Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 5 Jun 2009

SYUKUR BIN THANK YOU


USUL BERSIHKAN NAMA NAJIB, ROSMAH DITERIMA UNTUK DIBAHAS
- harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Sebanyak empat usul diterima untuk dibahas oleh para perwakilan dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 yang akan dibahaskan pada malam ini.

Antara usul yang akan dibahas ialah membersih nama baik Perdana Menteri Malaysia yang dibawa Pemuda PAS Pusat.

Usul tersebut yang mendapat sokongan daripada Pemuda PAS Johor menyebut mereka menyedari Dato' Seri Naji Tun Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansur dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharribuu.

"Negara sedang terancam dengan imej buruk yang digambarkan media-media luar negara terhadap perdana menteri," jelas usul tersebut yang diedarkan kepada media sebentar tadi.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyedari negara-negara luar memberi respons yang baik terhadap pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun katanya, negara ini perlu ditadbir pemimpin yang bersih.

Sehubungan itu mereka akan mengambil ketetapan untuk mendesak Najib dan Rosmah membersihkan nama mereka dengan menyaman mereka yang terbabit.

"Kami juga memohon Yang di-Pertuan Agong melantik badan penyiasat bebas terhadap kes pembunuhan Altantuya itu," sebut usul tersebut.

Sementara itu dua usul turut diterima tanpa bahas, iaitu usul kesan negatif ketiadaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada usahawan Bumiputera Islam dan usul mempertahan dan perkukuh kepimpinan ulama. - mns/mks. _

KAH KAH KAH…


woit… SYUKUUUR…SYUKUUUR… SYUKUUUR…kah kah kah..

kah kah kah… BAIKNYA HATI ORANG PAS…. kah kah kah..

kah kah kah….ADA LENGGENG DI SEBELAH MANTIN… kah kah kah..



4 ulasan:

Nunca Caminaras Solo berkata...

Mana Manimaran, Manimaran mana?

Balasubramaniam mana, Mana Balasubramaniam?

chekamala berkata...

aku kt Lenggeng, lepas ni ke Mantin.

Tanpa Nama berkata...

bala jgn lari jauh2...
hahaha..
kmi ada nuklear taw...
hahahha

Tanpa Nama berkata...

EH GUA ADA PENING SIKIT LAH...... MEMBERSIH NAMA BAIK @ MEMBERSIH NAMA BURUK PERDANA MENTERI ?? SATU KALI CAKAP LAH !!