Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 21 Mei 2011

SEPANYOL DAN EROPAH BERGOLAK




ANAK ANAK MUDA BANGUN LAH


dari dataran tahrir
kamu bermula
kini melintasi semua benua

dari dataran tahrir kamu bermula
mengombak disambut buruh di wisconsin

dari dataran tahrir kamu bermula
disambut anak muda di saana
disambut anak muda di amman
disambut anak muda di damas
disambut anak muda di bahrain
disambut anak muda di casablanca

dari tahrir kamu bermula
telah mengombak ke eropah
anak anak muda telah bangun di milan
anak anak muda telah bangun di athens
anak anak muda telah bangun di london
anak anak muda telah bangun di berlin

kelmarin puluhan ribu
anak anak muda telah berkumpul
di puerta del sol

dengarkan lagu lagu revolusi dimainkan
dengarkan lagu lagu cnt di mainkan
dengarkan lagu lagu anarkis di mainkan

dengarkan internationale berkumandang
buruh anak muda kamulah pemilik dunia

puerta del sol
kini menjadi medan tahrir
kini menjadi khemah anak muda
kini menjadi pendobrak kapitalis


SELAMAT DATANG KE PUERTA DEL SOL

anak anak muda
bangunlah
lepaskan tangan kekasih mu
ciumlah bunga kesayangan mu
tulis surat chinta terakhir
warkah kan ke dalam fb
kerana kau akan ke puerta del sol

jika esok kau tidak disana
ertinya kau bukan seorang anak muda
bersama untuk menyambut ombak trevolusi



GAMBAR GAMBAR DARI PUERTA DEL SOL












2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anak muda malaysia bila nak bangkit woiii!Jangan dok berendek je, Barang2 semua dah naik. Ayuh kita beri amaran pada kerajaan mat monggol yang masa dia memerintah dah nak sampai ke penghujung.Kah..Kah..Kah..Mompos kau lepas ni.Kah..Kah..Kah.

piut ngah layor berkata...

wat diam je...biar depa leka dulu.nanti undi terjemah kan marah anda pada kertas undi...tapi TT cakap pilihanraya tak blh ubah apa2...camne ek?