

Ajoy berkata...

da kalah mcm korg kate raja2 melayu
sampai hati korng...
hormatilah raja2 melayu
sekian terima kasih..

revrie berkata...

Raja makan gaji.
Tidak diperlukan lagi.

Aku haramkan duit tax yang aku dan keluarga bayar elaun kaorang(raja2 dan kerabat) SEKIRANYA tanggungjawab tidak dijalankan dengan ikhlas.

Terutama yang keturunan lanun tu.

bewok-kabuk berkata...

aku dah lama telangkupkan tangan time khatib baca doa untuk sultan.

kalau dia sebut nama tengku anees, lagi aku ludah.

aku orang kelantan.

Yan berkata...

terbukti dalam sejarah dunia ini.. setiap kali Pemerintahan kejam diRaja digulingkan, penggantinya akan memerintah dengan lebih kejam pula dari yg sebelumnya...

hanya pemerintah yg mengikut Syariat sebenar-benarnya sahajalah yg akan menjadi adil...insyaallah.

kalo tak setuju..berentilah jadi orang islam...jadi kapir.tak pun berentilah jadi orang.

Farouk berkata...

Sekiranya cerita di atas adalah kisah benar, habis tu kenapa? Korang nak realisasikan cerita macam tu kat Malaysia ke? Kita harus ingat, kisah-kisah dulu memang banyak tapi bukan semuanya boleh diikuti. Mana yang positif, kita ikut tapi mana yang negatif kita tolak. Bukan beerti nak tiru bulat-bulat cerita-cerita di atas tu...

gmusang7 berkata...

for tanpa nama...aku respek hg bro..baru tau brapa byk duit kita semua terbang begitu saja.kita juga yang susah..gaji aku 1400, tolak bank rakyat,tolak byaq keta,byaq rmah sewa,byaq anak sekolah,byaq bil dan dll JUMLAH = -500..daulat tuanku..

Tanpa Nama berkata...

wa..sikalang mlayu banyak gaduh maa..wa tunggu itu raja sudah talak ar, bikin ini negara talak ada itu azan..kasi gaduh la melayu