Jumaat, 12 November 2010

MANA MOLEK TESCO ATAU MAK YONG



BUKAN YAHUDI - ZIONIS

jangan buat buat tak tahu
kah kah kah






TESCO GIANT CARREFOUR MENYOKONG ISRAEL




nota:
anak dipangkuan dicekik mati
zionis berkeliaran dijemput mari
kah kah kah







WARISAN BUDAYA ASLI



HARAM SENI: KELANTAN JAJI SEMULA - melayau

Kelantan mahukan pandangan pakar seni budaya berhubung beberapa seni budaya yang diharamkan persembahannya di Kelantan sejak Pas memerintah negeri, bagi membolehkan pengharaman itu dikaji semula.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Takiyuddin Hassan berkata, masalahnya sehingga kini tidak ada mana-mana pakar seni budaya tampil untuk memberi pandangan mengenai perkara itu.

"Sehingga itu kerajaan tetap mengharamkan seni berkenaan kerana pandangan ulama mengenai perkara ini masih terpakai," katanya ketika menjawab soalan Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Sejak Pas memerintah Kelantan pada 1990, kesenian makyong, menora dan main puteri diharamkan kepada umum atas faktor mengandung unsur khurafat dan percampuran antara lelaki dan perempuan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
inilah akibat buta budaya
inilah sebabnya pemahaman sosio ekonomi yang cetek
hak warisan sendiri diharamkan
dijemput tesco dan giant
kah kah kah


nota:
semua tak sedar tesco, carrefour dan giant
menyokong zionist israel
mak yong hak warga kelantan


nota:
adakah dengan pengaharam ini dahulu
menjadikan warga kelantan lebih warak?
jawabnya : sila pergi ke ratau panjang
dihujung minggu kah kah akh


18 ulasan:

Arajo Dilangit berkata...

dikatakan makyong dan menora berasal dari buddha? benarkah?
tapi knapa ia diharamkan?
maksiat tetap berlaku...
tesco? zionis?
mende nie rasenya dh lama melayu islam mengetahuinya...
tapi kalu x beli kt situ kt mana lg nk beli barang murah? murah ke?

Unknown berkata...

ini yg aku marah ko isham
perkara syirik dan khurafat
bukan benda main2
ini soal iman dan kepercayaan
larangan dan perintah Tuhan
apakah dgn pertahankn budaya
yg bercanggah agama itu
menjadikan ko hebat
menjadikan ko agung
menjadikan ko femes seluruh dunia
menjadikan ko yg terulung
pada pandangan manusia ya
pada pandangan Tuhan tidak
inilah kalu manusia tidak
mahu mengerti iman
inilah kalu manusia tidak
mahu melihat kehidupan
selepas kematian
Komen ko kdg bule membawa org
pada kesesatan
dosa dan maksiat bule berlaku
di mn2, dosa pahala ditanggung
oleh pelaku tidak pd org lain
kecuali sesuatu keadaan
kalu kita suh org buat baek
tp org tak mo adakah dosa dia
kita tanggung? mn mungkin
aku tak kata pas gov baek smua
tntu tidak
sekuran-kurangnya derang tahu
kita semua akn berjumpa
Tuhan dan akan ditanya semua
perbuatan

Tanpa Nama berkata...

kalau isham ni islam bolehlah kita marah. tapi rasanya dah lama dia takde kepercayaan agama, mungkin sebab kecewa dengan dunia.

setakat nak baca pasal kehidupan, sosial, politik tu bolehlah.

Tanpa Nama berkata...

woi datuk
isham ni sbenanye xdehal pun kalo nk diharamkan makyong tu,die peduli ape,yg penting die blh mabuk
tp isunya ialah,kenapa makyong lbh diharamkan berbanding tesco/giant?
kenapa tesco pun xdiharamkan di kelantan?

btl kata TT,pengharaman makyong xmenjadikan org kelantan lbh warak
kat kl ni ramai gayboy2 org kelantan..wakakakakka
yg bakar2 stadium pun org kelantan
kahkahkah
tp kalo org sound,nnt dikatanya kita berat sebelah
elehhhh...pandai ckp berat sebelah,time bakar stadium xpikir lak pasal berat sebelah

Tanpa Nama berkata...

Budaya orang Nogori zaman batu dulu pakai cawat. Awat tak ikut?

Tanpa Nama berkata...

lebih baik beli di tesco yahudi la daripada main makyong yang khurafat..setahu teman takder masalah pun nak berjual beli ngan non muslim hatta yahudi sekalipun selagi mana jual beli tersebut dalam ruang lingkup yang halal kan..lain la pak isham pi beli benda haram kat tesco..

pak isham..pak isham..

-yop perak-

Insan Kompius berkata...

Kalau terer bab politik sosial ekonomi kena cakaplah tentang itu. Kalau tak terer sangat pasal agama, better hold dulu pendapat yang berkenaan agama. Kerana agama bukan boleh cakap ikut sedap mulut.

anak marhaen berkata...

Rasanya tak perlu haramkan seni dan budaya, mungkin asalnya ada unsur khurafat, tetapi boleh diubahsuai ikut kesesuaian setempat dan kehendak syarak..wali sembilan dulu pun berdakwah melalui wayang kulit,,,,kerajaan kelantan kena buka mata skit, jangan jadi ekstremis,x da wayang kulit, mak yong budak kelantan byk juga yg terpesong,culture shock jadinya..

Semua Gila berkata...

kah kah kah...
bila kat kelantan ada pasaraya TESKO & GIANT dikatakan kelantan sokong ZIONIST

bila kelantan tidak ada pasaraya2 besar, takda bangunan2 besar, tak ada peluang kerjaya dikatakan KELANTAN NEGARA MUNDUR!!! macam haram jadah semua tak kene...

kah kah kah...

woitt.. maksiat tak kira dimana2 lah.. negara Arab pun bersepah2 maksiat.. sedangkan masa zaman nabi pun ada berlaku maksiat...

tapi kat kelantan ada lah jugak inisiatip nak elakkan maksiat dan judi... kat negeri lain ada ke?? tambahkan gelaja maksiat ada lerr..
siap ada skolah termengandung lagi..
kah kah kah bodoh baghal betul!!!

Tanpa Nama berkata...

syirik boleh menjejaskan akidah iaitu menduakan Allah. Makyong ada unsur pemujaan.
Tujuan kerajaan negeri lebih kepada mendidik... pengharaman bagi menegah amalan dilakukan dengan meluas.

tentang perbandingan tesco & makyong bukan suatu perbandingan yg tepat..

lg pun kerajaan kelantan sedia tukar utk dihalalkan jika ada pihak tampil & berusaha utk menjelaskan. Usaha x de tp komlen kot tv je.

sama spt permainan snooker mula2 haram skang dah halal..

Tanpa Nama berkata...

menate bodo blako
puak2 duk komen ni totok PAS la ni
bukan masalah urus niaga jual beli dalam ruang lingkup yang halal tp tgk duit tesco giant tu g ke mana..apa sumbangan utama mereka kepada zionis..duk haram makyong menora, btol dah isham oyak tuh acu g rantau panjang x payah hari minggu la hari2 biasa pun buleh g tgk..brapa org org y duduk bertakbir time pilihanraya ni duk ulang alik g golok..yang ni x kalut pulak,kalu makyong marah sangat...tgk pulak balaci2 g amek pil kuda golok nu,yang ni lagi teruk..punah anak Malaysia anak Kelantan..

Tanpa Nama berkata...

Khurafat, syirik akidah dan blah, blah,blah.............

Yg aku heran bila nak bermunajat, mintak batu 4 segi di tanah arab makbulkan permintaan.

pelikkan...???

Tanpa Nama berkata...

Semua Gila : betul!!!
TT : kau bodoh! kah kah kah

Tiub Less berkata...

TUAN TUKAR TUIB..

HANG ISAP ROKOK TU HARAM KE HALAL??
HAHHAH FATWA KEBANGSAAN DAH BERFATWA ROKOK ADALAH HARAM KERANA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN...
APA LU MAU JAWAB??

MOK YONG NI BERASAL DARI HINDU
BANYAK ELEMEN2 HINDU DLM MOK YONG
TAKKAN KO TAK TAU.. SEBELUM ISLAM SAMPAI KAT TANAH MELAYU, HINDU DULU SAMPAI KE SINI?? SO MASIH RAMAI MELAYU AMALKAN AJARAN2 HINDU SAMPAI KE HARINI.. KAH KAH KAH

YG KES TIANG ANJAK TU PUN ELEMEN2 HINDU JUGAK.. WARGKKAKKAKA

Insan Kompius berkata...

Siapa pulak yang extreme ni?Itulah, masa kelas agama tidur, ada kuliyah agama tak join.

Andai kata syarikat tesco giant carefour semua tu secara terang-terangan menyatakan mereka beri dana pada musuh islam, maka haramlah umat Islam beli, sila fahami maksud TERANG-TERANGAN.

Kalau nak ikutkan, semua non muslim tak redha sama islam, baik kita halau je dari malaysia, tapi pernah ke nabi halau orang kafir di madinah yang tidak cara pasal sama islam, nabi cuma boikot yang menipu dalam perniagaan. Nabi juga bunuh yahudi yang terang-terangan menentang islam dengan melanggar perjanjian.

Nak nilai islam, jangan nilai penganutnya, Islam dah betul, penganut je ada yang betul dan tak betul. Adakah kerana orang islam jahat2 kita kena tinggalkan islam?

Masalah akidah tak boleh disamakan dengan muamalat, akidah rosak semua ibadat hancur. Fahami syirik khafi dan syirik jali.

Orang nampak syirif jali je, yg khafi tu kurang diberi penekanan. Padahal ia juga syirik.

Bab agama kalau tak tahu, better diam.

Tanpa Nama berkata...

Hoi TT, ada satu citer baik punya!

Hoi TT, status pelarian kat malaysia boleh meniaga!

Hoi TT, byk kedai runcit melayu dah lingkup!

Hoi TT, cukong keluar modal ini orang jadi front end!

Hoi TT, lu nyalak2 kat gedung besar2, yg kecik dah terbarai!

Hoi TT, ini kedai semua dekat pinggir bandar!

Hoi TT, apalah nasib org melayu ni!

Hoi TT, siasat ler!

Hoi TT, jangan jadi hampeh!

Hoi TT, napa lu hantam azmin jer!

Hoi TT, citer ler!

Hoi TT, bosanlah bagi hint jer!

Hoi TT, nak keluar tapi termasuk balik!

Hoi TT, mcm org sembelit lah!

Tanpa Nama berkata...

T.T tolong dengar yer :

-T.T cakap pasal politik den mmg respek.Mcm tiub bocor besar

-bab agama kalau T.T nak ckp biar T.T cukup fasih.

-Abg Montok pun ade blog juga tp cukup takut nak sentuh soal agama,takut sesatkan orang lain

-Kan dah gtau dalam artikel tu,pgharaman MokYong nak dipertimbangkan semula,mungkin ade pembaharuan bleh dibuat

Nota tambahan : Tiub bocor lagi,den tukar pakai T.L (tubeless) kah kah kah

Yg benar,
Abg Montok

Tanpa Nama berkata...

Apa yg kerajaan Kelantan buat tu saya sokong, mereka dah jalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang diberi tanggungjawab. Halal haram bukan mainan.... nanti dah kena bakor baru tau!