Isnin, 7 Februari 2011
INGATAN UNTUK KITA SEMUA
WO WOH WOIT
Guruh bergema gegak gempita. Alam menjadi gelap gelita. Tiupan angin makin lama makin kencang. Seolah-olah ada Wali yang terus meniupkan angin Sangka Kala. Ini disambut pula oleh petir sabung menyabung. Sesekali bunyi halilintar memecah bumi. Air sungai semakin deras. Ombak laut mula bergelora. Maka turunlah hujan seperti seperti gajah terkencing berdiri. Ini lah tanda sebuah negera yang sedang dilanggar bencana.
Maka tabuh dipalu. Beduk diketuk. Maka segala bala tentera, soldadu jantan dan betina semuanya dipanggil datang mengadap ke Balai Rung. Di Balai kelihatan seorang jantan gemok pendek dan hitam sedang mengarahkan soldadu dan laskar untuk tegak berdiri. Tidak berapa juah dari pintu kelihatan seorang jantan kepala botak berambut sejemput berperut gendut, tidak berbaju , mamakai cawat berwarna kuning sedang membakar kemenyan.
Maka gong pun dipalu lagi. Semua senyap dan sepi macam Mat Pet baru selesai berasap. Disaat dan ketikanya maka muncul Tok Seri dan terus masuk ke Balai Rong. Tok Seri diikuti oleh segala para menteri. Apit di kiri Menteri Dalam, apit di kanan Menteri Luar. Kemudian di bontoti oleh Menteri Beras, Menteri Duit dan Menteri Heboh. Di belakang semua ini ialah juak dan sida, dayang , hamba sahaya , tok penggawa, tok penghulu, tukang kipas dan tukang bodek.
Para soldadu, panglima dan laskar semuanya siap siaga tegak berdiri. Tuduk memandang ke bumi takut untuk melihat muka muka sang menteri. Maka Tok Seri pun duduklah ditilam pandak untuk menerima semua laporan dan sembah tentang kedudukan negara.
Maka Menteri Dalam membuka kesah yang negara sedang kelam lagi resah. Kini negeri sedang di serang bertalu-talu. Hinggakan saham Bas Mini jatuh mendadak. Hinggakan akhbar Meloya betimbun-timbun tidak laku. Menteri Heboh pun turut menyampok dan menerangkan yang Jabatan Pengheboh dan para juruheboh upahan sedang cuba mengenal segala angkara.
Menteri Duit membuat hitungan jika serangan ini berterusan maka negara ini akan bangkrap dalam masa yang tidak lama. Pelabur luar telah ramai lari. Kilang akan ditutup. Dan paling ngeri sekali ialah duit rasuah sudah tidak masuk lagi. Ini amat amat menyusahkan Tengku Adnan yang pada ketika ini sedang mengumpul dana sebagai persediaan untuk membuat pilihanraya ke 13.
Menteri Beras memberi tahu jika keadaan ini berterusan maka besar kemungkinan negara ini terpaksa makan keladi hutan. Ini kerana nilai wang jatuh dan tidak ada modal untuk mengimpot beras.
Bila mendengar laporan ini semakin banyak rambut Tok Seri yang gugur. Tok Seri mengetok-ngetok kepalanya yang botak dan dia bertempik marah ‘ Siapa yang berani menyerang kita? Pakatan siapa yang berani menyerang kita. Kita akan bertahan hingga hingus kita kering. Jangan siapa berani mencabar ’ .
‘ Musuh baru melanggar kita Tok Seri. Nak katakan geruda bukan geruda. Nak kata unggas bukan unggas. Tapi musuh ini berkepak. Nak kata hantu bukan hantu. Tapi sekejap hilang sekejap muncul. Nak kata bini puaka pun bukan. Bila nak ditangkap dia hilang. Kita lari dia datang. Kuman pun bukan hama pun bukan. Bukan ulat bukan binatang. Ada kecik ada besar. Boleh dilihat tapi tak dapat dipegang. Kadang kadang ramai… kadang kadang sedikit….” sahut Menteri Dalam.
‘ Musuh jenis apa ni... jangan buat silap mata dengan aku…’ Tok Seri bertanya marah dengan penuh kehairan.
‘ Ada ekornya bergulung gulung.. … ada kepak macam tiga ekor garuda… macam rupa bentuk kereta pun ada… selalu datang dengan kawannya bila menyerang… ‘ penjelasan Menteri Dalam lagi. Semua dalam Balai Rong senyap. Tidak ada sesiapa yang berani berkata apa-apa. Mereka semua amat sedar yang negara ini sedang diserang oleh sejenis musuh yang baru.
‘ Apakah ini garuda menyerang kita… ada kepak…ada ekor bergulung-gulung…Kenapa pulak rupa macam jenis kereta? Mana Guru Ji Bomoh Negara yang kita impot dari Bombay … datang kesini…’ arahan Tok Seri.
Maka jantan kepala botak berambut sejemput berperut gendut tidak berbaju dan hanya mamakai cawat berwarna kuning terkedik kedik datang ke hadapan Tok Seri. Dia menonggeng dan kemudian mencium buku lali Tok Seri. Guru Ji terus terkumat kamit mulutnya sambil membakar kemenyan didalam batil. Semua menunggu apakah yang akan ditemui oleh Guru Ji.
‘ Wahai Tok Seri Jantan Mongoli …ada pun musuh ini datang dari negeri atas angin. Ada yang datang mengikut jalan laut. Ada yang datang mengikut jalan udara. Mereka halus tapi bukan polong. Mereka halimunan tapi bukan hantu. Mereka bahaya tetapi bukan kuman…. mereka ini macam polong tak bertuan. Berkepak bersayap tapi bukan garuda. Mereka telah dilepas bebas oleh Ronald Reagan….’ penerangan Bomoh Negara.
‘ Berkepak macam mana?’ Tanya Tok Seri dengan penuh kehairanan. Yang lain pun turut sama hairan.
‘ Musuh ini ialah bernama W.W.W yang berkepak macam tiga ekor burung enggang terbang jauh diawan…. kawan dia ekornya bergulung. Nak kata A bukan A .. nak kata C bukan C inilah rupanya @... inilah musuh yang sedang menyerang negeri kita. W.W.W ini bukan kereta Wok Wigan dari Jerman wahai Tok Seri Jantan Mongoli ‘. Guru Ji menerankan dan kemudian terus berundur pergi.
‘ Menteri Dalam… kalau bagitu tangkap segera W.W.W dan kawan dia yang bernama @.... kita haramkan W.W.W…kita tangkap W.W.W… tangkap dan bunuh dengan senjata beracun kita… apa jadi dengan Akta Mesin Cetak kita? Kita boleh hapuskan W.W.W dengan akta ini...’ perintah To Seri dengan bengis.
Maka semenjak petang itu diketahui oleh para menteri siapa sebenarnya musuh negara ini. Maka segala bala tentera, soldadu dan jantan dan betina telah di kerah untuk mencari dan menangkap W.W.W. dan kawanya yang berekor-ekor yang bernama @. Jika sesiapa ada menemui W.W.W dan tidak melaporkan kepada polis maka orang ini akan di tahan untuk disoal siasat di tingkat 14 oleh SPRM.
Tabuh dipukul canang dipalu. Menteri Heboh masuk kampong keluar kampong sambil menerangkan kepada sesiapa yang masih dalam gelap tentang siapa sebenarnya musuh negara ini. Manakala Menteri Dalam dengan tergesa-gesa, belum pun sempat berfikir panjang telah meluluskan satu akta baru untuk mengketatkan lagi Akta Mesin Cetak.
Akta dan undang undang baru telah diluluskan tanpa bantahan dalam parlimen. Maka dengan akta baru ini sesiapa sahaja yang kenal, yang tahu, yang melihat, yang ternampak, yang membaca, yang menghidu, yang menggunakan atau yang berfikir tentang W.W.W atau dengan kawan W.W.W yang bernama @ maka orang ini akan ditangkap. Sesiapa sahaja tidak kira jantan atau betina – tua atau muda jika dituduh oleh Utusuan Malaysia sebagai pengikut jaran sesat dan boleh ditangkap. W.W.W secara resmi telah dinobatkan sebagai musuh negara numero uno.
Sepurnama setelah akta ini diheboh-hebohkan kelihatan serangan agak kendur dan mula reda. Tetapi yang menjadikan suasana bertambah pelik ialah apabila serangan berkurangan rakyat seantero negeri kelihatan resah, sugul dan gelisah macam Mat Pet gian dadah. Tidak diketahui kenapa rakyat satu negara suka negeri mereka diserang. Bila musuh menyerang rakyat jadi gumbira. Ada sesutu yang amat pelik sedang berlaku di negeri ini.
Tiga purnama satelah akta baru dijalankan maka sekali halilintar memecah bumi. Hujan turun bergantang gantang. Angin punting beliong datang manyapu. Kali ini berita baru diterima oleh Menteri Dalam bahawa rupa-rupanya W.W.W ada seorang lagi kawan yang wujudnya dahulu tidak disedari. Tok Seri menyinga marah. Dia memanggil Menteri Heboh dan Menteri Dalam datang mengadap.
Menurut laporan tiga badan risikan negara - Jawi, Jakim dan Juwie - kawan kepada W.W.W ini lebih ganas lagi. Kawan W.W.W ini agak muda umurnya dan tugasnya hanyalah meracun kepala anak anak muda seluruh negara untuk membenci kerajaan Tok Seri. Guru Ji dipanggil sekali lagi untuk menentukan siapakh kawan baru W.W.W ini.
Dari tilikan Guru Ji ditemui musuh baru yang meracun anak anak muda ini bernama FB. Jangn silap dan jangan salah sangka FB ini bukan jenama sabun yang boleh membersihkan pakaian. FB ini cukup lincah dan cukup licik. Dari satu FB boleh menjadi seratus FB, dari seratus FB boleh menjadi seribu dan FB ini terus berganda ganda. Amatlah susah hendak dikalahkan. Apabila Menteri Dalam sedar hal ini maka akta Mesin Cetak dipinda dan dimasukkan sama FB sebagai musuh negara.
Mengikut tuan empunya cerita apabila rakyat mengetahui adanya serangan baru dari FB maka sekali lagi rakyat bergumbira. Anak anak muda bukan membantu kerajan menumpaskan FB malah mereka merayakan kesampaian FB. Bila berita kegumbiraan anak-anak muda ini diketahui oleh Menteri Dalam maka satu persidangan sulit telah diadakan.
Ketika mesyuarat sulit para menteri sedang berjalan – untuk menyedapkan cerita - ada satu lagi musuh baru akan datang. Musuh ini juga adalah suku sakat kepada W.W.W. Musuh baru ini lagi amat merbahaya kerana tidak diketahui letupan apa yang akan dibawanya.
Musuh baru ini bernama www. wikileaks yang rupanya adalah sepupu kepada W.W.W. dan ada pertalian sudara juga dengan @. Ketika riwayat ini di turunkan dari mulut ke mulut menyuarat sulit para menteri masih lagi berjalan. Dari berita yang didengar belum ditemui lagi satu senjata untuk mengalahkan W.W.W dan suku sakatnya.
Kerana itu, walau pun hujan turun macam gajah kencing berdiri, guruh berbunyi memekak telinga dan petir berdentam dentum – rakyat satu negara masih bergumbira.(TT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 ulasan:
hehehe...
gerombolan da takut bayang2 sendiri....
pinda utk keselamatan gerombolan...kahkahkah...ada ke patut...ni rakyat merempat ni bila nak buat pindaan bg senang wei...bangsat la memang gampang gerobolan!!!!!!
fb ditutup sebenarnya bukan kerana nk selamatkan manusia dari lalai. tapi sebenarnya target dah lari. diorg cipta fb ni untuk melalaikan orang dan mendapatkan sekian2 maklumat berkaitan seseorang dan keturunannya. tapi manusia ni diorg gunakan platform fb sebagai medium menghentam anasir2 jahat dan bertukar-tukar maklumat. sebelum merebak, baik diorg tutup. fb sebenarnya ciptaan dajal untuk mencari keturun fatimah yg dikatan lahir dari keturunan itu adalah mahadi. sekian
KESIAN KO TT,
MALU YER..DEMONSTRASI YANG DIJANGKA DAN DIJANJIKAN RATUSAN RIBU, RUPANYA RATUSAN ORANG JER..
KO DAH AMBIK DUIT BANYAK KER?
kahkahkah! komen Tanpa Nama #3 sangat lucu~
org ameno berapa kerat yg tau guna fb.
pasal tu la...
Tahniah, satu entry yang penuh fantasi bernelankolic...
Prof. HR memang banyak idea...
Sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/
wah....tt anda lah juare yg menbawa gelombang anak mude.....tpkan ada manusia mangkok bin jahil ''meriwayatkan makne anak muda adalah tidak matang....kah kah kah.
Memang bodoh minah ni...aku dah selidik dgn kamus dewan bahasa binti pusnawi''tak plak jumpe ,yg makne anak muda ini tidak matang.......di barat budak umur 16 tahun telah berjaye mengodam laman web porno yg di sekat kerajaan...kat mlaysia dia nk sekat'''',,,laman 1 malaysia pun orang dah godam ''ada hati nak block internet........kah kah kah
ye ke..???
BUTUH LA luncai
pengampu
PEMBODEK
P MAMPUS LA LU LUNCAI
DIDI KOTA BELUD BERKATA.....JADIKAN CERPEN DAN REGISTERKAN UNTUK BAHASA MELAYU KLASIK KAT SEKOLAH....UNTUKMU LUNCAI.......KALAU TAKUT MALU KO PI DUDUK KAT KIULU...REVOLUSI BERPRINGKAT....BUKAN JADI TUKANG INGAT....WELL LUNACI..NO OFFENCE DAN BUKAN NAK DEFENND TT....TAPI KO TOJUNLAH DENGAN LABU-LABU KO DI KIULU SABAH....BUDUH...PTUIIIIII.
One of the best post by tt.
wahh....gumbira hati ini membaca & menhayati yee....
ayuhhh majuu.....
cerpen klasik untuk umat moden
isi baguih
jalan cerita cermat
personafikasi cantik
metafora ok
hiperbola ada sekelumit
ok laa
Pengajarannya:
yang bangang akan terasa bangangnya
yang terkena tersipu malu
yang tak malu memang celaka
yang cibai terus mencibai
yang tikus terus menikus
yang bisul menghisap nanah
yang bising mencuci mercedes
yang LuNcAi memuki-muki
kerana takut WWW dan @
tapi ejaan banyak tonggang terbalik
mungkin masa mce dulu bm dapat 9?
tapi tak apa laa
janji kool!!
Alahai SiLuncai....
Duit raya apa?
Duit raya KEPALA BAPAK KAU?
KEPALA BAPAK KAU!!
takziah lagi utk dunia rock
takziah utk keluarga & sahabat
takziah utk seluruh peminat
gary moore, lahirmu di belfast
semuda 8tahun jemarimu sudah mengulit gitar
seawal 16tahun namamu sudah bergelar pemuzik
sepanjang hidupmu sudah terkenal ke seluruh dunia
gary moore, pergimu di sepanyol
gary moore, aku teringat parisienne walkways
gary moore, i've still got the blues for you...
(terimakasih internet yg menyampaikan perkhabaran benar ini)
lu punya seloka memang mantap bro! boleh ajar kat kelas kesusasteraan melayu (gua cikgu form 6)bagi budak2 sarawak ni sedar diri sikit, asyik kena tipu sampai berpuluh2 tahun
Catat Ulasan