Jumaat, 12 November 2010

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN



Embargo sehingga jam 3 ptg

10 November 2010
9.00 malam - 11.50 malam
Dewan Perhimpunan Cina Selangor,
Jln Dato Maharajalela,
Kuala Lumpur



RESOLUSI RAPAT ANAK MUDA MALAYSIA


Perkembangan mutakhir seolah-olah menggambarkan parti menuju krisis. Perkembangan ini menjadikan anggota parti khasnya dan rakyat amnya agak gelisah kerana dalam keadaan regim pemerintah yang makin rakus, rakyat gusar kiranya harapan yang tinggi kepada Parti KEADILAN Rakyat (Pakatan Rakyat) tidak mampu tergalas kerana kekecohan yang berlaku ketika pemilihan parti kali ini.

Namun atas kesedaran ini juga, jika ada kepincangan ia tidak seharusnya disapu ke bawah permaidani. Selaku parti masa depan yang bakal menerajui negara, kita harus berjiwa besar mengakui sebarang kepincangan (jika ada) dan sentiasa sedia untuk memperbaiki kelemahan diri.

Menginsafi harapan rakyat dan perlunya memperbaiki keadaan parti maka hari ini 213 orang dari seluruh negara yang berkumpul dalam Rapat Anak Muda KEADILAN telah meluluskan 6 resolusi penting:


1. MEDIA TIDAK HARUS DIGUNAKAN SEBAGAI MEDAN PERDEBATAN.
Rapat Anak Muda mengambil pendirian sesiapa juga; selepas ini yang menyerang atau menjawab serangan menggunakan media dianggap khianat dan pembawa masalah kepada parti. Menjawab serangan juga akan dilihat sebagai usaha untuk memanjangkan isu. Demi anggota dan rakyat, seharusnya selaku pemimpin besar kita juga mampu memilih isu untuk dijawab atau diabaikan.

2. PEMILIHAN PARTI SEHARUSNYA BERASASKAN IDEA SEGAR, NILAI DAN REKOD KE ARAH MEMPERKASA ANGGOTA DAN RAKYAT.
Rapat Anak Muda menyarankan anggota parti seharusnya memilih calon berdasarkan perkara ini; menolak calon yang menyerang lawan; menolak calon yang tidak punya idea; malah menolak calon yang hanya “bergantung atau bergayut” kepada individu tertentu sahaja.

3. RAPAT ANAK MUDA MEMPERAKUI BAHAWA SESUNGGUHNYA PEMILIHAN PARTI KALI INI MEMPUNYAI BANYAK MASALAH.
Oleh yang demikian rapat ini mendesak agar parti (yang berjiwa besar) memperakui wujudnya masalah ini. Sejarah besar yang kita ingin cipta melalui sistem pemilihan yang diperkenalkan akan lebih unggul dan dihormati jika kita sanggup memperakui kelemahan diri (termasuk berhenti menuding jari) dan bersama-sama memperbaiki kelemahan tersebut.

4. PARTI MESTI DENGAN SEGERA MEMBERHENTIKAN PROSES PEMILIHAN YANG SEDANG BERLANGSUNG SEHINGGA SEMUA ADUAN DISIASAT. Satu Jawatankuasa Penyiasat Bebas yang turut dianggotai wakil calon bertanding mesti dibentuk serta merta untuk mencari jalan terbaik memperbaiki keadaan. Rapat Anak Muda mendesak Presiden agar bertindak segera dengan kuasa yang ada padanya agar mengarahkan pemilihan yang sedang berlangsung dihentikan serta merta. Pemilihan semula harus dilakukan dengan sistem yang telah diperbaiki dan dipersetujui bersama. Rapat Anak Muda mencadangkan Dato’ Fauzi Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa tersebut.

5. RAPAT ANAK MUDA JUGA MEMUTUSKAN AGAR SEMUA CALON DAN/ATAU PEMIMPIN DI SEMUA PERINGKAT TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN MELETAKKAN JAWATAN DAN/ATAU MENARIK DIRI DARI BERTANDING BERIKUTAN KRISIS YANG MELANDA. Rapat ini menyeru agar semua calon dan pemimpin berlapang dada bersatu menggunakan semua kedudukan sedia ada sepenuhnya untuk mendesak resolusi ini dilaksanakan oleh parti.

6. ATAS SIFATNYA SEBAGAI SEORANG TOKOH YANG DISEGANI DAN TIDAK BERTANDING, RAPAT ANAK MUDA BERSETUJU AGAR DATO’ FAUZI ABDUL RAHMAN, PENGERUSI MPN, KEADILAN PAHANG, MENJADI JURUCAKAP DAN MEMBAWA RESOLUSI INI UNTUK DISERAHKAN KEPADA PRESIDEN PARTI. Rapat Anak Muda meminta Presiden Parti memberikan maklumbalas pertama terhadap resolusi ini dalam tempoh 24 jam selepas penyerahannya. Presiden juga dituntut agar memainkan peranan utama di dalam menangani krisis yang sedang melanda; bersikap adil kepada semua pihak yang bertanding dan seluruh anggota parti.

Semua perkara yang terkandung di dalam Resolusi ini dicapai setelah semua yang hadir di dalam Rapat Anak Muda berbincang, berhujah dan berdebat memikirkan masa depan parti dan harapan rakyat terbanyak. Rapat Anak Muda Keadilan hari ini merayu semua pihak mengenepikan ego masing-masing demi memikirkan kepentingan parti, rakyat dan negara.

Salam perjuangan
10 November 2010
9.00 malam - 11.50 malam
Dewan Perhimpunan Cina Selangor,
Jln Dato Maharajalela,
Kuala Lumpur



16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini baru betullll
tidak memihak mana mana!!!!

Tanpa Nama berkata...

apa rapat2 nih
apa nak hentikan pertandingan
nak buang2 masa ker?

wei sedor ler
pru13 dekat dah
nak tunggu rapat2 buat apa
bg selesai cepat, buat kerja cepat, lepas tu tumpu pilihan raya
yg tak puas hati pecat je
penyakit kena kawal sebelum parah
sebelum semua ahli jadi macam trojan horse

kudis/ penyakit dalaman lebih susah nak ubat banding kudis luaran.

lagi satu....
kudis2 ni tak payah calun pru13
sebab peluang nak jadi katak besar sangat

kudia dalaman ni...
sakit sikit jumpa berita hairan ngan utusang/ tv tigasuku

ptuii untuk trojan horse

Tanpa Nama berkata...

Saya AJK Putera UMNO Kuala Ibai (PUKI), sebulat suara menyokong langkah ini....

Tanpa Nama berkata...

aku sudah sakit kepala la nak pk-pk masalah negara ni.. bior lingkup ditangan umno sudah la..

tak payah la nak bersih2.. tak payah la nak adil2.. nak perpaduan apa kejadahnya lagi..

jom cari makan macam biasa.. cara merembat umno dan bn biasa buat.. cara PR belum tentu kita boleh carimakan lagi..

telus la.. apa toya la.. akhirnya orang yang kaya terus kaya jugak.. yang miskin boleh pegi mampos..

tak payah la bising resolusi2 apa pukimak ni lagi... PKR sudah kene bom tangan.. PAS pun sudah kene C4..

nak selesaikan cepat kebender.. pergi mampus la dengan PKR.. aku sudah muak dengan tukar tiub.. idea punyer canggih.. lingkup jugak.. isham, ko juga patut bersara saja dari politik dan realpolitik.. baik ko pergi rayau2 kemana2 daripada nak ajak rakyat bodoh ni jadi betul.. takkan betul punyer.. makin biol ada la..

ko leh pergi makan angin sebelom ko jugak akan mampus satu hari nanti.. bior ajerlah rakyat bodoh ni, terus bodoh dan bodoh.. tak boleh ditolong apa2 lagik..

rizieq shihab berkata...

Satu perkara yang aku pelik ialah apabila bagaimana seseorang yang protes sesuatu perkara, akan tetapi masih meneruskan ape yang dia protes..what the shit?puaka ape ni?tindakan bodoh ape ni?x masuk akal la,tahap pemikiran budak tadika kemas unjuran umnot )

rizieq shihab berkata...

what the shit? protes,tapi meneruskan pertandingan? tindakan ape ni? macam budak tadika kemas umnot je )

Tanpa Nama berkata...

Anak muda bangun melawan
yok,kita julang sang pahlawan
mengembara seantero dunia
membusukkan negara tecinta
lebih busuk dari zimbabwe katanya

Anak muda bangun melawan
ayuh kita maju di jalanan
membujur lalu melintang patah
demi membela sang wira
yang hanya berani menunda bicara

Anak muda bangun melawan
ketidakadilan
menjadi penyelamat sang peliwat tua
rumah kata pergi kubur kata mari

Anak muda bangun melawan
kukira nasib kita serupa nasib pribumi Bali suatu hari nanti
yang disaksi oleh sahabatku TT Ramadhan lalu
Yang hanya menjadi penumpang di bumi sendiri
Andai pada sang peliwat tua harapan diberi

Anak muda bangun melawan
berbaloikah?
?
.

Tanpa Nama berkata...

woi!woi!woi!
1.Macam promote kembali bintang tiga jee!!
2.Nak jadi talibarut komunis kee!!

mosabit berkata...

ada aku kisah...??

nasib baik aku ahli dap...

kah kah kah kah kah ...

Tanpa Nama berkata...

sokong 100%,sepatut peminpin2 ini sedar dr awal bagaimana utk mengawal parti dr terjerumus dlm kanca pepacahn,mcm budak2 asik2 letak jawatn..porahh xde kualiti punya org!!

Irwan berkata...

orang muda merapat-rapat,
jangan terpegang si payudara,
Jangan asik merapat-rapat
Nampak sangat takde kerjanya

Tanpa Nama berkata...

ape ceta ni belum apa dah kecoh,,,jangn sampai rkyt bawahan spt aku ni naik boring,,,,kalu camni susah la nak berjuang

Aa berkata...

Saranan anamk muda yang amat baikkkkkkkkkkk

Saiful berkata...

takkan jumpa lubang jarum utk masukkan benang jika semuanya kata tangan yg dok ada semua nya senget..cam mana nak jahit spender yg semakin koyak..jaga2 lambat jahit ..koyak..bila koyak nampak lah telur..
nun pru dah dekat..che gu bard [un dah dok tak tentu hala..jgn dok ikut sangat jiwa muda tt..tt ni rorg tua ..tua sangat dah..cuba ajaq budak2 muda cara berfikir selesai masalah..che gu bard pun sama..nak kemana ..tak masuk parlimen suara garang mu ..bak mcm naga yg bernafas wap2 panas..tarak api..tumpukan usaha betui2 ..pastikan suara anda diparlimen..bukannya setakat mcm ni saja..pandai la sikit..zaid tu tak pa..dia dah kaya ..kiri kanan dia ada geng..tak yah la ikut dia sgt..biar dia betulkan peribadi dia dulu..
co'mon..bro..jadi mcm geng muda kat parlimen tu..koin depa..baru boleh ubah..ganti geng tua ..gendut berbaju batik..tu..
tt jadilah seperti pohon yg rimbun ..lagi berbuah..

Tanpa Nama berkata...

woit!! MELAWAN LA, MELAWAN kah kah kah kah kah

DOGEI, BEGA, TAPI APO YANG KAU LAWAN JANG OIIII kah kah kah kah

DAH KAU BANGANG MASUK LA LAIE PARTI POLITIK kah kah kah kah TAKDO KOJO CARIK KOJO kah kah kah

BRANI MINAM AIR ANGGUR DOPAN LOBAI AJIS, KAU BERANI? TU NAMO EH MELAWAN YANG TULEN kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

PRU13? hahaha..

jangan risau..
PR takkan menang.
PR bukannya kuat sangat.

PRU12 BN tumbang sebab protes terhadap paklah.

waktu tu, kebanyakkan pengundi atas pagar memilih parti yang bukan BN sebagai alternatif.

tapi PRU13 nanti, atas pagar akan kembali kepada BN..
sebab apa? prestasi PR amatlah tidak memberansangkan.

Ibarat keluar dari mulut buaya,masuk ke mulut harimau.

tak percaya? cubalah buat bancian terhadap penyokong atas pagar..
dan penyokong atas pagar memberikan peratus yang tinggi berbanding penyokong tegar..