Selasa, 6 Oktober 2009

PEMECAH BERITA - MENGENAL ORANG BAIK DAN ORANG JAHAT




WAJAH MANUSIA YANG BERJUANG UNTUK KEMANUSIAAN



MARI KITA MENGENAL ORANG BAIK BERNAMA WILLIAM BOURDON

William Bourdon adalah seorang peguam hak asasi manusia di Paris. Dia belajar ilmu hukum di University Paris 1 Panthéon-Sorbonne. William memiliki Master of Private Law dan mendapat ijazah awal dari Institut d'Etudes Politiques de Paris

William Bourdon ada pejuang hak asasi manusia yang ulung di Eropah. Beliau adalah Setiausaha (1994-1995) kemudian menjawat Setiausaha Agung International Federation of Human Rights dari 1995 ke 2000.

Beliau telah mengambil banyak kes kes hak asasi manusia di Peranchis , Eropah dan antarabangsa.

Pada tahun 2001 William telah menubuhkan Sherpa Association yang memperjungkan hak orang ramai dari ditipu oleh peniaga. Hingga ke hari ini William masih lagi menjadi Presiden Sherpa.

Willaim Bourdon juga adalah peguam untuk Transparency International.

William Bourdon telah memperjuangkan 80 kes hak asasi manusia yang besar hingga menjadi rujukan guaman di Peranchis hingga ke hari ini. Antaranya beliau mempertahan hak asasi warga China yang lari dari tanah Besar China, SOS Racisme, Pembunuhan genocide di Rwanda.

William juga adalah peguam untuk Mujahideen AL-Khalaq di Paris.

William Bourdon adalah peguam untuk warga Chile yang telah di zalami oleh Agusto Pinochet.

Pada tahun 2000 William Bourdon bagi pihak FIDH telah memulakan kes untuk menyaman Hissene Habre Presiden Chad kerana jenayah terdahap kemanusiaan.

Nota:
FIDH - La Fédération Internationale des Droits de l’Homme atau International Federation of Human Rights atau Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Badan inilah yang telah menjemput Dr. Shaaribu datang ke Paris.



WAJAH ORANG JAHAT



JAHAT KENA DIPENJARA



ANGGKUH DENGAN KUASA


MARI MENGENAL ORANG JAHAT BERNAMA AGUSTO PINOCHET

Agusto Pinochet telah merampas kuasa dari Salvador Allende pada tahun 1973. Pinochet seorang jeneral sama seperti Haji Ahmad Suharto telah menjadi presiden Chile hingga ke tahun 1990.

Ramai warga Chile yang telah menjadi mangsa kezaliman Pinochet. Ada yang dibunuh - ada yang di penjara dan ramai yang melarikan diri.

Pada tahun 198 Pinochet telah datang ke London untuk berubat dan berbincang tentang pembelian senjata.

Pinochet telah di tangkap oleh polis London.

Pinochet telah di tuduh melakukan 94 kesalahan jenayah termausk membunuh seorang diplomat Sepanyol bernama Carmelo Soria. Kes ini ada dalam sebutan mahkamah Sepanyol.

Ketika ini semua Undang-undang Kesatuan Negara Eropah telah disatukan. Maka waran menangkap Pinochet yang di keluarkan di Madrid oleh hakim Baltasar Garzon wajib dijalankan di London.

Waran untuk menangkap Pinochet ini telah diajukan oleh keluarga Carmelo Suria dengan bantuan FIDH atau International Federation of Human Rights atau Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Pinochet dituntut di bawa ke Sepanyol untuk dibicarakan.

Selama 16 bulan Pinochet di tahan di London sehingga mengakui bahawa dirinya telah hilang ingatan dan mamai. Maka atas sebab-sebab kesihatan Pinochet telah di pulangkan ke Chile.

Kes Pinochet ini adalah satu patukan perubahan besar dalam perundangan mahkamah Eropah.

Orang-orang jahat, Presiden ganas atau Perdana Menteri yang membunuh rakyat dari Asia, Afrika dan Amerika Latin tidak boleh lagi hidup mundar mandir bersenang lenang atau lari dari negara mereka untuk tinggal enak di Paris atau London.

Laporan polis yang dibuat di Eropah akan terus mencari mereka.

Antara kes:
Ariel Sharon tidak berani lagi ke Belgium sebelum dia nazak.
Henry Kessinger tidak berani ke Jerman.
Donald Rumsfled terpaksa berpatah balik kapal terbang apabila tahu ada waran di Berlin.
Mugabe tidak berani berubat ke London atau Pari
s.

Marilah kita semua merayakan Kesastuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang bertungkus lumus untuk meluluskan undang undang ini. Dan bekerja
untuk hak asasi kita semua dari Asia, Afrika dan Amerika yang selalu di zalami oleh pemerintah.




10 ulasan:

Johan berkata...

FIDH pernah menggelar Malaysia sebagai 'ular boa constrictor' sebab menyekat kebebasan dan hak asasi..

kepala penjenayah hak asasi manusia kat Malaysia tak lain dan tak bukan Mahathir Mohamad @ Mahathir Kutty a/l Mohamad Iskandar Kutty..malaon madey ni ada hati nak kutuk penjenayah2 perang padahal dia ni 2x5 je..takde bezanya penjenayah perang dengan penjenayah penganiaya hak asasi..

kalaulah satu hari nanti dpt tengok madey dijatuhi hukuman,memang hari paling bersejarah untuk negara kita..

keraspedal berkata...

label posting ni;altantuya gadis cun mongolia punyai maksud tersirat yang kuat dlm posting ni kan??

yobleh berkata...

salam semua, hak asasi adalah menjadi hak universal bagi semua warga dunia. kesalahan atau jenayah yang membabitkan hak asasi yang sering dilakukan oleh pemimpin dunia ke-3 selaunya terlepas dari menerima hukuman dinegara mereka sendiri. hak asasi perlu diajar pada penuntut diperingkat menengah.

mn berkata...

Pak long TT,

WAJAH 'PELINGKUP' TAK ADA KER...kah kah kah kah kah kah

JIKA TAK ADA WAJAH PELINGKUP, SENARAIKAN WAJAH 'PEMBELIT' PUN DAH OK...kah kah kah kah kah kah

JANGAN SIAR WAJAH 'PEMUKUL'...BIAR DEPA CARI SENDIRI...kah kah kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau begitu tak lama lagi orang yang terlibat dengan kes Altantuya akan ditangkap dan dijatuhkan hukuman.Kita akan tahu siapa dalang yang paling besar.Tentunya sekarang mereka tak dapat lagi merasuah badan luar untuk melindungi mereka.Dunia pun mereka tak boleh lepas inikan pulak akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Hisham,
Apa pulak dengan Mahathir?????

Tanpa Nama berkata...

Apalagi, jum pakat gi report kat FIDH ni tentang slah laku mamak kutty ni dgn CM. najis nih..
biar diowg buat report polis kat sana plak.. tangkap dan dakwa terus kt mahkamah antarabangsa.. kt sini bolehlah dia suka2 merompak, membunuh bagai..

Tanpa Nama berkata...

Madey kita simpan untuk dibicarakandi Malaysia selepas PRU-13..

Tanpa Nama berkata...

Ya...saya pasti . Tak perlu talian jahat . Saya pasti dengan jawapan saya..eeheem

Orang jahat semua rambut beruban.

Ampun tuanku patek bernama razak ingin mengadap tuanku...ampun tuanku.

( Dato bentara yang duduk didepan pintu istana)... maaf, baginda bersemayam .razak tak bolih mengadap balik duluya esok datang balik.

Nama terbilang orang Minangkabau...antaranya ..Uda Mudo, Razak Bagindo, Tajol Mulok, Rais Setimpol,

ponek ari panieh bonar . nak minum dulu .

udin main gasing, Tg. Ipoh

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa Roman Polanski!