Rabu, 22 September 2010

ANAK TIDAK MEMBODEK




DUNIA INI AKHIRNYA MILIK ANAK MUDA





salut untuk anak muda
yang berani !






KENYATAAN MAHASISWA

Pro-Mahasiswa UPM hari ini menolak sebarang ‘kerjasama politik’ dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dalam Pilihan Raya Kampus.

Pendirian itu dinyatakan oleh Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, saudara Syed Syafiq Syed Hashim dalam satu email yang dihantar kepada unit media Pro Mahasiswa tengah malam semalam.

Beliau juga turut mempersoalkan semula kewajaran BHEP untuk terlibat dalam menghantar calon dan menjadi pengadil dalam pilihan raya.

“Pro Mahasiswa menolak sebarang kerjasama politik dengan BHEP dalam pilihan raya kampus”

“Kami juga berharap agar BHEP behenti daripada terus menggunakan mahasiswa sebagai alat mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kampus.” tulis beliau dalam emailnya.

Respon tersebut diberikan setelah seorang pegawai di BHEP difahamkan telah membuat pelawaan untuk bekerjasama dengan Pro Mahasiswa dalam Pilihan Raya Kampus akan datang.

Pelawaan bekerjasama itu difahamkan telah dibuat semasa bulan Ramadhan yang lepas.





3 ulasan:

AhmadSabir berkata...

jealous, terharu dan dengki bila tgk mahasiswa generasi baru UPM berpeluang menegakkan yg haq. Menyerupai peluang DSAI satu ketika dulu. Salute

ha ha ha berkata...

Ha ha ha...

Boleh memang boleh ..tapi jangan lembik bila HEP bagi ugutan dengan AUKU atau HEP Veto segala keputusan MPP..ha ha ha..

Good luck Bro...Lawan jangan tak Lawan...masa KERAjaan lembik ni kena lawan betul-betul ...kalau mike DAH kuat nanti di lokap ajer korang tu ...ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

menang pilihanraya kampus dapat apa pon. sigh. buduh.