Rabu, 17 Jun 2009

INI BETUL TUGAS PARLIMEN





DEMO ANTI ISA DILANCAR DI PARLIMEN HARI INI


Kempen terbaru untuk menuntut kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen tengah hari ini, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.

Kempen itu bersempena usaha menganjurkan demonstrasi besar menentang akta tersebut yang digelar 'Himpunan Mahsuhkan ISA' yang dijadual 1 Ogos ini di Kuala Lumpur.

"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," katanya di sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.



Tiada ulasan: