Sabtu, 29 Ogos 2009
SILA BACA PENERANGAN INI DARI WAKIL RAKYAT SHAH ALAM
PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS
Oleh Khalid Samad
Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.
Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.
Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!
Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.
Saya menyatakan ‘wakil rakyat’ di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.
Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.
Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!
WalLahu ‘Alam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
aku sebagai orang melake sesungguhnya malu dengan perangai hamba Allah tersebut..
aku nak cadangkan agar pekida ni dibubarkan,
kerana selama ini aku tengok,
mereka dari pekida ni banyak menimbulkan kekacauan,
disinilah lahirnya segala samseng melayu..
golongan ini bermahrajalela melakukan kekacauan,
bergaduh sesama mereka..
harap cadangan aku ini mendapat perhatian..
inilah sebab, mengapa setiap kali pru, saya tetap memangkah bulan walaupun saya bukan penganut agama Islam.
kalau PAS ada lebih ramai ahli yang searif MP ini, maka bertuahlah orang Malysia amnya dan orang Melayu khasnya dan orang PAS teristimewanya. Amin....
Ooh. Itu pasal la yang tiba-tiba muncul kepala lembu dipijak-pijak tu. Agaknya si binawe yang pijak kepala lembu tu cakap macam ni, "Hoi Hindu, kamu tengok aku pijak kepala lembu ni!", dengan harapan orang India bangkit mengamuk. Bila India mengamuk di Selangor, kerajaan PR yang kene selesaikan. Celaka punya PEWARIS UMNO.
Ini rupanya Islam yang kamu UMNO bawa. Bukan keamanan tapi permusuhan. Dalam bulan puasa ni lah jugak kamu nak buat sengketa. Kamu sebenarnya syaitan yang lebih iblis daripada syaitan itu sendiri. Setidak-tidaknya syaitan digari sebulan dalam bulan Ramadhan ini. Kamu UMNO adalah syaitan yang hidup bebas membuat angkara sepanjang tahun!
Celaka punya UMNO.
Ini sudah nyata kerja mensabotaj oleh Khir Toyol..dia dibelakang tabir..Tuhan Mahakuasa dan Tuhan boleh nampah siapa baling batu tapuk tangan dibelakang..Tuhan nampak Khir Toyol dengan kuncu kuncunya..
Allahuakhbar Allahuakhbar.
sape malaon dari melake tu?si tamby chik perogol bdk kecik ke??kahkahkah
wat ar lagi..lagi ar dunia memandang serong Islam..bodo tul munkee tu..lahabau hawau betul..baik munkee tu gi protes pasal projek jamban-tan ke sumatra tu..hawau tul..
Pergi Jahanam sama UMNO dan Pewaris dan pekida...
Sebagai orang Islam, saya amat menyesali insiden itu. Sebagai orang Islam juga saya amat berbangga wakil rakyat YB Khalid dapat memberikan penjelasan yang amat bertepatan dengan amat memuaskan semua yang berfikiran waras dan cintakan keamanan dan menjunjung keadalilan. Beliau mempamirkan perbezaan yang ketara sebagai seorang yang berpegang pada prinsip agama Islam sempurna berbanding dengan traditional UMNO yang juga beragama Islam.
Andai-kata benar insiden itu dipelopori pihak tertentu maka ia sebenarnya amat memalukan pihak itu. Tetapi terima kasih kerana dengan itu juga adalah menjadi lebih mudah bagi rakyat menilai kaca dan permata. Andai-kata ianya hanya merupakan segerombolan yang bertindak tanpa pengaruh mana-mana pihak, maka kita bagi pihak mereka sebagai saudara Islam memohon maaf kepada penganut hindu yang mungkin terasa di hina. Anda-kata mereka merupakan ahli-ahli mana-mana pihak tertentu yang bertindak bersama maka ia merupakan gambaran dan hati budi pihak itu sendiri dan sewajar pihak itu memohon maaf atas tindak tanduk ahlinya walau pun mereka bertindak bersendirian.
Amat malang sekali kita melihat seorang Islam yang tidak langsung menghormati kepala lembu itu dengan di pijak-pijak sebegitu. Itu rezeki dari Allah, mahkluk Allah, maka seolah-olah tidak hormat anugerah Allah. Kepala Lembu Itu tiada kene mengena dan tiada dosa dan kejam sekali dilakukan begitu.
Alhamdulillah, kita juga amat beruntung kerana kaum yang cuba di"batu api"kan tidak terpedaya setakat ini. Maka kita terselamat dari satu reaksi yang mungkin boleh menjadi hodoh dalam situasi kita sibuk dengan slogan 1Malaysia. Syabas kepada semua pihak yang sabar dan tahu menilai.
Hehehe...agak2nya apa tujuan diaorg kan...dulu masa 13 Mei kat neger mana ia bermula...hehehe...kepada UMNGOK...rakyat sekrg dah tahu taktik bangang korang...buat la taktik lain kalau nak rampas Selangor secara Haram...aku cadangkan taktik paling baik rampas Selangor dengan pilihanraya...tak de pun kau suruh ADUN BN kat Selangor tu letak jawatan kemudian buat PRK...kita tengok dapat ke tak ADUN UMNO tu jadi ADUN kat kawasan diaorg semula...hehehe
Surah Al- Israa' 53&54
Dan Katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaku supaya mereka berkata-kata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran) sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (mukmin dan kafir) SesungguhNya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
Surah Al-An'naam 107
Dan kalau Allah mengehendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukannya; dan kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka kerana semuanya itu terserah pada Allah semata-mata.
Surah Al-Mumtahanah ayat:8
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Surah Al- An'aam 108
Dan jangalah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah kaum memperelokan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka;...
kenapa perlu nak bubar2 ni
cakap nak betulkan selangor
orang lain nak tengok
kalau dah betol pru 13 suma pakat undi PKR
ha ha ha
memang la BN buat kerja tak betol
tapi mesti kena betol kan
cakap takder rasuah
itu jugak rasuah
5 sen pun rasuah jugak
abis dah!!!
semua nak buat kerja haram je
visit
http://melodymockers.blogspot.com/
pekida... nama saja nak memperjuangkan islam. memperjuangkan orang melayu.
tp tak sedar diri.. ahli2 pekida,malahan yg pangkat tinggi tu, semayang pon tak, arak diteguk macam air biasa, puasa jauh sekali... bab agama ni, wallahualam lah..
malu lah sikit... aku cakap bukan rekaan.. member aku sendiri..
sedih tengok bangsa sendiri yg hanya berpegang kepada nama islam..tetapi diri sendiri hanya islam dari segi nama.
Tu yang Tuan Guru Nik Aziz maksudkan tu... Islam yang diwar-warkan UMNGOK tu tak akan membawa menusia ke syurga. Betul jugak...! Kalau dah nama NGO Islam... berjuang kononnya untuk agama dan bangsat dia... tapi guna kaedah yang direstui iblis dan syaitan tu, ape ke bende nye?
Catat Ulasan