Rabu, 5 Ogos 2009

SATU KENYATAAN



ORANG MELAYU BERSATU MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENENTANG KEZALIMAN



Apabila terdesak, ada yang sanggup berbuat apa sahaja kendatipun tindakan itu merupakan fitnah melampau dan memperlihatkan kerendahan akal budi.

Demikian mahu diperalatkan, maka ada yang sanggup negara ini hangus dibakar api kebencian. Keterdesakan melihat kemaraan rakyat, bersama agenda Perubahan, muslihat jahat mengapi-apikan sentimen perkauman sempit ditiupkan.

Biarlah hatta pembohongan itu menzalimi sesama manusia asalkan umno-bn kekal berkuasa. Momokan disebarkan kononnya orang Melayu diperalatkan oleh Pakatan Rakyat demi kelansungan perjuangan. Alasan yang diberikan kerana orang Melayu turun beramai-ramai menyertai perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Saya dengan rasa rendah hati dan bukan kepalang gembira serta bangga mengakui hakikat sememangnya orang Melayu berduyun-duyun menyertai perhimpunan aman bersama Pakatan Rakyat menzahirkan kebencian mereka kepada kezaliman dan ketidakadilan. Memang benar puluhan ribu orang Melayu bersatu mahukan ISA dimansuhkan. Memang benar laungan Takbir berselang seli dengan Hidup Rakyat dan Reformasi.

Pada hari yang bersejarah itu orang Melayu bersama-sama rakan-rakan mereka, kaum Cina, India, Iban dan Kadazan serta seluruh rakyat Malaysia melafazkan talkin untuk kezaliman, penindasan serta kebencian. Upaya untuk mengelirukan rakyat dengan taktik pecah dan perintah adalah usaha lapok yang sudah mamah dimakan zaman.

ANWAR IBRAHIM




11 ulasan:

hafiz berkata...

tahniah untuk kita semua! Dalam UMNO, telah ditarbiyyahkan kepada 'penglima2' mereka bhwsanya ISA adalah sebagai benteng terakhir survival orang melayu. kenyataan ini ditelan bulat2 oleh mereka terus jadi bodoh dan biol tanpa mengetahui kenyataan bahawa ISA dipenuhi oleh orang melayu juga. hahahah memang bodoh! ba wau dal wau ha!

sanscrib berkata...

sham

agong kita mata juling ka ?
sempena hari pahlawan hari tu , tuanku berucap dkt tv... memanglah baca dkt screen tapi yang jenis buatan tahun m sarip n the zurah...
kau boleh ikut ekor mata tuanku...

soalan aku....

kenapa teleprompter canggih di guna utk speech najib bila dia buat speech?

Pak Brahim berkata...

Memang benar.. sudah sekian lama orang Melayu dizalimi. Dari zaman penjajah Inggeris, selepas penjajahan dan kemerdekaan tanahair sehingga kini. Orang-orang Melayu dizalimi oleh bamgsanya sendiri setelah diberikan amanah untuk mentadbir Negara.
Syabash anak bangsa ku MELAYU.. bila lagi nak turun kejalan raya.

Tanpa Nama berkata...

I believe the saying "any action there is a reaction". The action of enacting the ISA resulting in the demo agaisnt ISA.

The BE END is reacting saying that the Demo was a failure.
Mark my word there will be reactions from the Anti-ISA establishments. It is already a formed habit of demos against certain enacments, which are not fair to the populace as a whole.The actions by BE END to make use of the ISA indiscriminately will results in more demo which will be more damaging. The leadership in the Govt has said that it will review the ISA but that just staying as saying. NO CONCRETE STEPS HAVE BEEN INITIATED TO REVIEW THE ISA.
IT WILL BE TOO LATE BEFORE UNWANTED DEMOS ARISE!!
The leaders will have no problems staying in comfort. The rakyat will suffer.
God bless those who are downtrodden.

Mrkolumpo berkata...

respek...bile nak HARTAL SEMALAYA lagi????

pro-che berkata...

I agree with the comment above. As Ernesto 'Che' Guevara said, "The revolution is not an apple that falls when it is ripe. You have to make it fall."

noel berkata...

Setuju atau tidak kalau sy katakan KITA SEBENARNYA TIDAK MERDEKA!

Tampok penjajahan hanya di beri kepada org UM*O..
Maka org melayu yg bodoh2 pun terimalah yg Malaysia merdeka sambil melalak MERDEKA MERDEKA MERDEKA.

Hakikatnya kita tidak merdeka sebenarnya apabila kita dihmbat seperti kucing kurap bila kita cuba suarakan kebebasan yg sebenarnya.

Org melayu tak berubah dan masih dalam mangkuk dungu. Hanya masa yg berubah..

Perhatian: Org melayu yg sy maksudkn diatas ialah melayu yg fanatik pada UM*O

meloya berkata...

memang orang melayu dizalimi, terutama yang kena ISA.

melayu yang tak dizalimi, adalah melayu umno, pemimpin dia buat apa pun depa tak marah, bagueh betoi orang ameno ni.

nak naik minyak ka, naik harga barang ka, naik tambang bas ka, naik apa saja dema mesti tak marah, jadi melayu amenolah yang tak pernah dizalimi.

lanie dah ade brape melayu dah!!!!!

Johan berkata...

serangan da makin hebat ke atas Pakatan Rakyat Selangor..risau gak gua..hancur ati siot klu kna rmpas mcm Perak

Johan berkata...

lupe lak,Selamat Hari Jadi Pertama kpd tukar tiub..tahniah!

Tanpa Nama berkata...

anwar punya bahasa kemain berbunga2 lagii ehh??memang die wat sendiri ke ehh speech tu??

dengorr cite anwar pnye pointers penyelidik2 die yang watkan..
mcm kalo ada cramah je, adela buku2 terbaru yg dia quote nk tnjukkan yg die study..

betul ke?ke salah dakwaan tu?