Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 17 Mei 2010

APA KE JADAHNYA ?




GUMBIRA DAPAT CEK BESAR





DR. IBRAHIM TOKOH KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2010
- melayau

KUANTAN 16 Mei - Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki , Profesor Datuk Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 sempena sambutan Hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Gambang di sini hari ini.

Penganugerahan itu membolehkan Ibrahim menerima wang tunai RM10,000, pingat, trofi, dan sijil penghargaan daripada Muhyiddin Yassin Ibrahim ketika ditemui menyifatkan anugerah itu sebagai penghormatan kepada guru di seluruh negara dan pencetus semangat kepada beliau dan warga pendidik untuk terus komited memajukan bidang pendidikan bagi pembangunan bangsa dan negara.

Beliau yang kini bertugas sebagai Naib Presiden/Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Inti berkata, anugerah itu juga merupakan satu tanggungjawab berat yang ditanggung bersama oleh warga pendidik.

"Anugerah ini sebenarnya untuk seluruh kaum guru. Walaupun kita beri anugerah untuk individu tertentu, itu hanya lambang sebab anugerah tersebut adalah di dalam bidang profesion pendidikan itu sendiri dan bila seseorang mencapai sesuatu, bukan dia sendiri yang mencapainya tetapi ramai orang lain yang membantu," katanya.

KAH KAH KAH…

woit…. APA YANG MALAOAN INI TELAH LAKUKAN?.... kah kah kah..

woit… BERAPA BANYAK BUKU TENTANG ILMU DAN PENDIDIKAN YANG TELAH DI TULIS… kah kah kah..

woit… MALAOAN INI BANGGA DAPAT HADIAH DARI SEMBAB?…. kah kah kah..

kah kah kah... DARI SIAPA.... DARI SEMBAB?.... kah kah kah..

kah kah kah… MANA ADA KELAS DAPAT HADIAH DARI SEMBAB…. kah kah kah..

woit… KALAU DAPAT HADIAH DARI IBRAHIM ALI… BARU ADA KELAS…. kah kah kah..

nota:

percaya atau tidak!

pagi ini si maloan ini telah
pergi ke may bank di bangsar utama
malaon ini membawa cek yang telah diterimanya
kelmarin.

pak gard tak benarkan malaon ini masuk
dengan cek yang besar.

tahu apa malaon ini jawab:

memang lah cek ini besar
kerana duit 10,000 rinngit
ini pun besar kah kah kah

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KAHKAHKAH.... boleh pengsan!

Ate Kome berkata...

Aslkm Yeop. Teman cikgu jugak...tapi keghojenya fail..fail..fail..ISO..ISO..ISO..Setiausaha..setaiusaha..paperwork..paperwork. Ate..ngajornya pakai belasahje, mana nak sempat. Apa nak jadi dengan dasar pendidikan kita, teman tak tau le..Yang dapat anugerah tu, payah teman nak cakap. Sebelum ni pun, yd dapat anugerah, mulutnya aje yg pot-pet2 plus kamcing dgn KPPM..

Tanpa Nama berkata...

DAP hendak memerintah Malaysia ? Janganlah anda buat2 buta sejarah pula . Siapakah sebenarnya yang mula2 menyerahkan KM PPinang kepada Cina ? Bukankah UMNO sendiri yang melepaskan kerusi penting itu kepada cina .

PAS menjadi tunggangan DAP ? bukankah BN sekarang ditunggangi oleh cina . Hulu Selangor RM3j SIbu RM18j . Kalau saudara nak tahu peruntukan untuk SAR tak adapun sedangkan disinilah 100% pelajarnya melayu muslim juga ramai anak2 UMNO dan PAS ada di sini . Jadi siapa kuda tunggangan ?

Lulus JUDI BOLA kepada siapa dan siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi ? Lepas nie berporak perandalah pula rumahtangga melayu dek penangan judi halal . Berlambaklah pula mangsa ah long yang tak berkesudahan hanya kerana nak memenuhi nafsu towkey cina untuk mengaut keuntungan .

Apa yang berlaku di Penang ?

- tiada apa2 melainkan melayu semakin terbela kerna diberi perhatian oleh Kjaan Negri mahupun NGO yang kuat melalak . Baru sekarang kita tahu melayu PPinang Naif , Fakir setelah 53 tahun merdeka. Baru sekarang kita tahu PPinang membangun tetapi yang dapatnya hanya kroni sama ada cina melayu india . Siapa yang meluluskan projek mewah PCCC yang hanya menguntungkan cina ? siapa yang luluskan pembangunan kg tokong untuk kediaman berjuta ringgit ? siapa yang menggadaikan tanah rizab hingga tinggal sekankang kera ? bukankah itu kerja 50 tahun dahulu .

Selangor ?

Mungkin anda sendiri sudah buta dan pekak tapi tidak bisu sahaja . Dengan adanya PR maka barulah kita tahu bahawa selangor sedang nazak dengan rasuah dan suapan dan korupsi terdahulu . Beratus2 buah rumah murah terbengkalai ? tanah2 dibuat keuntungan dikalangan kroni sahaja . Pasir sudah sekian lama dicuri begitu sahaja . Hatta felda sg buaya pun di bawah PR baru diselesaikan setelah hampir puluhan tahun penerokanya berteriak . Sekarang patutnya mereka tahu bila PR berkuasa maka kesemua itu baru dapat diselesaikan .

DAP menjadi PM ?

Igauan dan mimpi buruk bagi mereka2 yang masih dengan pemikiran lama dan kolot .

MCA mengatakan undi DAP menyokong negara Islam ...

UMNO pula mengatakan menyokong PAS menyokong Malaysian Malaysia ...

?????????????????????????

jadi mana satu sebenarnya kuda tunggangan PAS atau DAP ?

buloh berkata...

apa sikit sgt... bagilah 10 juta... 10 ribu nak buat apa... deposit bmw 5 series baru punn tak lepas....

Tanpa Nama berkata...

i think ini bala bencana, tak berkat sebab bagi vincent tan lesen judi exclusive tu.

tak serik serik. nak kata bodoh, marah pulak.

-buka mata-

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Tahniah kepada DAP dan pengundi-pengundi Sibu yang telah menggunakan hak mereka sebagai pengundi. Mereka tidak termakan oleh sogokan-sogokan bermusim yang dilemparkan oleh BN. Mereka sudah sedar bahawa kerajaan yang telah mewakili mereka selam 40 tahunmasih lagi tidak dapat membangunkan Sibu seperti yang sepatutnya. Hanya ada pilihanraya baru segala pembangunan hendak dijanjikan. Rakyat semakin pandai menunaikan hak mereka untuk memprotes kerajaan dan juga ini merupakan isyarat bahawa BN tidak mampu lagi mendabik dada bahawa mereka telah berjaya membawa pembangunan. BN gagal untuk melaksanakan amanah rakyat. Rakyat Sarawak masih lagi miskin tetapi Ketua Menteri kaya raya....Rakyat sudah tidak boleh ditipu selama-lamanya lg.

Tanpa Nama berkata...

Di mana ada judi,
Di situ ada arak,
Akrabnya seperti belangkas,

Arak dan Judi disebut serentak dalam Quran.

Tambahan,

Dimana ada arak,
Di situ ada wanita (zina),
Kerap kali, wanita jadi habuan arak judi,

Jadi,

Trio tiga serangkai,
Arak, judi, dan wanita,
berpisah tiada,
Pelampias nafsu ammarah,

Bukan tiba-tiba,
Sudah lama bersarang berkurun,
Serangkai ke empatnya siapa,
Sudah terang lagi bersuluh,
Ke empatnya UMNO,
Kononnya pembela Islam, pembela Melayu,
Kalau dipanggil berperangai seperti munafik,
Marah tak terperi, bersaga merah api,

Kalau benar Titah Agung dijunjungi,
Mengapa Titah Allah swt dilanggar suka hati?

APA LAGI YANG TIADA PADA UMNO HARI INI

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 12:33

Nukilan yg tepat lagi cantik

Tanpa Nama berkata...

Salam buat Tokoh Melayu Terbilang ZAM dan Tokoh Pendidik Malaysia yg menerima RM10k:
Apakah cita-cita anda sebelum jadi guru? Majistret? Loyar? Jurutera? Doktor? Anda menyesal jadi guru? Cuba lihat ada takloyar yang sanggup pakai topi arkitek? Ada tak majistret yang sanggup sarungkan kot doktor? Tapi guru adalah SEMUA itu. Kita doktor bila budak sakit. Kitalah loyar bila parents soal.Kitalah majistret bila budak bergaduh, hatta security guard dan AHLI NUJUM pun kita. Kemarin pula jadi tukang kebun pada gotong royong PERDANA. Oleh itu banggalah jadi seorang cikgu.!!

jalan JPJ, panji

Tanpa Nama berkata...

kalau cek dah mcm tu besar... tuan tuan agak.. cheque deposit machine besar mana???? kah kah kah

Lang berkata...

"Anugerah ini sebenarnya untuk seluruh kaum guru"

hai anugerah saja ke kongsi ramai2... yg 10k tu takkan nak share sorang sikit... baru ada kelas... guru lain pon ada yang berkaliber... tapi mereka tau kerja, kerja, kerja... didik anak2... tak ada masa nak bodek2, tak ada kesempatan nak manja2 ngan KPPM, atau Menteri pelajaran... cian gak kat mereka

Tanpa Nama berkata...

haii..faham2lah gomen dah x ada duit...tu pasal bukak lesen judi..lepas nii bolehlah naikkan gaji kakitangan awam dengan duit judi tuuu..kesian gomen dibawah Najib...makin banyak pilihanraya kecil makin bangkraplah gomen(duit kita jugak)...

Tanpa Nama berkata...

Bro..Sham..gue nak cakap sikit...kat 1Mesia ini banyak sangat anugerah ..pastu sikit-sikit kasi ganjaran duitan RM1K, RM1OK, RM100K, RM1 Juta.& gelaran .Datuk, Tan Sri, Datuk Seri..blah2..mintak dikaji balik..kan semua nie duit rakyat dan nampak membazir jee...membuat rakyat 1mesia tamak, mata duitan , pilih kasih..dan harapkan semuanye kebendaan/materialistik bukan bekerja cara ikhlas dan jujur...CIKGU MURNI

Non-Slowmental Individual berkata...

kah kah kah.takde siapa terkejut kalau pun benar2 berlaku kah kah kah.

kita dah tahu,keupayaan berfikir tidak digalakkan oleh gerombolan terhadap para barua2.

kebolehan berfikir bukan budaya kita kah kah kah