Rabu, 17 Jun 2009

EKONOMI LAH...BODOH !




APA DIA KERAJAAN PERPADUAN


Saya cukup senang hati melihat apa yang sedang berlaku di arena politik hari ini. Heboh heboh tentang kerjaaan perpaduan ini cukup baik untuk anak anak muda memahami politik.

Politik bukan agama.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa direbut untuk mendapat kedudukan. Kedudukan untuk mendapat harta benda. Ini hakiki. Jangan cuba di alih-alih atau ditutup-tutup dengan tabir dan langsir.

Manusia memerlukan makanan – makanan ertinya ekonomi.

BerPolitik ialah merebut punca-punca ekonomi.

Zambry merebut kuasa dari Nizar kerana ekonomi. Khalid merebut kuasa dari Toyo kerana ekonomi. Hassan Ali cuba merebut kuasa dari Khalid kerana ekonomi. Guan Eng merebut kuasa dari Tsu Koon kerana ekonomi.

Nasaruddin, Mustapha Ali dan Hadi ingin mendapat kuasa kerana melalui kuasa mereka akan mendapat peluang ekonomi.

Lee Kuan Yew datang melawat sambil menipu kerana ekonomi.

Mahathir ingin terus berkuasa kerana ekonomi.

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ingin mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional kerana ekonomi.

Semua ini ialah perebutan ekonomi. Ini samalah seperti Amerika berebut minyak dan gas dengan Russia. Ini samalah seperti Pakistan berebut tanah Kashmir dengan India. Ini samalah seperti Turkey berebut air dengan Syria. Air, gas, minyak dan tanah – adalah ekonomi.

Ekonomi ini ialah duit duit – harta – tanah – bangunan, perniagaan, lesen – semua ini harta yang menjadi rebutan dalam sistem ekonomi kapitalis. Atau untuk menipu Mak Cik Felda ekonomi ini di panggil ekonomi bebas. Tidak ada yang bebas dalam ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi kapitalis – sesiapa yang memiliki punca-punca ekonomi akan memiliki kekayaan dan kuasa. Dengan kuasa akan mendapat punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ertinya duit dan harta kekayaan.

Ini hakikat. Tak perlu kita berdulak dalik – aaahhh ..oooh ..eeeh lagi.

Agama ialah kepercyaaan. Kepercayaan ini berasaskan keyakinan. Ada yang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Ada yang yakin dan ada yang tidak yakin.

Keyakinan agama juga boleh beralih–alih mengikut kepentingan ekonomi. Dulu Hadi mengeluar FATWA HADI. Hari ini fatwa ini tidak dipakai lagi untuk disesuaikan dalam merebut kepentingan ekonomi terkini.

Sekali lagi dinyatakan : Dalam ekonomi kapitalis TIDAK ada agama. Ini tebukti dengan apa yang sedang berlalu sekarang. Malah dalam satu parti yang mengakui asasnya agama pun ada perebutan. Perebutan kuasa ini tidak ada sangkut paut dengan agama. Ini perebutan ekonomi.

Perebutan ini adalah SEHAT jika diakui sebagai perebutan untuk merebut ekonomi. Ianya TIDAK sehat jika ditakrif sebagai perebutan garis agama.

Agama, bangsa, nasionalisma – ini adalah senjata/alat untuk mengolah persetujuan orang ramai akan menyokong satu-satu gerakan. Apakah tujuan gerakan ini ? Untuk memiliki punca-punca ekonomi.

United Malays National Organisation berslogan Hidup Melayu- Ketuanan Melayu untuk menipu orang Melayu agar gerombolan mereka mendapat mengambil punca ekonomi yang dulunya di tangan British dan China. Mereka mahu harta kekayaan dijadikan hak mereka. Ini hakikat. Tak perlu kita berkelentong.

Heboh-heboh tiap-tiap hari di parlimen ilahlah manifestasi perebutan ekonomi. Najib membuat dasar kerana hendak membolot ekonomi. Anwar menentang dasar Najib kerana ekonomi. Disini tidak ada agama atau bangsa.

Agama dan bangsa HANYA masuk dalam hitungan ini jika ianya boleh dijadikan ganja untuk mengolah persetujuan orang ramai – untuk mendapat sokongan.

Pas dahulu di kutuk oleh United Malays National Organisation. Gerombolan ini juga dahulu di kutuk oleh Pas. Ini dilakukan untuk mencari sokongan orang Melayu.

Hari ini gerombolan telah tidak mendapat sokongan Melayu lagi. Jika tidak ada sokongan mereka kalah. Jika kalah - mereka tidak ada kuasa. Jika tidak ada kuasa mereka tidak dapat kontrek dan projek.

Kontrek dan projek ialah ekonomi. Pusing-pusing akhirnya ekonomi juga.

Dalam Pas walau pun mengakui berasaskan agama kini telah terbukti bahawa ekonomi lebih kuat pengaruhnya dari agama.

Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan, Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin bekerja – maka mereka akan berjaya.

Berjaya disini ertinya ada duit. Duit ialah ekonomi. Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.

Orang yang malas, pencari kontrek, mencari komisen, jual projek – pastilah TIDAK suka dengan dasar - Ketuanan Rakyat. Mereka takut bertempur disemua bidang. Nak masuk universiti nak pakai kouta. Nak projek nak kouta. Nak cari kerja nak pakai kouta. Nak buat drama tv nak minta slot kouta.

Justeru ketika ini United Malays National Organisation memerlukan Pas untuk masuk ke dalam kandang mereka. Apa yang di janjikan ialah kedudukan politik. Kedudukan politik ialah kuasa. Dengan kuasa akan dapat punca ekonomi.

Ekonomi lagi.

Justeru jangan hairan – terutama anak anak muda - kita patut memahami bahawa yang sedang berlaku dihadapan mata kita ialah perebutan ekonomi. Semua yang berlaku ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau bangsa.

Perebutan ini ialah perebutan kelas elit yang kuasanya semakin terhakis. Kelas elit ini diwakili oleh United Malays National Organisation. Kelas elit yang hendak hilang kuasa ini sedang mencari ‘kawan’ dari Peking hingga ke Rusila. Ini pekara biasa dalam politik.

Apa yang maha penting untuk difahami ialah politik tidak ada sangkut paut dengan agama. Sekarang terbukti dengan jelas – serban atau kopiah – hanya pakaian ; bahawa agama hanya digunakan untuk mengolah persetujuan tidak lebih dari itu.(TT)



55 ulasan:

Ikanbilis berkata...

Najib kata ekonomi Bagus..tapi rakyat kata..."eko-no-money"..

Tanpa Nama berkata...

rebuttttt...rebut sampai reput.cabut serban cabut jubah...pakai songkok tinggi + sampin merah plak laa...bleh berkaroke sama puteri ameno...

yahoooo
wakakakakakaka.....

Unknown berkata...

Betoi... betoi...

Tak perlu komen dah....

Tapi 3-stooges Pas (Hadi, Nasa & Tapa Ali) memang GAMPANG.

Tanpa Nama berkata...

bro Hisham.... saya 100% setuju sama you !!

"Ketuanan Melayu = Candu UMNO "

dulu orang2 British "men-candu-kan" negara China supaya dapat menguasai mereka serta merompak kekayaan negaranya.

UMNO, dengan 'ketuanan Melayu (candu)' pun dapat 'manipulate and menguasai kebanyakkan orang2 Melayu
berdekad2, dan kesemua kekayaan negara pun jatuh di tangan 'elit2 UMNO !!

Kalau tak caya..tengoklah sendiri, bertapa kaya-raya menteri2 UMNO/BN !!


Dakis.

AnakSemuaBangsa berkata...

salam..
padat tepat bernas
pusinglah kat mana pun
akhirnya balik pada ekonomi juga
cuma cara pengurusan sahaja yang berbeza..
minta izin panjangkan article ini.

Kucing Parsi berkata...

gua 1000% setuju, memang ekonomi...

tapi kita mesti pikir balik sebab kita bukan kroni, yang mana bagi kita return itu lah yang kita pilih

Tanpa Nama berkata...

Animal Farm in Action.
All Malaysian,
wake-up
stand-up
don't buy those msm shit anymore.

Tanpa Nama berkata...

Pehh...artikel ko bole buat carta alir...mmg detail dan mudah difahami..Tq Bro Isham...

Kokurikulum semeseter 2 berkata...

YEYEYE
SETUJU!!!

TUKAR TIUB TULIS BLOG SEBAB EKONOMI
TUKAR TIUB MENULIS SEBAB EKONOMI...
TUKAR TIUB HANTAR ARTIKEL SEBAB EKONOMI...

SUMER SEBAB EKONOMI...
SUMER NAK MAKAN, MAKAN,
SUMER NAK HISAP CERUT!!!

Tanpa Nama berkata...

Lu orang lah bodoh...ekonomi pun sebahagian dari agama...otak liberal mcm lu memang tak nampak mende tu..keje semua hentam--hentamm...

Tanpa Nama berkata...

kenapa en isham kata politik bukan agama??soalan saya,apa mandat yang orang yahudi pegang apabila merampas tanah2 orang palestine?bukan kah mereka menubuhkan negara haram ISRAEL itu kerana mereka menyangka dan mendakwa bahawa mereka adalah insan terpilih..mereka ikut apa yang kitab mereka suruh..so kita hari ni nak pisahkan politik dengan agama,sedangkan yahudi berpolitik dan meluaskan kuasa atas apa yang ada dalam kitab mereka..en isham kekadang pandai,tapi kekadang nampak bodoh juga..

UJANG berkata...

Tepat dan Padat..

Belasah kot mana pun ... Ekonomi la..

Tanpa Nama berkata...

Islam is the way of life...
ko salah kalau tak berpegang pada agama... faham!!! balik tanya diri kenapa ko ada kat dunia ni? sampai bila nak ada kat sini? pasni mati ko nak pegi mana pulak....

Tanpa Nama berkata...

Islam is the way of life...
ko salah kalau tak berpegang pada agama... faham!!! balik tanya diri kenapa ko ada kat dunia ni? sampai bila nak ada kat sini? pasni mati ko nak pegi mana pulak....

Tanpa Nama berkata...

Agama itu ilmu untuk hidup
Untuk hidup kita kene kenal ALLAH
kenal ALLAH kenal diri sendiri
kenal diri sendiri baru kenal kehidupan ini

Ekonomi itu sebahagian dari agama
Salah satu sub set dalam ISLAM
Ekonomi tanpa agama jadilah seperti yang diulas diatas.

Cukuplah islam hanya sebagai teori
Cukuplah islam hanya sebagai perbincangan ulama2.
Apa yang perlu direliasasikan ialah ISLAM praktikal.
untuk ISLAM itu praktikal ia perlu di kuatkuasakan.
Oleh itu kite perlu KUASA.
KUASA perlukan ekonomi.

Sebab itu Nabi berhijrah ke madinah.

Tanpa Nama berkata...

kenapa nak marah pada Isham. Maksud dia jelas, Tak de kaitan pun agama dalam kerajaan perpaduan tu.

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

Satu article yg menggarap konsep sebenar politikus masakini. Agama & bangsa cuma ganja yang didongengkan untuk majoriti yang buta.

Tukar Tayar Baru berkata...

Woi tukar tiub,

(Ade sebab aku xpayah bagi salam
)
Pahaman ko ni bercampur aduk dengan KOMUNIS, KAPITALIS,SEKULAR.

xpaham? pertama, yang mempopularkan/memperkenalkan `AGAMA CADU RAKYAT` adalah komunis, fahaman Karl Max.


ke-2 ko cume pandang donia ni dari sudut ekonomi sahaja. Sebijik macam KAPITALIS.jap..kapitalis ni mane datang ek..YAHUDI LAKNAT LA WOI!


ke-3 ko cakap politik bukan agama. Politik adalah sebahagian agama (Islam). Dalam islam ada siayasah (politik ler tuu mangkuk)..kalau x buat pe Allah soh laksana hukum hudud..hudud tu sape yg wajib laksana? pemerintah. so nak jadi pemerintah itulah politik.tp yang ko nampak cume ekonomi je..ko xnampak kewajipan menegakkn islam.kewajipan menegakkn negara islam..apela benak sangat ni..

kalau ko xleh terima, check balik hari2 ko makan ape..makan bende haram byk sgt kot..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Ada yang tersirat disebalik article ni...cuba baca betul-betul...

Tanpa Nama berkata...

BETOL...BETOL...BETOL...

SEMUANYA KERANA EKONOMI...

RAMAI YANG MENDAPAT BANTUAN "SETAN PUKIMAK" DALAM USAHA MEREKA MENGEJAR EKONOMI

SAHABAT NO.1 SETAN PUKIMAK IALAH "GEROMBOLAN"...KAH KAH KAH KAH

[SUKJ]

Tanpa Nama berkata...

bro Isham!manusia yang maki2 bro,diaorang x bersemangat sosialis..diaorang semangat 46 kot!
kah kah kah...lantakla nak cakap ape pun kan,mulut masing2..ape pun teruskan tulisan2 bro,tulisan bro je mampu bukakan minda melayu..mintak keretek sebatang! kah kah kah... -shaal.

kalawangi berkata...

salam uncle isham...

lagu ni sesuai untuk tokoh2 ulama' yg kemaruk nakkan UG...

Sexy Sadie
Lennon/McCartney
Lyrics:
Sexy Sadie what have you done
You made a fool of everyone
You made a fool of everyone
Sexy Sadie, ooh, what have you done

Sexy Sadie you broke the rules
You laid it down for all to see
You laid it down for all to see
Sexy Sadie, ooh, you broke the rules

One sunny day the world was waiting for a lover
She came along to turn on everyone
Sexy Sadie the greatest of them all

Sexy Sadie how did you know
The world was waiting just for you
The world was waiting just for you
Sexy Sadie, ooh, how did you know

Sexy Sadie you'll get yours yet
However big you think you are
However big you think you are
Sexy Sadie, ooh, you'll get yours yet

We gave her everything we owned
just to sit at her table
Just a smile would lighten everything
Sexy Sadie she's the latest
and the greatest of them all

Ha, She made a fool of everyone
Sexy Sadie
Ha, However big you think you are
Sexy Sadie

Availability:
Anthology 3 (CD)
The Beatles (The White Album) (CD)
The Beatles (UK)
The Beatles (The White Album) (US)
Lead Singer: John

Recording: 7/19/68, 7/24/68, 8/13/68, 8/21/68
Mixing: 8/21/68, 10/14/68
Length: 3:12
Take: 117

http://www.youtube.com/watch?v=aGhnfs0IPcg

sexy sadie = TGHA dan Ustaz Nasha????

najib berkata...

Tukar Tiub = Ekonomi

boleh ke macam tu :P

hahahahahaha.....

gua caya sama lu Brader Isham...
apa lu tulis ni mudah difahami dan tepat...

tq..tq..

syahid berkata...

salam..
nice post even ade virus takfaham dgn ape yg disampaikan

Tanpa Nama berkata...

...buat pertama kali .gua tak setuju lu bro tukar tiub...gua ingat lu pandai segala segi...rupa nya ada ketidak cerdikan nya...gua pun mantul jugak .kna ganja.ice baby.air tapai..tapi dalm bab ni gua bolh pikir ..makan untuk hidup..hidup untuk beramal (agama islam)..makan 2 ekonomi la....tukar tiub sudah merantau seluruh seantero dunia..gua cadang kn lu prgi mengaji pondok ..tk lama 3 tahun saja ...gua percaya lu akan sedar .apa yg lu pikir...(mengaji lah kamu biar sampai ke negara ............???????...

kucingsiam berkata...

meow~

bung hisham nak cakap tentang hukum ekonomi yang menyentuh semua orang tanpa mengira agama, jadi kucingsiam tak faham kenapa ada orang yang pandai-pandai masukkan hujah agama. Yalah, satu nak ikut perspektif Islam, satu nak Yahudi, satu nak Kristian, nanti Ah Chong mau kasi lu tau apa Buddha ajar, Samyveloo mahu thamby tahu rahsia kehebatan agama Hindu, aduh, maka larilah fokus dari isu sebenar (lagi).

Jadi mintalah faham-faham betul niat tulisan ini. Kalau nak berbicara tentang agama banyak lagi forum boleh masuk. Melambak-lambak tulisan macam tu. Kalau nak masuk rumah bung hisham sendiri mau ingatlah stail bung hisham.

Lain kali tak tegurlah, trus cakar ~ meow hehehe.

Tanpa Nama berkata...

Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.
Maklumla, keperluan zahir org berdarah muda..muda2 tua..kita nak makan nak hidup, nak bergaya...nak enjoy.. nak berdemo..
Tetapi keperluan rohani jugak, kita perlu, tuntut ilmu dunia..ilmu akhirat... berbagi2 harta pada yg kurang.. wang juga diperlukan utk membeli buku2 ilmiah yg bersifat keagamaan.. ke masjid naik kereta utk mendengar ceramah.. supaya kita tahu fungsi kita sbg manusia. Supaya kita bijak menyadurkan kehidupan kita supaya tidak sia2. Bila rohani manusia sudah islamik dan baik giler..maka 'politik islam' boleh diterapkan..tapi susah..jauh bagai langit dan bumi.Yg ada didikan agama pun ada yg hanyut.
Manusia sekarang cuma yg miliki ilmu dunia saja yg menonjol. Baik pi kawan dgn kamal antartuk..Pi cari ilham kat kubur dia.

Pusing-pusing mesti kita akan MATI juga nanti. Maka kembalilah kepadaNya. Masa tu baru tau langit tinggi rendah.. Masa tgh hidup ni, bole la kita nak cakap gena pun. Mentang2la umat Nabi Muhammad ni, Allah tak bayar cash.. pakat duk rasa aku betul..dia ni tak betul..tak sekolah punya org.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Tuan Hisham yang dimuliakan,

Tidak salah berebut ekonomi, malah itu semestinya diperjuangakan, apabila tujuannya adalah melaksanakan keadilan ekonomi.

Tanpa Nama berkata...

artikel yg senang difahami..tp kalo nk slhkn 'gerombolan' shj itu tak adil...knape bile ckp psl kaya, senang, mewah mst org UMNO shj yg kna hentam..ape mskin sgt ker Fuckatan Pembangakng tu..? pemimpin fuckatan rakyat x pkai keta mewah ker..? @ diorg nie just duduk kt umh setinggan jer..?? lu kalo nk ckp pk2 la bro...yg buruk tu smua UMNO, yg cntik elok manis tu fuckatan rakyat..stupid..!!!
kalo UMNO nie hmpeh..lu pun xkan mmpu nk wat blog nie bro...silap2 lame dh mati sbb x ckup mkn...x pun dok merempat sbb xde education...islam ajar kita bersyukur atas nikmat yang ada...kalo tu pun lu x phm...x guna la lu jd islam... - pinklady22

Cerita Kita berkata...

Ekonomi ialah kekayaan. Kekayaan ialah wang. Wang diperlukan sebagai alat ganti untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan. Wang diperolehi dari kerja yang dilakukan. Di sini agama disabitkan. Agama Islam menentukan apa jenis kerja yang dibolehkan dan yang tidak dibolehkan mengikut hukum halal haramnya. Kerja yang halal menghasil wang pendapatan yang halal. Itu yang diutamakan oleh Agama Islam. Kerja yang haram akan menghasil wang pendapatan yang haram dan tidak dibenarkan oleh Agama Islam.
Jadi ekonomi adalah sebahagian dari kehidupan dan kehidupan yang baik adalah kehidupan beragama.
Jadi ekonomi ada kaitan dengan agama.

Irama berkata...

kepada Tok Isham, mohon disambung lagi.... 100% setuju, boleh tak aku kata yang guna nama agama untuk berkuasa itu dinamakan JUAL AGAMA? ke jual agama tuh lain?

sebab ada UNTUNG nya PAS guna nama ISLAM.... sama untung dengan UMNO yang guna nama MELAYU

Tanpa Nama berkata...

Ekonomi, agama dan politik adalah lumrah manusia tidak boleh di pisahkan! Kominis pisahkan agama, gagal sebab manusia perlukan candu untuk hidup tenteram untuk menikmati ekonomi serta pentadbiran, tak begitu?

Tanpa Nama berkata...

bro isham lu sudah keliling dunia..gua salutttt sama lu..tapi ada satu lagi gua rasa lu blum prnah prgi....lu bawah ada potong ka..? lu belakang nama ada bin ka...?...kalu bawah potong .blakang ada bin ..lu kena pergi buat haji dan umrah..rukun yg kelima...gua rasa blog lu akan berubah selepas lu pergi haji dn umrah.......ekonomi lgi ...habis tk kan nak menapak.....islam ekonomi tk boleh di pisah kn..politik dn agama pun tk bolh di pisah kn.

Gelak Sakan berkata...

Sebab ekonomi lah bangla duduk 26 orang dalam satu pondok video di sini http://www.youtube.com/watch?v=9Qzm7MCusGM

shahrizalisme berkata...

Pada saya TT secara simple tetapi jelas menceritakan bagaimana agama dijadikan modal utk meraih sokongan bagi tujuan2 ekonomi. Pendek kata, agama dijadikan topeng untuk berebutkan kekuasaan atau punca2 ekonomi.

Padahal, agama dan ekonomi adalah berlainan sifatnya. Agama bukanlah untuk dikuasai atau menguasai. Berebutkan ekonomi adalah lumrah tetapi 'CARA' merebut ekonomi itulah yg selalu dipertikai.

Mempertaruhkan agama sebagai candu masyarakat bagi merebut ekonomi dan kekuasaan adalah perbuatan yang jijik...

shahrizalisme berkata...

Kepada Tanpa Nama,

Adakah anda pasti segala perluasan kuasa yahudi atau ketidakadilan mereka di Palestin/ Israel adalah dibuat berdasarkan kitab mereka? Adakah Taurat yg anda maksudkan atau sekadar fahaman Zionis?

Tidak mungkin kitab suci Taurat menganjurkan penindasan dan ketidakadilan. Sila baca tulisan2 TT yg lepas2 kalau nak faham makna dan tanda Zinonis!

shahrizalisme berkata...

Kepada Tanpa Nama,

Apa yg anda maksudkan dgn Islam Praktikal? Apa yang perlu dikuatkuasan tentang Islam praktikal?

Kenapa harus ada KUASA untuk menjalankan 'Islam yg praktikal'?
Adakah agama2 tidak boleh dipraktikalkan tanpa memegang tampuk kuasa?

Kalau agama perlu dipraktikal hanya dgn jalan kekuasaan maka setiap penganut agama selalu berlumba2 menuntut pemerintahan beragama!

Luqman Zainal berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Agama itu ilmu untuk hidup
Untuk hidup kita kene kenal ALLAH
kenal ALLAH kenal diri sendiri
kenal diri sendiri baru kenal kehidupan ini

Ekonomi itu sebahagian dari agama
Salah satu sub set dalam ISLAM
Ekonomi tanpa agama jadilah seperti yang diulas diatas.

Cukuplah islam hanya sebagai teori
Cukuplah islam hanya sebagai perbincangan ulama2.
Apa yang perlu direliasasikan ialah ISLAM praktikal.
untuk ISLAM itu praktikal ia perlu di kuatkuasakan.
Oleh itu kite perlu KUASA.
KUASA perlukan ekonomi.

Sebab itu Nabi berhijrah ke madinah.

2009 Jun 17 16:42

...ha yang ni la rase paling betol sebenarnya. tenkiu abg pengkomen.
ekonomi yang betul adalah berpandukan islam.
so yg paling betul adalah kerajaan islam.
kerajaan perpaduan xboleh, gerombolan xbertunjang agama.
gerombolan berajakan ekonomi
mengikut arca ketuanan melayu.

shahrizalisme berkata...

Kepada Tukar Tayar Baru,

Anda mahu mengutuk TT tetapi hujah anda juga cetek sekali dan saya rasa anda perlu lebih byk membaca.

Adakah Allah mewajibkan pemerintah menjalankan hudud? Saya percaya tidak kerana ianya adalah pilihan manusia. Hudud atau tidak yang penting Islam menekankan undang2 yg adil, saksama dan tentunya praktikal.

Harus difahami ayat2 al Quran dr segi kontekstual juga bukan sekadar teks semata2. Maksudnya perlu dilihat latar belakang yg mendasari penurunan ayat2 sebegitu. Kerana ianya adalah jawaban terhadap permasalah umat sesuai pada ruang lingkup waktu tersebut.

Tentunya ayat2 sebegini tidak bersifat universal yg merentasi ruang dan waktu tetapi lebih kepada bersifat partikular yg tidaklah melintasi sejarah.

Adakah kita wajib mendirikan Negara Islam? Tidak terdapat dalam al-Quran tentang wajibnya mendirikan sebuah Negara Islam. Sistem pemerintahan apapun adalah 'Islam' sekiranya ia dijalankan dengan adil dan saksama. Tidak terdapat sebuah sistem standard tentang negara islam malah dalam sejarah islam sistem pemerintahan sering bertukar ganti bentuknya dr khalifah ke monarki dan seterusnya. Byk Negara Islam pada hari ini seperti Iran, Sudan, Pakistan adalah failed states!

fadzil berkata...

pemikiran ko liberal la..aku rasa politik agama cuma org yg berpolitik jer yg pisahkn agama dgn politik,jgnla menghukum org tanpa kaji selidik yg btl2,klu la pas nk kuasa sgt dari dlu pas masuk umno,watpe tgu lama2,pas perjuang utk Islam n ekonomi,dlm Islam bkn ade pasal ekonomi jgk ker?hmm x fhm tul la aku bro..

Tanpa Nama berkata...

Yg aku heran napa interest rate utk syariah-compliant loans the highest ...ini sebab ekonomi jugak ker sampai menyusahkan umat Islam sendiri ..sapa2 pandai tolong komen

Tanpa Nama berkata...

woit manusia-manusia blur,

agama(islam), sememangnya penting, ia adalah blue print mutlak (dari pencipta) kaedah untuk hidup di dunia, iaitu kaedah untuk bergaul sesama manusia, kaedah untuk menggunakan sumber alam, kaedah untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kerusakan, kaedah untuk mendapatkan kejayaan hakiki,DAN paling PENTING, kaedah megenal HAKIKAT Kehidupan.

Sememangnya ekonomi perlu di olah mengikut acuan agama.. TETAPI, menjadi kesalahan besar apabila menggunakan agama untuk mendapat habuan ekonomi... Ini PENIAGA AGAMA namanya, Menjual agama untuk mendapat habuan ekonomi dunia.. menjual Akhirat untuk mendapatkan dunia.

Tambahkan fikir, kurangkan jerebu minda.

Tanpa Nama berkata...

dunia akhir zaman...
dimanakah lagi ingin aku mencari org yang hidup dan mati kerana Allah.....
untuk membimbing diriku yang kerdil ini.....
aku minat politik
tapi akhir2 ini politik buat aku migrin...
ikut tabligh lagi bagus.....

Tanpa Nama berkata...

pakai topeng agama, tunggang politik, tujuan memburu habuan ekonomi... ini sudah kira jenayah!

Tanpa Nama berkata...

Tak setuju dgn U Isham. Kita perlu ekonomi(diut) untuk hidup. Tapi kita tidak semestinya hidup untuk duit. Orang yang percaya dan yakin adanya Allah hidup untuk mendapat ke redhaanNya, bukan untuk mengumpul harta. Jangan nak bodohkan ummat macam gerombolan bodohkan rakyat. Hormati orang lain yang mempunyai kepercayaan dan keyakinan adanya Tuhan.

Tanpa Nama berkata...

ok la lu pak isham.. kalo kurang mahir tntg agama.. jgn bercakap ttg agama.. jgn kaitkn dgn agama.. drpd dok hujah2 psl agama tp perlakuan nth apa2.. lg la teruk..

mmg jelas kita blh nmpk skrg ni.. mengunakn agama dlm politik utk terus menguasai ekonomi.. agama ini bkn atas dasar keyakinan tp atas dasar main2 saja utk tujuan tertentu..

mcm ni la yahudi.. kalo betul yahudi ni buat sesuatu atas nama agama yg sesungguhnya apa agama benarkan pembunuhan, pembantaian, kekejaman dan segala konspirasi.. apa ini ada dlm taurat??

yahudi ni bongok sbnrnye..
suruh ngaji kitab g sembah patung lembu emas.. sembah matahari.. nabi yg benar diutuskan Tuhan nk dibunuhnya.. diorg pandai pn sebab dpt ilmu dr setan.. xpn pn pakai idea curi.. hahaha.. apakah diorang nih benar2 berlandaskan agama???? hahahhaa... lawak.. lawak..

Tanpa Nama berkata...

waaa ini sudah panas beb...
ilmiah,wahdah,pemangkin ummah
aku dah lame dok tunggu suhaimi,pak agus,syed munawar brhadapan ngan TT...ada brani???
camnilah.pada aku ekonomi jgk penting,bile kite brekonomi kite akan hidup dgn aman atau brsembahyang ditempat yg slesa.jika kite tdk pandai brekonomi,maka kite akan jd pengemis dan mengemis jgk satu cabg ekonomi.ttp jgn sekali2 brtuhankan ekonomi.bilamana kite berlutut menyembah ekonomi maka akan jdlah 'krajaan perpaduan'...tak gitu TT...
wakakaka...

sebab itu org klantan payah nk tinggalkan pas,payah nak sokong anuar musa walaupun stadium penuh tiap2 kali team bolasepak klantan beraksi.sebab itu tok guru nik aziz amat berhati2 utk brpadu ngan ameno.org klantan dgn pimpinan nik aziz tdk mletakkan ekonomi sbgai tiang seri utk hidup.

aper2 pun topik ini harus dipanjangkan.ramai ank mude atau yg prasan tua brminat ngan topik cam ini.

Tanpa Nama berkata...

hahaah aku suka artikel ni...
bro2 mmg dlm agama ada politik...tp skang ni...dah terbalik...politik dulu baru agama...aku nak tny korg ade ke pemimpin2 yg ade skang ni depa pi jumpe korg tarbiah...ajak korg pi masjid sesama...berdakwahpd seme org termasuk org bukan islam...x kire la depa ni PAS ke UMNO ke...skang ni kite ble tgk senario politik negara...x habis2 berebut kuasa...ok...dlm agama mmg ade ekonomi, undang2 seme lengkap bg agama islam...ok kalo pemimpin politik ni seme mmg betul tau yg Islam tu lengkap mereka ni guna kuasa depa tuk berdakwah dlm media dgn bernas ini tidak...x abis2 cite pasal hal dunia...
ok Malaysia ni rakyat die seme majmuk...aku x ble nak kate muhibah sebab skang ni skang ni masih ade org yg masih berpaham kuno x abis2 nak menegakkan bangsa...aku nak tny korg dlm agam tu ade ke mengira bangsa...kalo nak ckp melayu ni kompom islam...aku pasti 70% org melayu kat malaysia ni x paham pun ape yg korg baca dlm Al-Quran tu.Kalo paham pun ayat2 Al-Quran tu boleh ke sesorg tu nak bg penerangan dgn tepat. Camne korg nak berdakwah kalo sendiri pun x phm. Camne nak la nak bg paham kat org beragama Hindu/Buddha dan penganut agama lain yg agama Islam ni lengkap lagi suci. Ini tidak x abis2 laungkan Hidup Melayu, Hidup Islam sedangkan pemahaman dlm agama Islam itu sendiri x cukup. Senang citer kalo nak ade kuasa kite kene kuasai diri sendir dulu...kalo nak jdkan sesebuah negara tu negara Islam seme rakyat kene paham Islam itu sendiri...jd sebagai umat Islam kenelah berdakwah...Dlm agama Islam sendiri tidak menidakkan hak bersuara, memberi pendapat...kalo diamati Islam x de liberal/komunis/sosialis ke ape mende. Islam tu Islam agama yg lengkap x perlu nak tokok tambah.
Ok dulu kite sibuk nak boikot brg US, Belanda seme sebab artikel, lukisan mengutuk Rasulullah, sebab ape sebab nak melemahkan ekonomi sesuatu negara, ekonomi tu dipegang seorg pemimpin(presiden). presiden ni bg pendapat die yg die sokong artikel tu. Jd kite nak boikot brg2 depa nak melemahkan ekonomi depa. Ekonomi depa ni ekonomi kapitalis, same juga dgn ekonomi Malaysia. Nape kite x boikot ekonomi negara sendiri kalo nak menjatuhkan sesuatu pemimpin. Kalo depa x ble nak handle ekonomi maknanye depa gagal sebagai pemimpin. Dari segi ini sebenarnye, kalo nak kuasai negara rakyat tu sendiri kene bertindak...kalo korg tgk je perebutan kuasa antara pemimpin ni x guna.

Tukar Tayar Baru:-
kalau ko xleh terima, check balik hari2 ko makan ape..makan bende haram byk sgt kot...
bro aku rase ko pun same jugak kalo ko nak kire betul seme hasil yg ko mkn tu seme dtg dr punca yg haram...ko pi keje ko naik bas(sistem kapitalis), kalo ko x naik bas ko naik motor/kereta, perlu isi minyak (contoh petronas) pun hasil dari perniagaan kapitalis, kalo ko ckp ko x guna seme tu ko mesti simpan duit dlm bank, bank tu seme kapitalis, main saham nak survive, x kire la ko amik pakej ape pun mase nak bukak akaun. Masih lagi dtg dari punca yg haram...jgn ckp org check diri tu sendiri. X elok maki hamun org x de dlm Al-Quran...yg layak melaknat hanyalah Allah...kalo nak bagi nasihat/berdakwah...

shahrizalisme berkata...

Kepada Tanpa Nama,

Ape kriteria 'mahir dlm agama' baru blh bercakap pasal agama?

Kena pakai jubah dan serban dan lulus sekolah pondok baru blh bercakap pasal agama?

Kenapa nak diwujudkan 'monopoli' dlm tafsiran beragama? Bukankah agama untuk semua manusia? Kenapa pendapat tentang agama harus dimonopolikan dan dimuktamadkan oleh sekelompok org2 yg konon mahir dlm agama?

Tanpa Nama berkata...

Fadzil berkata...
pemikiran ko liberal la..aku rasa
politik agama cuma org yg berpolitik jer yg pisahkn agama dgn politik,jgnla menghukum org tanpa kaji selidik yg btl2,klu la pas nk kuasa sgt dari dlu pas masuk umno,watpe tgu lama2,pas perjuang utk Islam n ekonomi,dlm Islam bkn ade pasal ekonomi jgk ker?hmm x fhm tul la aku bro..

Aku Kata....
Ko memang x paham la aku rasa. Pas dah join gerombolan dulu...dah kena terajang dah pun...cuba ko bagitau aku apa tujuan pas join gerombolan dulu tu...bkn sebab kuasa ngan ekonomi ker? Ko kena belajar lagi ni. Pada aku ada segelintir pemimpin pas yang kemaruk nak kuasa, nak kaya, nak kontrek, nak projek dan nak-nak yang lain sama mcm geng gerombolan juga. Cb buka mata la skit. Jangan tertipu ngan serban ngan kopiah sebesar bukit tu.

Tanpa Nama berkata...

en rais segala-galanya bukan tentang ekonomi

tapi bagi sayalah ia tentang hidup untuk bertolak nasur dan berkongsi2

jangan ingat haji hadi tu seorang yang tamak haloba

beliau adalah tuan guru yang tahu apa yang diperkatkannya

ambil mudah adalah mengenai kenyataan beliau yang berbunyi
" biar kita kalah dalam kita melakukan keadlian kepada rakyat dari kita menang tapi melakukan kezaliman kepada rakyat..."

kata2 itu adalah merujuk kepada pertanyaan seseorang kalau tak silap saya seorang ahli pas yang musykil dan sangsi terhadap tindakan tuan guru hadi awang menyerahkan geran tanah kepada penyokong2 umno di terengganu yang tak pernah mengenang budi itu....

kalau suatu hari PR menang dan dapat perintah malaysia memang satu harapanlah

tapi kalau setakat menang majoriti mudah apakah en rais fikir umno akan bagi laluan mudah kepada PR utk memerintah..

semasa PR perintah perak dulu pun siang malam umno bekerja nak menjatuhkan PR, memang waktu tu anytime aje diorang akan jatuh kerana diorang ada majoriti satu kerusi aje

SB pun dah bersumpah mati utk menjaga umno supaya memerintah malaysia selagi boleh

didalam kerajaan persekutuan sekalipun ada yang demikian

apakah lepas ni nak dihasut anak2 muda yang berwawasan ini mengadakan demonstrasi2 spr gagalnya demonstrasi di dataran tiananmen dulu

dalam kita nak kutuk2 pun janganlah sampai kita hilang hormat pada lawan pula

and at last just this word give us the true meaning

ONLY STRONG SURVIVE AND THE WEAK SHALL DIE!!!!

KATA-KATA TU TAKKAN HILANG UTK SELAMA-LAMANYA HINGGA KIAMAT...


KOMRAD PENCEN

Edyes berkata...

baca betul2 dan fahamkan betul2 tulisan Abg Isham kita nie...

jangan jadi lurus macam highway. highway pun ada cornering juga.

Tajuk kat atas pun namanya "apa dia kerajaan perpaduan".

jadi segala isi artikel ini adalah merujuk kepada kerajaan perpaduan.

tindakkan beberapa pemimpin pas yang mahu pembentukkan kerajaan perpaduan membuka pekung betapa ulamak juga mempunyai kepentingan untuk merebut ekonomi.

Pas berjuang untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Abg Isham pasti setuju. Namun, dalam perjuangan itu, MANUSIA yang bukan maksum merebut pangkat dan kedudukan.

Bila Pas berkuasa, pastinya gerakkan Islam akan lebih lancar dan lebih PRAKTIKAL. Masjid akan di'fully utelize', program2 agama akan dibuat secara lebih menyeluruh dan tanpa halangan birokrasi.

Dari konteks pakatan rakyat pula, ekonomi negara akan lebih baik begitu juga dengan ekonomi rakyat kerana tanpa kebocoran dalam mengurus kewangan negara, rakyat akan dapat manfaat yang selama ini tercampak ke poket2 kroni dan proxy.

itulah tujuan ekonomi umno itu perlu di rampas menjadikan ekonomi rakyat.

ada maksud yang tersirat daripada kontent agama dalam artikel di atas... sila fahami..

shahrizalisme berkata...

Edyes,

"Pas berjuang untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Abg Isham pasti setuju. Namun, dalam perjuangan itu, MANUSIA yang bukan maksum merebut pangkat dan kedudukan."

"Bila Pas berkuasa, pastinya gerakkan Islam akan lebih lancar dan lebih PRAKTIKAL. Masjid akan di'fully utelize', program2 agama akan dibuat secara lebih menyeluruh dan tanpa halangan birokrasi."

Saya tidak begitu yakin jika PAS berkuasa mereka akan membawa Islam yg praktikal, jauh sekali progresif sifatnya.

Saya sendiri menjadi saksi bahawa di Terengganu ketika PAS memerintah pasca pilihanraya 1999 telah menjalankan tindakan2 yg tak masuk akal. Patung penyu yg manjadi landmark di KT telah dihilangkan, kononnya patung2 begini tidak islamik. Perkara ini mengingatkan saya kepada kerajaan Taliban yg menusnahkan patung2 Budhha di negara mereka apabila mendapat nikmat kuasa. Sedangkan pemusnahan patung2 ini tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Tidak dianjurkan dlm Islam untuk memusnahkan patung2, arca2 kecuali dalam kes tertentu bila mana Nabi Muhammad memusnahkan patung2 berhala di sekitar Kaabah setelah berjaya menakluki kota Mekah. Ini pun dilakukan atas dasar menjaga kesucian Kaabah sebagai tempat ibadat penganut agama Ibrahim.

Dasar2 seperti mengasingkan lelaki dan perempuan di 'check out counter' di pasaraya2 juga ternyata tidak praktikal kerana hanya menyusahkan pelanggan. Bahkan tiada sesiapa yg ambil pot. Kalau nak praktikal kena ada 4 lorong bukanya 2 untuk lelaki dan perempuan kerana Gay dan Lesbian juga ternyata wujud diantara kita.

Begitu juga dengan pengaharaman segala aktiviti seni budaya seperti makyong, wayang kulit di kelantan dulu ternyata tindakan yg anti kebudayaan oleh mereka yg buta seni.

Jangan lupa PAS begitu mudah mengaharamkan kumpulan lain yg tidak sependapat dgn mereka contohnya pengahraman ke atas SIS di Muktamar baru2 ini. Nasib baik Khalid Samad cuba membetulkan perkara ini untuk memulihkan sikap keras dan draconian pemimpin2 PAS yg cuba menyekat kebebasan bersuara dan berpendapat.

Tanpa Nama berkata...

tepat kata Edyes dengan kombinasi padu antara rakan2 dalam PR negara akan makmur ada imbangan antara keperluan rohaniah dan keperluan ekonomi

tetapi PR belum perintah malaysia lagi

apa yang diperlukan PR yang sebenar-benarnya ialah majoriti 2/3dalam parlimen

kalau setakat majoriti mudah mungkin menang tapi selepas tu dijamin ke akan selamat?


KOMRAD PENCEN

Tanpa Nama berkata...

kalo nak betul2 kite cuba je tuka x susah...kalo PRU 13 nnt x jln...
parti pemerintah masih lagi wat cara kuku besi...ape rakyat boleh buat...demonstrasi...

kalo x jln kite ikut je sejarah camne 1-1 kerjaan tu tumbang...byk cara rakyat boleh buat...tp subjek sejarah kat skolah/universiti malaysia ni byk lagi yg terselindung...jd kite kene cari sumber lain...

byk cara rakyat boleh buat...kuasa seme di tgn rakyat...bukan parti politik...