Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 14 April 2011

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN



SERAHAN MEMORANDUM KEPADA ULAMA' MUDA UMNO & DEWAN ULAMA' PAS PUSAT


Merujuk kepada Kempen Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat yang telah dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bertujuan untuk menentang elemen-elemen politik lucah, rasuah serta pendidikan seks di Malaysia & kesinambungan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat yang telah dijalankan pada 10 April 2011 (Ahad) yang lalu di KL Sentral yang berkesudahan dengan tangkapan 8 orang mahasiswa dan 3 orang wakil media, maka Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) akan mengadakan tiga (3) aksi di peringkat mahasiswa pada minggu ini iaitu seperti ketetapan berikut :

1) Serahan Memorandum Kepada Ulama' Muda UMNO

Tarikh : 15 April 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur

2) Serahan Memorandum Kepada Dewan Ulama' PAS Pusat

Tarikh : 15 April 2011 (Jumaat)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

* Sidang Media Serahan Memorandum akan diadakan di Pejabat Agung PAS Pusat selepas selesai penyerahan memorandum.

3) Demonstrasi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Malaysia

Tarikh : 15 April 2011 (Jumaat)
Masa : 2.30 Petang (Selepas solat Jumaat)
Tempat : Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya.
Ketiga-tiga aksi ini dilakukan sempena Kempen Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat yang bertujuan bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa tetap tegar untuk menolak sebarang elemen-elemen permainan politik lucah yang kini terus hangat didendangkan kepada masyarakat secara keseluruhannya, gejala rasuah yang terus menjadi sebahagian daripada budaya para pemimpin samaada di peringkat tertinggi kerajaan mahupun golongan bawahan serta isu pendidikan seks yang masih kabur statusnya dan ia dilihat akan mendorong masyarakat menjadikan elemen seks dan lucah sebagai sebahagian daripada budaya peradaban di negara kita.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga percaya bahawa mahasiswa perlu untuk memainkan peranannya bagi menyedarkan masyarakat Malaysia supaya mengembalikan nilai-nilai integriti di negara kita supaya elemen politik nilai dan peradaban dapat diserapkan kepada minda masyarakat & ia mampu menatijahkan imej masyarakat Malaysia yang berteraskan norma-norma ketamadunan yang bermaruah.

Seterusnya, SMM, PMIUM & PMIUPM tetap optimis untuk melakukan penyerahan memorandum kepada dua institusi agama dalam parti politik terbesar di negara ini iaitu Ulama' Muda UMNO & Dewan Ulama' PAS Pusat demi mendesak dua (2) organisasi agama ini supaya mampu untuk memainkan peranan mereka yang sepatutnya iaitu menyatakan pendirian mereka terhadap budaya politik lucah & kotor yang sedang membadai negara pada saat ini. Pendirian daripada dua organisasi agama dalam parti politik terbesar di negara ini amat penting kepada masyarakat Islam khususnya kerana ia mampu menjadi bahan rujukan utama masyarakat terhadap permainan politik lucah & kotor yang telah banyak menjejaskan integriti pemimpin dan maruah negara pada mata masyarakat antarabangsa. Memorandum yang bakal diserahkan ini juga merupakan kesinambungan daripada memorandum yang telah diserahkan oleh SMM, PMIUM & PMIUPM kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di JAKIM pada 8 April yang lepas.

Selain itu, SMM, PMIUM & PMIUPM juga akan turut mengadakan demonstrasi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat yang dijangka akan menarik sebahagian besar mahasiswa yang akan di adakan di Masjid Ar-Rahman, UM. Antara tujuan utama demonstrasi ini diadakan ialah bagi memberi mesej secara terus kepada rakyat mengenai kejatuhan nilai-nilai moral & integriti yang berpunca daripada permainan politik lucah,kotor & rasuah yang semakin hari semakin memberi radiasi yang merbahaya kepada masyarakat. Demonstrasi ini juga akan mengajak masyarakat secara keseluruhannya untuk terus menentang budaya politik lucah ini.

Justeru, SMM, PMIUM & PMIUPM menjemput saudara/saudari untuk turut hadir ke ketiga-tiga aksi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat ini & Sidang Media Khas akan diadakan di Pejabat Agung PAS Pusat selepas serahan memorandum kepad Dewan Ulama' PAS Pusat pada jam 10.30 pagi.

Yang benar,

Ahmad Shukri Kamarudin
Sekretariat Media,
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
013-3676124


6 ulasan:

piut ngah layor berkata...

Ya ALLAH...selamat kan la negara ku daripada kembali ke zaman jahiliah,zina,korupsi,kroni,riba,judi,arak,fitnah dan penidasan/kezaliman orang2 pengumpul harta menindas orang2 miskin,memilih pemimpin yang tidak selayak nya (hanya kroni @ keturunan pemimpin terdahulu)...ini semua sebelum kedatangan Islam di zaman jahiliah...

Tanpa Nama berkata...

oh masih ada pelajar2 muda yg prihatin..

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA..

KEPADA SIBANGANG YANG PERCAYA TV TIGASUKU, SILA BACA KENYATAAN SEBENAR RPK DALAM BLOG BELIAU WWW.M2DAY.ORG

LIHAT BAGAIMANA TV TIGASUKU SPIN UNTUK TIPU KITA DAN PENGUNDI SARAWAK

KALAU BANGANG, SILA ISI BORANG UMNGOOK

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah
anak muda kita dah bangun.

dariana berkata...

.. اللهم ارزقني عزا وشرفا واجعلني مؤمنا صالحا محبوبا عندك وعند الناس جميعا

Ya Allah rezekikan kami kemuliaan dan kelebihan dan jadikan kami mu'min yang baik dikasihi oleh-Mu dan oleh manusia banyak. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

baguslah macam ni
tapi jangan pertahan anu buta2
u all tahu ke siapa sebenar si anu ni
bila hal BN, RCI wajib diadakan
bila hal PR, semuanya..

FITNAH
KONSPIRASI
PERKAKAS
ZALIM
etc

bukalah minda hati bro2 sekelian
anu tu bukan nabi,manusia biasa je
kalau tak salah apa yang takut sangat2
Tun Mahathir pun ada mengaku salah dalam menjalankan tugas, takda pula cari salah orang lain
kalau nak kafir harbi jadi PM, teruskanlah junjung puak2 sesat tu,
dah terlambat nak menyesal nanti, baru nak cari pemimpin dan negarawan kita
kerajaan selangor tu bagus sgt ke?
bacalah semua blog, semua lebih kurang sama tapi....
tak menipu dan menepis mcm anu
tak lama lagi rakyat akan tahu siapa yang patut berundur
terimalah tuntutan rakyat dengan redha
nak jadi PM,pekerti kenalah mulia dan mengaku kelemahan....