Isnin, 15 November 2010

PERPADUANG MASIH ADA LAGI




BENDERA PAS





UMNO TERUS AJAK PAS BERSAMA BN, BUKAN GANTIKAN UMNO-BN
- minsider

Umno terus mengajak PAS agar bersama parti teras Barisan Nasional (BN) itu daripada hanya bercita-cita mahu menggantikannya atau memintanya supaya berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum ke-13.

Malah Umno juga mendakwa kedudukan PAS akan lebih baik jika komponen Pakatan Rakyat (PR) itu bersama BN daripada terus berganding dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“PKR dan DAP itu hanya membebankan PAS.

“PAS akan lebih baik bersama Umno-BN bukan bersama PKR dan DAP yang tidak sehaluan dengan PAS,” kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Suara dan pandangan agar Umno-PAS terus kedengaran sejak selepas pilihan raya umum 2008 yang mana PAS bersama DAP dan PKR menafikan kedudukan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan selepas pentadbiran lima negeri jatuh ke tangan PR.

Sehubungan itu, Ahmad juga mengingatkan PAS supaya mengkaji dahulu kedudukan mereka dalam PR dan Parlimen sebelum membuat keputusan untuk menggantikan parti Melayu terbesar itu.

Malah, Ahmad berkata Umno-BN masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara sambil menjelaskan pilihan raya umum ke-13 masih belum diketahui bila akan diadakan.
“Kita belum kalah lagi, pilihan raya pun kita belum tahu lagi bila.

“Lagipun yang memerintah sekarang adalah Umno-BN, pilihan raya lambat lagi iaitu kalau ikut tarikh adalah pada 2013.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… TAK HABIS LAGI NAK BERPADU PADU… kah kah kah..

woit…. BUKAN PAS TAK NAK…. kah kah kah…

kah kah kah… MEMANG PAS NAK BERPADU PADU…. kah kah kah..

kah kah kah…. DENGAN SATU SYARAT SAHAJA…. kah kah kah…’..

kah kah kah…ISTERI BIK MAMA KENA UNDUR DIRI… kah kah kah..

kah kah kah… KERANA RAMAI ANGGOTA PAS TAK SANGGUP TERIMA TUDUHAN.… kah kah kah..

woit.. TUDUHAN TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA… kah kah kah

woit… LAGI PUN MAKIN RAMAI RAKYAT YANG MELUAT MELIHAT ROSMAH… kah kah kah…

kah kah kah… KALAU SYARAT INI DITERIMA… MAKA BOLEH BERPADU PADU… kah kah kah

woit… TAK PERCAYA…SILA BACA JAWAPAN PAS… kah kah kah..



PAS TIDAK AKAN NAIK KAPAL BOCOR
– harakah daily

Parti Islam Semalaysia PAS menolak pelawaan Datuk Ahmad Maslan untuk menyertai BN.
PAS tidak akan menaiki kapal yang bocor dan hendak karam, malahan PAS akan berusaha supaya ahli-ahli umno khususnya dan orang Melayu Islam bersama dengan PAS.

PAS tidak akan bersama dengan BN sebaliknya terus dengan Pakatan Rakyat yang sudah teruji dan terbukti. Sekarang Umno sudah hilang kompas perjuangan dan ideologi.
Perjuangan yang hanya mementingkan ”perutism” sahaja. Menjadikan perjuangan sebagai batu loncatan untuk peribadi walaupun merugikan bangsa.

Umno hanya boleh hidup dengan 3 M sahaja, iaitu Wang, jentera kerajaan dan media. Umno sudah tidak bermaya untuk hidup dan bermain di atas padang yang sama rata. Jika Umno tidak ada 3 M maka umno akan berkubur begitu sahaja.

PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, kerana ini adalah percubaan politik yang terbaik walaupun dalam usia yang agak muda.

Umno dengan kekuatan media perdana ynag berada di tangan mereka cuba menggelapkan berita kebaikan PAS yang telah disumbangkan melalui Pakatan Rakyat, kes banjir di Kedah adalah satu contoh.

PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai idelologi yang jelas dan mempunyai kepimpinan yang berkualiti dan ahli yang ikhlas akan terus mara kedepan bagi membentuk lanskap baru dalam politik negara.

PAS menganggap cukuplah Umno yang telah diberi mandat untuk mengetuai negara lebih separuh abad.

Apa yang Umno boleh banggakan untuk tatapan generasi akan datang? Rakyat merasakan sudah cukup penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh mereka dengan tekanan hidup akibat salah guna kuasa.

Walaupun negara ini adalah anugerah Allah dengan hasil mahsul yang banyak, namun masih ramai rakyat yang tidak bertanah. Contohnya Sabah, tanah yang terbentang luas, hasil yang melimpah ruah, namun masih ada rakyat yang membina rumah di atas air.

PAS tidak akan izinkan Umno, mengkhianat rakyat untuk separuh abad yang kedua pula.

PAS wajib ganti Umno.

nota:
gerombolan memasang niat mahu bawa pas masuk barisan
kalau pas dalam barisan maka pakatan akan pecah
bila pakatan pecah maka gerombolan akan kenduri kendara
sekali lagi kah kah kah


11 ulasan:

LibangLibu berkata...

Tuan TT,

Hassan Ali..

atau Nasharudin..

MB Selangor baru,

habeh Ezam nak taruk mana? Bawah kopek Bik Mama tak muat.

KIH KIH KIH

kgpadangbalang berkata...

Semoga PAS tidak terpedaya lagi.

Luka tahun 1978 masih belum sembuh.

Kepada sesiapa yang tak tahu apa yang berlaku tahun tu, sila baca buku sejarah.

Kalau tak tahu, sila maki penulis buku sejarah kerana menyembunyikan sejarah penting negara malaysia ini....

Tanpa Nama berkata...

PAS sendiri akan hancur lebur jika menyertai umno... tobat

Bigfish berkata...

Kenapa lah UMNO bongok nih lantik ketua penerangan yang bangang macam kerbau balar. Dah org pas kata tak nak, nehi, no, poodah, dok gila talak lagi.

Kau pegilah jilat selipar TG Nik aziz pun, kalau niat tu semata2 nak pecahkan Pakatan Rakyat, renti kan la...

Tanpa Nama berkata...

PKR ngan BN, dua-dua sama! Perangai menyusahkan rakyat. Semua bertuhankan duit... PAS lebih baik bersendiri.....

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah
ada berapa orang melayu dlm pkr ni!!
kah kah kah
ada berapa orang melayu dalam pas!!
kah kah kah
ada berapa orang melayu dalam umno!!
kah kah kah
yang kurang ahli,rasa kuat!!
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Hati-hati ngan buaya darat...

Ayat power punya nak berpadu...

Dapat nanti habis dara

cicit ngah layor berkata...

08:38....Yg kurang ahli,rasa kuat!!Pader PRU 12 baghu2 ni,ader soghang nyonya asai dr Kulim bercakap dgn teman.Katernyer dier baghu abih mengundi.Dengan betoi2 bersemangat dan berterus teghang dier bagitau teman yg dier tadinyer pangkah bulan.BILER DITANYER NGAPER DIER PANGKAH BULAN,DIER KATER DIER NAK BAGI GOMEN ADER AKAI SIKIT.Nyonya kampong ni bukan ahli PAS atau ahli Kelab Penyokong PAS,ngaper dier undi PAS? Jumlah ahli tak beghaper penting yob!!!yg penting org suker pader kiter.Nak bagi org suker pulak...peghangai kener elok,jangan muker jer nak elok tp peghangai mcm setan.

Tanpa Nama berkata...

Haha.. try tanya Hadi ngan Nasha pulak.. yang teghinjat2 nak berpadu2..

PAS hanya kuat dengan saranan Nik Azit sajo.. lain2 pemimpin, asyik pongpangpongpang sajo.. kalo orang tua ni takdak, aku rasa boleh bungkuih segala PR punyer mimpi2 disiang hari nih..

mari kita lihat siapa yang keeena!

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak mahu bersama dalam Kapal Bocor
PAS tidak mahu dok dalam Kapal Selam tak tahu menyelam
PAS tidak mahu naik Kapalterbang Jat takdak ingin
PAS tak leh bersama bersama penghalal perbagai judi
PAS tidak sudi bersama menyokong pesta fesyen Islam gaya Bigmum
PAS tidak layak bersama berlagha dalam Hab Hiburan
PAS sentiasa mahu MEMBANGUN

Tanpa Nama berkata...

Kalau berpadu2 lagi kuat!
kuat merembat harta rakyat

maslan ni apa hal?
tak kan nak lawan tokeh?
mat sembap kan tak suka pas!

*nasib baik ada nik aziz
kalu tak, pas dah kena tendang sekali lagi