Jumaat, 11 Jun 2010

ADA JUGA ORANG MELAYU YANG SLOOO PIKAP



BOIKOT MEK DOGAL YANG HANTAR DANA UNTUK ZIONIS ISRAEL





INI KESAH DI BELAKANG SAJAK MALAM KELMARIN


Malam tadi, sewaktu Hishamuddin Rais (tukar tiub) mendeklamasikan sajak 'Gaza'nya di program Palestin di Dewan Sivik,PJ aku terdengar seorang mamat berkopiah putih yang duduk di hadapanku bersungut kepada kawannya, "Ini cerita kat Malaysia!".

Ketika itu Hisham masih sedang membaca dan belum habis lagi.
Aku pantas saja bertanya mamat itu, "kenapa?"

Dia jawab,"Ini cerita di Malaysia."

Dengan sedikit panas aku terus saja menjawab,"Zionis ada di Malaysia! Cuba dengar kes roboh dan rampas tanah di Gaza dan di Malaysia, sama tak?"

Dia tersenyum saja masih termangu tetapi apabila Hisham menamatkan sajaknya yang menyatakan Gaza ada di Plentong, Gaza ada di Berembang, Chubadak dan sebelum lawan zionis di Gaza kenali dulu zionis di Malaysia aku rasa semua orang faham. Mamat tadi kelihatan terpempan. Dia tak nampak Hisham sedang membandingkan apa bezanya zionis Israel dengan zionis Malaysia.

Inilah masalahnya kalau selalu melihat 'kulit'. Apabila YB Khlid Samad menceritakan perihal kerajaan BN melantik APCO sebagai penasihat, ada yang bersungut,"politik pulak dahh.."

Nampak tak kesempitan ini? Ramai yang gagal kaitkan zionis di Gaza dengan di Malaysia? Seorang kanak-kanak spontan saja menjerit, "Mc Donald!!" sewaktu slaid menunjukkan produk yang menyokong zionis. Lihat budak sekecil itu sudah 'dipegang' mindanya dengan brand itu. Maaf cakaplah kawan2 - aku sedikit menyampah kalau aku lihat ada sticker VIP McD di cermin kereta kawan2 aku. Aku akan memandang ke lain jika aku menumpang kereta kalian.

Selaku editor majalah kartun politik, aku juga menerima banyak kartun menghentam zionis tetapi aku masih terus menunggu kartunis yang sama melukis tentang APCO, polis tembak orang awam dan sebagainya. Tadak!

Sewaktu demo anti zionis Jumaat lepas, ada sekumpulan demonstran NGO yang guna nama ala-ala Islam kurang senang dengan kehadiran majoriti demonstran dari parti politik PR.

"Tadi kami demo jalan tak jem pun. Mereka datang terus jem. Mereka ni gemar provoke kerajaan."Bagi mereka politik lain- Palestin ni lain.
Pencabulan hak asasi, rampasan, keganasan, manipulasi, penafian hak bersuara adalah zionis. Tak kira di mana dan tak kira siapa yang lakukan. ia adalah zionis. Zionis Melayu, Cina, India pun ada di Malaysia.

Lawan zionis depan mata dulu dan menangislah dengan kekejaman zionis di Putrajaya sebelum kamu berfikir untuk syahid di Gaza.

26 ulasan:

al-mankaraqi berkata...

boikot semua jenis zionis....yeahrrrgggghhhhh.....

Lang berkata...

otak sempit... penglihatan sempit, perjuangan juga menyempit... akhirnya yang tampak hanya sekelumit.

bicara tentang gaza...
bila ameno bicara... itu dasar kerejaan
bila pr bicara... itu berpolitik
bila ameno berdemo... itu sokongan
bila pr berdemo... itu nak ujudkan huru hara

kerejaan cakap... tentang zionist dibumi palastin
kerejaan ucap... sayang apko dibumi pertiwi
kerejaan kecam rampasan hak rakyat dibumi palestin
kerejaan diamkan rampasan hak rakyat dibumi pertiwi

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak suruh dia hantuk je kepala kat tiang jamban? ala cam biasa ler.. kalau tak suruh je dia pindah ke nepal ke.. cam biasa ler...

Putra IJ80 berkata...

"ADA JUGA ORANG MELAYU YANG SLOOO PIKAP"

Salah nya berpunca dari kita membiarkan kesalahan berlaku berulang ulang,sahingga menjadi kebiasaan,dan orang tidak lagi menganggap menjadi kesalahan jika ia di lakukan.

Orang Melayu mana mau fikir panjang.

reverie berkata...

Lawan dua-dua sekali selagi mampu. Well said.

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi ada pertembungan antara anis siam dengan anis jawa
http://kebunketereh.com/?p=1596

Tanpa Nama berkata...

"Lawan zionis depan mata dulu dan menangislah dengan kekejaman zionis di Putrajaya sebelum kamu berfikir untuk syahid di Gaza."

Saya amat bersetuju.

mi-phg berkata...

KALU PR KE 13 DEPA DOK BERKUASA LAGI M'SIA AKAN JADI 2X PALESTIN

wakmeli berkata...

betul tu bro...pemahaman yang kurang atau salah menyebabkan kekeliruan dalam diri memasing. Mereka tak nampak perkaitan diantara zionis di palestin dan zionis di Malaysia malah diseluruh dunia. Kita wajib menentang ketidakadilan yang berlaku yg dilakukan kepada rakyat xkira dimana jua mereka berada. Sajak bro adalah sajak serampang dua mata dimana kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan olej yahudi zionis boleh berlaku dimana2sja...
Masalah rakyat di Malaysia yang berada 'diatas pagar' dan pro bn ialah bila pemimpin Pakatan cuba menegur dan mengaitkan isu negara, ia dikatakan cuba bermain politik walhal ia amat penting utk mengimbangkan kuasa dan penyalahgunaan kuasa.. klau Pakatan tak kuat, dah lama harga minyak naik, barang kawalan naik harga, tarif air dan elektrik, tol dan sebagainya dinaikkan tanpa mengira suara rakyat. Kg. baru juga mudah diberikan kepada orang bukan melayu dan pelabur asing.. dan macam2 boleh berlaku tanpa keseimbangan kuasa...

Tanpa Nama berkata...

Melayu saja pandai boikot sini sana,
Jadi lah melayu yang borotak cergas...gi boikot UMNO ,

Mac Donald itu tanpa sokongan Melayu puntetap hidup didunia!! Melayu angkuh lah gi boikot, macam hero dalam kampong . Kakakaka

Tanpa Nama berkata...

Biasanya melayu yang pikap sloooo macam tu, kalu demo anti zionis akan bawak mek dogal kat tangan

Biasanya melayu yang pikap slooo macam tu, sikap anti zionisnya akan hilang dalam tempoh tiga hari setengah

Banyak melayu yang pikap sloooo termasuk mupti dan zol nodin

Kilau Saladin berkata...

orang menjerit dia menjerit
orang kutuk dia dia kata kita peluk tubuh
depan mata tertutup pandangan

mari boikot.meleisian style.dua tiga minggu.lepas tu pejam mata.

tampal stiker dpn kereta.jgn ekstremis sgt

Unknown berkata...

Aku setuju dgn pandangan tt tentang zionis, memang zionis atau
sestem penindasan ala zionis meman
g ada di mana2.di malaysia,di selatan thailand yg sudah berdekad2
penduduk2 melayu petani di tindas
dan di bunuh dgn sewenang2 oleh zionis siam tampa rasa simpati dari kita di malaysia,malah kita tidak pon menyedari nya.malah anak2 muda tidak tahu pon melayu patani sama dgn melayu kelantan atau melayu pahang.ini di sebabkan kita
takut kpd sejarah kerana sejarah kita sudah di pisongkan dan di nodai oleh umno dan sejarahwan.

Tanpa Nama berkata...

Bangsa melayu di msia ni masih ramai yg berotak belacan! Tapi gaya hidup pura2 sudah maju...

Kalau boleh 0.1% saja nk digunakan otak utk befikir! Balance 99.9% lagi utk berangan2....

Tak perlu zionis di palestin utk menjajah bangsa melayu islam di msia! Memadai dijajah 'pemerintah taraf dungu' negara sendiri, sudah longlai semangat pemikiran, belum disuruh bangkit berjuang utk rakyat palestin....

Setiap hari rakyat msia diajar bekerja 'mcm kerbau' utk mencari sesuap nasi dan berjuang dlm serba kekurangan demi kelangsungan hidup! Diterap budaya 'jangan banyak soal'.. Yang membuncit PARA PEMERINTAH!

Rakyat hanya cukup dibelai dan dilimpahi dengan 'ucapan & slogan retorik' meloyakan tekak yg perit!

Tanpa Nama berkata...

Yang bodoh Melayauamanau...
Hati dah macam batu..
Telingga dah penuh taik...

Tanpa Nama berkata...

Reversed Literaturing sajak TT.
a.k.a palagiatis
---------------
Merekapun pergi
Tiada sangka
Senjata di kaki
Dari kaum mati berdiri
Kapal laut bertolak
Sebidang demi sebidang
Bumi di punggah
Hi hi hi
Maknanya bumi Melayu dilombong
bijih
pitih
memancur berpeti peti
mereka pun pergilah
membawa hasil bumi
Melayu kering gusi

p/s:
kaum yahudi bila mati, ditanam berdiri

..akan bersambung....

amir berkata...

Pasal mereka sloo pikap la maka menjadi tugas para reformasi memberi pendedahan isu-isu semasa secara berterusan. Setelah sekian lama kita ditidurkan adalah mustahil mereka dapat memahami seperti yang kita faham.

Yang penting mereka tahu ada yang tidak kena. Sekarang ini teruskan pendedahan secara kreatif, berterusan dan tersusun kerana tidak banyak maklumat yang dapat diterima oleh mereka dibawah sana kerana usaha untuk mereka terus tidur dan bermimpi berjalan 24 jam sehari.

Tanpa Nama berkata...

terlalu lama (50+ tahun beb, kalau dari mula lahir tu sekarang dah pencen la!) dibuai pengelentongan berterusan oleh umngok-bongok yang memang itulah 'strategi yahudi' mereka supaya mudah mengawal tindaktanduk dan pemikiran rakyat terutama melayu (kerana majoriti!) setelah akal kebanyakan ini jadi mandul dan lesu tidak boleh memanjang apatah lagi mampu mengeras melawan taukeh!

sedarlah!
bangunlah!
berfikirlah!
cergaslah!
tangkaslah!
bijaksanalah!
marilah sama2 menuju kejayaan...

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)

Puan Ainon Mohd. berkata...

Sejak bermulanya gerakan Intifadah (lebih 20 tahun lalu) saya sudah boikot McD!

Tanpa Nama berkata...

bicara pasal sub-spesis melayu yg slooo pikap, teringat pasal sub-spesis melayu yang mi no spik inglis...

malaysia-today.net siarkan berita terbitan The Malaysian Insider: DAP chairman Karpal Singh was cleared of sedition today without his defence being called.

The Bukit Gelugor MP was charged with sedition last year for saying the Sultan of Perak could be taken to court over the removal of Datuk Seri Nizar Jamaluddin as the mentri besar.

The High Court here found the prosecution had failed to prove it had a case against him.

In his decision today, judge Azman Abdullah noted that the news reporters, key witnesses and police involved did not understand English and the meaning of sedition...


kahkahkahkah!

baca 'kartun' klakka-la pasal ni yang diterbitkan pada 25februari dulu:
MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: PPSMI

anyway, tahniah karpal!

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)

Tanpa Nama berkata...

siapa punya tulisan/surat ni? siapa mamat yg bercerita ni? pasal kejadian berlaku masa isham tengah atas stage...

Tanpa Nama berkata...

Melayu akal sloo selalunya bergantung pada satu sumber berita
Melayau/hairan/TV tiga suku

kita yang kritikal
kena gilap hotak mereka
biarpun emak dan bapak kita
supaya tak hanya angguk-angguk

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama 2010 Jun 11 11:06,

Yahudi mati ditanam berdiri? Aku rasa perlu juga dibetulkan salah faham kita ni.

Aku ada ramai kawan2 yahudi. Biasa jer... Pernah juga aku pergi satu majlis "toharah" saudara perempuan kawan pensyarah aku. Toharah tu, macam simati dikapankan la kalo dalam Islam. Sewaktu nazak tu, keadaan ini dipanggil "nesshamah", lebih kurang la sebutannya. Takde la pulak aku tengok mayat yahudi tu ditanam berdiri. Rasanya tak ada beza dengan kristian jugak, mayat disolek bagi cantik2 macam biasa la. Sumer taruk dalam coffin, tidoq terlentang jugak. Tanam kat cemetery sebelah Heath Hospital (Hospital Universiti), Cardiff.

Kalo kat Israel sana, aku tak tau la. Kat Denver, aku tak perasan pulak. Rasanya tanam macam biasa jugak. Mengarut la rasanya tanam berdiri nih. Kalo gitu, ramai jugak jenis tanam berdiri nih, kat Hong Kong dan Macau, tanam berdiri jugak sbb tanah dh takder, kawasan jadi semakin sempit. Arab Saudi sana pun, dah pakai kubur bertingkat2 jugak, dia buat macam tray kat hospital mayat jer.

Sekadar pengalaman. Aku ada tanya kengkawan aku jugak, memang tak ada isu pasal tanam berdiri ni. Kalau takder pengalaman, jangan main belasah jer pasal yahudi yer. Study atau experience dulu.

Ani Yode'a Milim Achadot. Lehitra'ot.

arr berkata...

Woit Tanpa Nama 2010 Jun 11 20:27 !!!
Dah tentulah geng TT yang tulis. Ko ingat Isyam buat seorang diri ke blog dia ni. Ko pun sloo pikap jugak daaa.

Khun Pana aka johanssm berkata...

Tak perlu boikot - baikot zionist ataupon yahudi.
Kita boikot - baikot VinSeTan pon dah cukop.
VinSeTan ada di Malaysia , senang untuk tempeling dia dari tempeling zionist.
Tempeling VinSetan bermakna....seluruh apno kena tempeling..

akbajalil berkata...

http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2010/06/ucapan-mohd-radhi-mat-din-mengajak.html