Selasa, 21 Jun 2011

LAGI SOKONGAN UNTUK BERSIH





DENGAR LAUAGAN ANAK MUDA DI JALAN RAYA





KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT

20 JUN 2011


Bersih 2.0: Ugut dan Ancamlah Apa Saja, Rakyat Tetap Ke Jalanraya!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia ( AMK) menegaskan bahawa

perhimpunan aman Bersih 2.0 adalah hak rakyat Malaysia keseluruhannya

yang selaras dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia untuk berhimpun

secara aman dan menyatakan pendirian bagi membersihkan perkara yang

tidak adil dalam perjalanan pilihanraya Malaysia.


Justeru AMK Malaysia ingin memberikan respon kepada kenyataan-

kenyataan yang dibuat secara berangkai oleh Umno, Perkasa dan pihak

polis mengenai isu perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9

Julai 2011 hadapan yang menampakkan kedangkalan dan sikap tidak

matang berhadapan dengan suara-suara rakyat.


AMK ingin menegaskan hak rakyat perlu dihormati kerana jelas

perhimpunan besar tidak akan mengancam keselamatan negara malahan

ia memperkukuhkan tunjang keamanan dan perlembagaan kerana BERSIH

2.0 berhasrat memperbaiki dan menjadi pencetus kepada gerak kerja agar

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan lebih sensitif dan peka

terhadap perlunya perjalanan pilihanraya yang adil untuk semua pihak.


AMK ingin membalas semua 'kerisauan' yang ditimbulkan oleh Umno,

Perkasa, dan Polis ini dengan satu pertanyaan sahaja: "mengapa mereka

perlu takut dengan perhimpunan Bersih 2.0 sekiranya mereka yakin sistem

Pilihanraya yang diselenggara oleh SPR di Malaysia benar-benar telus dan

bersih?"


Sewajarnya, mereka tidak perlu risau dengan perhimpunan ini sekiranya

mereka yakin di pihak yang benar. Untuk apa dibantah dan dibanteras

satu perhimpunan yang dianjurkan untuk menentang sistem yang betul?


Kerisauan mereka ini hanya memperlihatkan bahawa setiap dakwaan

Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang konsisten memperjuangkan sistem

pilihanraya yang adil dan telus di Malaysia adalah kukuh dan berasas.

Justeru, segala bentuk ancaman khususnya daripada Umno, Perkasa dan

pihak polis sendiri adalah sesuatu yang sia-sia dan memalitkan muka

mereka dengan ludah mereka sendiri.


Sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan menguntungkan KEADILAN

ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia

menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul

tanpa sebarang manipulasi. Usaha menakut-nakutkan rakyat dengan

mengancam rakyat daripada turun berhimpun adalah satu tindakan yang

pramatang, kerana biar apa jua bentuk ancaman diberikan kepada rakyat,

perhimpunan ini akan tetap diteruskan.


AMK meyakini bahawa hanya sistem Pilihanraya yang adil dan telus

sahaja barulah rakyat akan terjamin hak mereka tanpa mengira siapapun

yang membentuk kerajaan. Demi rakyat, sebuah kerajaan yang jujur dan

amanah melalui wakil-wakil rakyat yang bertanggungjawab harus

diwujudkan, dan ini hanya boleh dilaksanakan melalui sistem pilihanraya

yang adil, telus dan bersih.


AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak

membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan

rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan

dengan kuasa rakyat secara bermaruah. Biar apa jua keadaan yang

mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa

rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan

Bersih 2.0 kelak.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Timbalan Ketua AMK Malaysia



UNTUK ANAK MUDA


9 ulasan:

Khun Pana aka johanssm berkata...

Saya dengar khabar bahwa BERSIH juga akan di adakan di depan Kedutaan malaysia dikota London pada hari yang sama.
Brahim Katak ada hantar rombongan perkosa ke london tak?

sheikhalfarisi berkata...

as salam pastikan briged amal pkr berada d hadapan bersama unit amal pas.

**briged amal pkr jgn duduk belakang bontot pemimpin

pastikan org2 cina, india + benggali berada d barisan hadapan bersama2 pemimpin pas, pkr, dap n ngo.supaya nampak kesaksamaan dlm perjuangan BERSIH

WALLAHUALAM

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan pengalaman, road block akan diadakan di kesemua jalan masuk menuju ke pusat bandar KL 1 hari sebelum Julai 9. Tidakkah perhimpunan aman Bersih 2 bermula pada Julai 8?

serenity9260 berkata...

rakyat malaysia menyokong penub semua tindakan yang menuntut pilihanraya dijalankan dengan bersih dan adil

Ni best bro!!!
Cool Aje : Siram Pokok Dengan Kencing
Kontroversi Aje : Seorang Lelaki Korea Mencipta Kotak Untuk Membuang Bayi
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Tanpa Nama berkata...

MCA tak payah nak pecat ahli jika serta bersih, cina2 rata2 tak datang takut nanti mati. gITU JUGA dap.

Tanpa Nama berkata...

malaysia today lapor dlm
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/41278-sini-sana-on-the-planned-9th-july-bersih-rally
bahwa demo juga akan diadakan di london & taipei...

"The rakyat have a right to an electoral roll that is an accurate reflection of the voting population," said the steering committee of Bersih 2.0, a follow up to the much leaner Bersih which held a massive rally in 2007 attended by more than 50,000 people in Kuala Lumpur. This year, rallies would also be held in London and Taipei as part of its campaign to highlight concerns by Malaysian citizens living abroad

Tanpa Nama berkata...

ye ke bila dah bersih tak kira siapa saja jadi kerajaaan?
piraaaah..bila kalah kata lagi korupsilah
spr perkakas lah

selagi anugerah takut pego court jul ni...selagi tu korang pun jadi perkakas..

jgn jadi bacul mcm anugerah

yahudi pun tahu itu anugerah hero video 14 min...

takdak teloq ,jgn kosong je

maruah kosong

ada hati nak jadi PM kih kih kih

meleyu melayu
memenag kita dah dekat akhir zaman
tunggu kiamat n kita lihat siapa yang kena bakar sebelum hisab.
ini lah jadi bila bertuhankan dunia
kuasa dan harta...melayu melayu

Tanpa Nama berkata...

cina duduk rumah n gelak pecah perut je tengok perkakas anugerah
kena sembur air..kasi mandi

lepas tu bagi baju baru warna oren

hotel free makan free

kih kih kih

ramai2 tidur atas tilam empuk sg buloh kih kih kih

Tanpa Nama berkata...

ada jugak lah yang percaya anwar buat kerja macam tu...entah lah nasib melayu ni disuap taik pun telan juagk...