Rabu, 12 Januari 2011

KOSONG DAN LOPONG




BERITA YANG INI TAK LAPOR





nota:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah





GADIS DAKWA DICABUL USTAZ KETIKA RAWATAN
–berita hairan

NIBONG TEBAL: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dicabul kehormatan oleh seorang ustaz ketika sedang mendapatkan rawatan kononnya untuk mengeluarkan penyakit buatan orang di rumah lelaki itu di Sungai Bakap di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dibawa oleh ibunya ke rumah suspek yang berusia 43 tahun untuk mendapatkan rawatan setelah dia sering berasa tidak tenteram dan kerap bertengkar dengan ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila tiba di rumah suspek, mangsa diminta menukar pakaian dengan hanya bertuala sebelum diminta masuk ke bilik air.

Ibu mangsa pula diminta menunggu di luar dan membaca al-Quran.

“Ketika bersama suspek di dalam bilik, remaja itu mendakwa dia dicabul oleh ustaz itu sambil membaca jampi,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas pulang daripada berubat, mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya.

Berikutan itu, mangsa dibawa ke Balai Polis Sungai Bakap pada hari kejadian untuk membuat laporan, katanya.

Berikutan laporan itu, polis menahan ustaz berkenaan yang juga seorang pendakwah bebas pada keesokannya bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati suspek yang menerima pendidikan tinggi di Syria, sudah berkahwin dan mempunyai lima anak.

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan.


NOTA:
ini lah contoh bagaimana telah merosotnya
seni dan budaya melapor berita di tanah air kita ini.

seharusnya berita ini TIDAK perlu dilapor.
ianya menjadi berita kerana sensasi UZTAZ

lihat tidak ada nama yang tertuduh
tidak ada nama yang menududh

tidak ada rujukan dari keluarga

macam ada niat bahawa jika ini ustaz maka wajib jadi berita

jika ustaz ini belajar dari luar negara lagi jadi berita
jika ustaz ini ahli pas – jamin ada nama dan gambar
kalau ahli pas bukan nama dan gambar sahaja
tapi gambar kena gari keluar ketika ditangkap pun ada

bayangkan berapa ramai ustaz di nibong tebal
semua dapat nama busuk
banyangkan berapa ramai gadis bermasaalah di nibong tebal
semua kawan kawan akan menganggap si polan itu dan si polan ini

media yang sama menuduh blog dan laman membuat fitnah liar
media yang sama menududh blog dan laman membuat tohmah
blog dan laman dituduh sebagai penyebar fitnah

tetapi

lihat diri sendiri duli
kaji dan analisa
dari mana punca fitnah ini

di negara kapir yang warganya makan babi
di negara kapir yang warga nya tak pergi masjid
berita KOSONG macam ini kerana ada PADERI
mencabul TIDAK AKAN dilaporkan

nota:
ketika jamaluddin jarjis meraba raba bontot pelayan
di bar di brickfeild tak ada pulak laporan sensasi
ketika berita rais yatim merofgol amah
yang terkeluar di wikileaks
tak pula jadi induk berita

yang dilapor berita KOSONG
kah kah kah


9 ulasan:

No to Malaysian Media berkata...

Media Malaysia adalah media putar belit! Pasal tu tak laku! Kah! Kah! Kah! Paper tu hanya layak untuk pendatang dari Kerala sahaja! Hahahahaha!

laki amah berkata...

aku setujuuuuuuuuuuu bangat!! hehehe

kuangKUANG berkata...

Jika rakyat berjaya menyekat kemaraan dakyah Utusan Meloya & Berita Harian, gerembolang akan kehilangan mojoriti di parlimen.
Jika Rakyat dapat menghapuskan pengaruh dakyah TV3 dan RTM, maka akan menghanyut gerombolang ke laut Cina Selatan.

Tanpa Nama berkata...

Utusan tu sesuai buat lap bontot lembu aku jahhh...

zuraimi berkata...

Hancur BN

zuraimi berkata...

samalah kisah nya di drama MELAYAU...
yg jahat USTAZ... yg baik yg tak pakai tudung...yg bukak sana ...bukak sini....wakkakaka

cicit ngah layor berkata...

Kesimpulan yg sngat senang untuk kiter paham iaitu salah satu jalan untuk menjauhkan ghakyat drpd PAS.

yusufjalli berkata...

Macam drama Delima Sakti Sheila Rusly. LPF arahkan dihentikan.
Alasan yang agak kabur. Khurafat yang melampau.
Sedangkan cerita tu dengan Pancha Delima boleh pulak.
Adoi...
Cerita Indon tu tak tahyul ke?
Londeh belah seluar, artis brkemban boleh pulak?
Kata negara Islam..

Tanpa Nama berkata...

ALL HAIL TO TUKAR TIUB ! LONG LIVE ISHAM!!!

REVOLUTION IS WHAT WE NEED!