Khamis, 6 Mei 2010
TUKAR TIUB PERTAMA MENENTANG LOJI NUKLEAR
FIKRAH TERBAIK UNTUK MEMBUAT KERJA TERJAHAT
SURAT DARI KAMPONG
Gerun saya baca kenyataan di atas. Senangnya beliau mengeluarkan kata-kata. Fahamkah dia tentang reaktor neuklear? Kamu semua bagaimana?
Saya takut.
Saya sangat takut tentang perkara yang berkaitan dengan nuklear. Bila disebut nuklear saya teringat malapetaka letupan Chernobyll di Ukraine pada tahun 1980an. Punca letupan tidak dapat disahkan tetapi dikatakan berpunca dari kecacatan rekabentuk.
Malapetaka ini masih segar di ingatan saya. Mungkin ramai di antara kamu yang sudah lupa. Mungkin ada di antara kamu yang langsung tidak tahu tentang letupan reaktor Chenorbyll ini. Dalam tragedi itu ramai yang mati dan beribu-ribu lagi rakyatnya yang menderita akibat kanser dari pencemaran radiasi.
Itu di Ukraine, Russia di mana teknologinya sudah berkembang maju pada waktu itu. Cuba kaji balik teknoloji kita sekarang. Kita ditahap mana kalau dibuat perbandingan dengan Ukraine? Bagaimana pula dengan tahap mentaliti penyelenggaraan kita? Kamu ingat pakar kita boleh bina reaktor itu dengan sempurna tanpa cacat celanya?
Saya takut.
Terus terang saya katakan yang saya langsung tidak yakin dengan keupayaan pakar kita. Sayapun tidak tahu yang kita ada pakar dalam bidang ini sebelum membaca kenyataan di atas. Naik bulu roma saya fikirkan. Cuba tanya diri sendiri, adakah mentaliti penyelenggaraan kita sudah mantap? Tidak, saya rasa ada yang masih kuno. Mentaliti rakyatnya pula bagaimana? Adakah sudah professional? Tidak, saya rasa ada banyak otak-otak yang masih tersangkut di zaman batu.
Jadi bagaimana? Bolehkah kita bina reaktor nuklear kalau bina bangunan, silingnya runtuh. Kalau bina jalan, jalan merekah. Kalau bina stadium, stadium ranap?
Aspek penyelenggaraan adalah suatu yang sangat serius dan harus dikendalikan secara professional. Masalahnya di negara ini, bila berlaku salah laku, semua kepincangan akan dirahsiakan. Bila berhadapan dengan masalah, pihak pengurusan akan lepas tangan atau menuding jari kepada pihak lain. Jarang sekali ada pihak yang akan terima tanggungjawab dengan hati yang terbuka untuk mencari penyelesaian. Kalau tak setuju di hati, merajuk! Rakyat pula akan ditabur dengan tipu muslihat. Belit sana dan belit sini. Macamlah kita tidak boleh tafsir. Inikah mentaliti kelas pertama? Kalau reaktor meletup, siapa yang lari dulu? Pakar bukan?
Takut saya.
Jadi, macam mana saya hendak terima reaktor nuklear? Siapa boleh menyakinkan saya? Siapa boleh jamin keselamatan saya?
Kamu ada jawapan? Saya ada. Janganlah bina reaktor selagi minda masih belum bersedia!
Kalau 52 tahun masih di tokok lama, tahun 2021 di mana kita?
Takut tak?
YB YOHANI
nota:
surat ini diterima pagi ini
lalu tanpa kebenaran memasukan
ke dalam blog. tak tahu pun
siapa dia makhluk yang bernama
yb yohani ini. dari suratnya
pastilah dia manusia yang baik. (TT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
30 ulasan:
terus terang cakap, cable car di langkawi pun saya tak percaya untuk naik, lagi-lagi bila berangin dan cable car tu bergoyang2. scary shit! kalau di switzerland, mungkin saya ada lebih confident.
kapal terbang pun sama, di sini rasa macam dah check pun, saya tak puas hati. lagi2 those no frills airlines, rasa macam nak naik tu pun bertaroh nyawa! just to reach up north there..baik amik bas, that's me!
same thing goes here. the cincai and tidak acuh attitude yang bagi kita takut, takut hilang nyawa oleh sebab manusia-manusia yang tak peduli satu benda apa pun. buat keja sambil lewa tapi cakap besar nak loji nuklear.
takut meletup, takut cancer,takut tak boleh nak patah balik, hanya dengan satu silap langkah..akibatnya boleh jadi teruk, bertahun-tahun..orang orang yang taktau atau tak ambil tau saja yang boleh relax tentang hal-hal begini.
al mampos..
"Bila berhadapan dengan masalah, pihak pengurusan akan lepas tangan atau menuding jari kepada pihak lain. Jarang sekali ada pihak yang akan terima tanggungjawab dengan hati yang terbuka untuk mencari penyelesaian. Kalau tak setuju di hati, merajuk!"
tiada accountability, tiada siapa yang ikhlas dan jujur bila buat keja. tiada pride in it! memang la semua nak lepas tangan, sikap yang memang terbentuk bila diri sendiri tu bodoh & lembab dan takut mengaku salah! bukan nak belajar dari kesilapan sendiri.kena mengaku silap dan belajar dari kesilapan diri sendiri dan orang lain, barula boleh maju, sebagai individu atau negara sekalipun!
nak merajok boleh masuk tadika dan main masak2, that's where you belong..
ahahhahaa aku pun tak setuju..kalau meletup habis 1malaysia najib ni.. ahahahaa....kapal selam pun tak leh menyelam..tak mustahil loji nuklear meletup.. ahahhahaha
Memang betul penggunaan tenaga nuklear utk tenaga elektrik memang efficient.
Tapi yang aku takut adalah ketahanan bangunan yg menempatkan loji berkenaan.
Tau tau sajalah, projek KERAjaan ni siap tak sampai setahun dah kena rempuh ngan Ottoroman mcm di Ganu Kiter tu.
Aku rasa tak payahlah kut buat loji tu kalau projek pembinaannya menggunakan sub-standard material.
saya pun takut
Aman Tanpa Nuklear. Aku ketiga menentang Loji Nuklear...Bahana Chenobyl tidak dapat dilupakan...walaupun Melayu mudah lupa.
Ha ha ha..
Syabas untuk Bro TT..
Memang Nuklear tu baik dan bagus tapi bukankah kita ada sumber lain yang belum di bangunkan lagi ..malahan ..jumlah pengguna tenaga kita masih lagi rendah berbanding dengan pengeluranya..(Ini yang menyabakan IPP kenyang kerana tak payah keluar banyak elektrik, tapi mashuk)
Tambahan pula dengan ekonomi tenat macam sekarang ini yang mana FDI rendah..macamana penggunaan tenaga boleh tinggi.
Tapi, saya masih lagi yakin dengan kebolehan anak-anak Malaysia yang menjalan kerja penyelengaraan tetapi ..bak kata Penyokong Imprialis macam APNO..mereka lebih percaya Israel dari Orang Malaysia ..ha ha ha..
Salam
Daripada buat loji nukleur, lebih baik cipta satu teknologi baru untuk sedut lemak-lemak Bik Mama atau lebihan daging Al-Malikul Sembab dan kemudian diproses menjadi tenaga elektrik. Bila lemak atau daging sudah habis, kita gemukkan balik sumber-sumber yang disebutkan tadi.
Lagi jimat kos.
Bila perang, kita suruh pesawat tentera angkut Bik Mama tingi-tingi pastu jatuhkan dia. Kita tengok mana lebih power, bom atom yang meletupkan Hiroshima dan Nagasaki atau bom atom Bik "Mongol" Mama Mia v.1.0. Lepas guna, kita kutip balik. Al-Malikul Sembab pula kita jadikan sebagai pakar diplomasi atau pakar strategi perang. Confirm musuh-musuh gementar dengar kalimah-kalimah fatwa yang keluar dari mulut Al-Malikul Sembab.
Pun jimat kos.
me too, malaysia no nuclear reactor...bahwahhwa...
agaknya kerajaan UMNO/BN dah gila !!
Loji Nuklear ?? tandas awam pon tak boleh buat 'maintenance' apa pulak dengan logi Nuklear ??.... bikin stadium,stadium runtuh, bikin jambatan, jambatan patah..mati murid2 sekolah !!
Loji Nuklear...Malaysia tak boleh la !!
aku pun langsung tak percaya kita bersedia ke arah itu....rakyat malaysia harus bangkit menentang...mesti bentang di parlimen...biar MP Pakatan smash MP BN yg bangang tu...jgn canang kat tv3 je....itu cara lanun.
aku rasa dia orang ni ada cadang nak rembat hutan-hutan balak dikawasan hidro tak,sebab tu beria-ia sangat nak tukarkan sumber tenaga letrik kepada nuklear.
atau pun air Bakun dah mula mengusut sebab hutan di sekitarnya dah ranap,begitu juga di Kenyir atau Temenggor.
lapur lapur pada aduan rakyat
ini projek mahu bunuh rakyat
mahu gemuk kroni
mahu gemuk bik mama lagi
semua projek KERAJAAN BARISAN NASIONAL tak berkualiti
jalan berlubang
jambatan retak
bangunan runtuh
ape2 ajeeee tak ada kualiti yg ada rasuah kroni untung itu saje
pada rakyat malaysia yg masih sedar dan ada otak serta akal bantah buat demo dijlnan tunjukkan protes jgn ia terbina di tanah air ini, pasti celaka menanti bila kebocoran rektor nuklear berlaku.
bik mama serta kroni udah cabut over sea yg merana kite juga RAKYAT.........
.nuklear tu.cikgu aku bgtau nuklear bahaya.tp dlm bahaya tu ada faedah dia.buat karan kata cikgu.tp cikgu aku kata lagi,malaysia byk sumber utk menghasilkan karan.empangan pun byk,taburan ujan pun ok.padan la dgn 27 juta jiwa kat malaysia ni.tp xtau la plak kalau negara kita ni nak buat bom atom.huih,lagi bahaya nih.jadi aku tak setuju jgk adanya nuklear di malaysia ni.bkn xnak pembangunan.tp risiko benda ni amat tingi,kalau tak buat2 betoi2,27 juta jiwa jadi 7 jiwa.silap aribulan pupus abih warga malaysia.huhu.tp kalau gov nak buat gak,errr apa kata buat kat putrajaya ek.hehe.apa2 hal org yg tinggal kat sana kena dlu.hihihi.org putrajaya jgn marah no.ni sekadar gurauan semata2.
rohim b. azlee
Aku tak paham...
Susah sangat ke nak jadi pemimpin yang baik, yang amanah, yang pentingkan rakyat?
Susah sangat ke nak bezakan nuklear itu baik ke tak baik untuk rakyat?
Kenapa pemimpin Barisan Nasional tergamak buat rakyat macam ni?
Yang paling aku heran kenapa nak tibai duit banyak2 sedangkan makan sehari 3x je, paling kuat 6x je...kadang-kadang tak makan,nak diet...itupun tak kurus-kurus...
Ape yang tak cukup, entah...
Memang aku tak paham...
Negara ini panas dengan sinaran cahaya Matahari sepanjang tahun.
Kenapa tak jadikan Malaysia negara yang guna pakai tenaga matahari.
Mintak lah professor Kang Bin Kong dan Unibersiti Bomipootra cipta solar panel /cell solar ( dengan izin)yang murah dan efficient.
Kalau negara ini ada udang-udang bahawa kapal laut yang lalu lalang di selat melaka tak bolih ada senjata atom buat apa negara ini mau kuasa atom.
lagipon kuasa atom di cipta oleh Yahudi. Jelas lah bahawa rakan baik istiri rosmah ialah Yahudi.
srh ja bik mam ngan pak jib dok kt dlm bangunan yg mnptkn nuklear tu, mesti brtobat trus pasni, dh xmau bt jht dh, dh sbb tiap2 hari brhdpn nuklear tu, spa tkt
Betuika kat Malaysia ni ada pakar nuklear...tak tahu pulak saya
Yang saya tau
Pakar ampu dan bodek ramailah
pakar rasuah pun ramai
pakar gadai blok L&M pun ada sorang tuuuu...
pakar beli kapal selam tak boleh menyelam pun ada
pakar tahu rahsia kotak pun ada
pendek kata segala macam pakar ada kat malaisie...
ini madey punya planning la untuk buat ongkos buat anak-anaknya...mula-mula IPP anak punye...bila rakyat protes IPP banyak buang duit....dia plannin balik....sebelum tukar tiub mula menentang pun dulu-dulu dia dan siap tulis pasal keperluan tenaga nuklear di M'sia...tup tup...Kera-jagaan nya kata M'sia nak pakai tenaga nuklear.....
ermmmm..........
buat jambatan... jambatan retak
buat stadium.... stadium runtuh
buat hospital.... bocor sana sini
beli kapal... tak tenggelam plak
beli "heli"... asyik terhempas
ada tanah.... bagi org
apa ada semua bagi....
confident ke nak bagi diorng buat loji ni....
loji indah water pun tak upgrade2 system
kelas gitu yb yohani..komen canggih macam TT jugak...
bravo..susah nak ulas macam yb yohani ni...70% tulisan membawa pencerahan yang berkesan...teruskan berkarya lagi..kemaruk ambo nak baca...
say no to nuclear power project....
bahaya!!!
say NO to nuclear program....
Sudah tentu istiri rosmak akan buat loji nuklear.
Maka dengan ini, saya cadangkan loji nuklear di bina di pekan ,pahang.
istiri rosmak bolih cium loji nya depan rumah dia tiap tiap pagi.
Maklumat tambahan bagi isu rector nuklear.
http://mahaza.blogspot.com/2010/05/pm-minta-pendapat-fasal-tenaga-nuklear.html
Aku setuju loji nuklear diMalaysia, tapi tempat loji tu mestilah dibina di Pekan Pahang, kalau meletup pun jauh dari kampung aku.
Kalaulah jadi loji tu dibina diMalaysia, brape pulak komisen grembolan dapat, ramai pulak jutawang2 melayu kroni akan dilahirkan, apa tunggu lagi jommmmmm
kita bila loji indahwater.
Depa ni bukan nak buat loji nuklear sangat tapi nak buat duit...bodoh.
APNO http://www.youtube.com/watch?v=XdMHHIO5tQM
~B-Rain~
teringat sebuah sajak saya:
DI MEJA MAKAN 1986
hujan kelabu menyerapi gelas minum
mangkuk sayur menghidang ketakutan
debu amaran di hujung rumput
ternakan dilarang meragut
kanak-kanak dibatas bebasnya
para tamu terganggu oleh sisa
kuasa radiasi mengedar bala
barah dan leukimia
di pasaran, sebuah loji baru dipesan
bahan ghaib membayangi malang di chernobyle
cambah di sini bukan benih gandum
tetapi tamadun memamah tulang sumsum
bukan kacang peas atau bunga kobis
tetapi jarum beracun menggigit jantung
kita masih di meja makan di hari keenam
lauk dan buahan kian berkurangan
kita sendawa menelan kekuatiran.
HSM1987.
Catat Ulasan