Selasa, 8 Februari 2011
PEGUMUMAN UNTUK SEMUA
KAIN RENTANG GEROMBOLAN TELAH MUNCUL
nota:
ini perebutan hebat dalam
gerombolan - kali ini mereka
cekap - pakai tulisan hijau
tapi nak bagi tahu pada
ali rustam - dont play play
kah kah kah
PAS TANDING PRK DUN MERLIMAU – harakah daily
PKR dan DAP hari ini bersetuju untuk PAS meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau pada 6 Mac nanti.
Persetujuan itu dicapai kesemua komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan mereka di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di ibu negara petang tadi.
Keputusan itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media mereka sekaligus menafikan desas-desus beberapa pihak bahawa PAS berkemungkinan tidak bertanding di PRK Dun itu.
“(Pilihan raya kecil) Merlimau, kita sudah bincang dan bersetuju sebulat suara supaya menyokong PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat.
“Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerahkan dan kita bersetuju,” kata Anwar.
nota untuk para pelancung politik dan pak sibuk:
sila minta cuti
sila tempah bilik tidor
sila bersedia untuk makan asam pedas
sila bersedia untuk makan masakan grago
ambience di jamin terhibur
jangan risau merlimau di atas bukit
dijamin tidak banjir
tapi untuk selamat - sila bawa sleeping bag!
nota:
cendol dan goreng pisang
merlimau terbaik
dekat tengah bandar ada kakak
jual kueh jam 3 petang sudah mula
pisang tanduk dan popiah basah terbaik
minta jangan naik harga
4 popiah basah seminggu dulu satu ringgit]
4 pisnag goreng satu ringgit
kita lihat berapa harga akan naik!
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
DIDI KOTA BELUD BERKATA......MUNGKIN PENDAPAT TT LAIN BARANGKALI.TAHNIAH KEPADA PAKATAN RAKYAT KERANA MASIH PERCAYA KEPADA HAQ.NAMPAK REMEH DAN KECIL,,TETAPI MELALUI HAQ INILAH SUNGAI AKAN SENTIASA MENGALIR DALAM KEADAAN JERNIH DAN PASTI TEBINGNYA MEMBESAR JIKA ARUSNYA DERAS.MENUNGGU MOMENTUM IANYA BANJIR SAJA..UNTUK MEMBAWA SEMUA KELADAK KEHULU SUNGAI HINGGALAH KELAUT.SELEPAS BANJIR,KOTORAN HILANG DAN AIR NYA BOLEH DIMINUM SEMULA OLEH RAKYAT....ITULAH HAQ AIR UNTUK MENGALIR.............DAN HAQ RAKYAT UNTUK MEMINUMNYA....
JUALAN SPESIAL
Harga utk gerombolan AMENO:
4 popiah basah - empat ringgit
4 pisnag goreng - eempat ringgit
Harga utk yg lain2:
4 popiah basah - satu ringgit
4 pisnag goreng - satu ringgit
merLIMAU ais - PERCUMA!
Melaka bandar beserajah dengan Bendehara eeee
TT, sila tempah hotel kat bandar muar.
muar-merlimau dalam 20 min sahaja.
bandar melaka-merlimau dalam 20 min jugak.
jom lepak kat muar......bandar pencen...
gua nak jumpa lu....boleh pekena pekena kopi elephant bean kat 434...
Merlimau, ahhh...!!!! Tempat aku kena saman dua kali, pasal cermin kereta terlebih gelap...ikut mesin mata-mata yang menyukat. Ah! Merlimau, di negeri bersejarah...tempat lain tak ada sejarah
Mereka yang menaikkan kain rentang tu tertinggal satu perkataan...sepatutnya kain rentang itu ditulis begini: "KAMI MAHU ANAK JATI MERLIMAU SEBAGAI ADUN, NATANG!!.." baru la Ali Rustam bukak mata..he..he..he...
1. berapa rm juta pulak org melimau akan dapat??
2. hari undi jatuh hari cuti ke jatuh hari bekerja?
3. adakah soi leak akan terus merapu dengan isu salam? dan apa pendapat yang bakal dikeluarkan oleh mat bisul, mat bising dan mat tikus?
4. berapa ratus orang PKR kah yang akan mengistiharkan diri masuk ameno tiga hari sebelum hari mengundi?
5. adakah alketam juga akan membina jamban tan?
Cuba teka?
betul kalu mintak hadiah kat TT
bang isham..ada ikan bakar parameswara..pekena dgn nasi lemak daun pisang panas..best dan murah..
hasan
putu piring best kat tepi gereja hala ke pekan merlimau.cuba try test!!
Catat Ulasan