Ahad, 17 Julai 2011

BINCHAT ROSMAH TERSOMBOL





INI DIA BINCHAT ITU








USAHA KAKI BODEK AMPOO TELOO SUAMI NAJIB
-cikgubard.blogspot.com

Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian RM24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah:

• gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
• A. Krishnan tidak wujud
• tidak ada belian semahal RM24.45 juta


Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka 'pengampu' terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ?Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.

Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.

Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.

Kini selepas sistem kastam 'down' hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.

Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam 'down', belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara 'manual' keluar ke Singapura...cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice...mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit)...lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.

Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh - sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran 'sulit' tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.

Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini.

Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpulih menjadi duta produk Jacon & co ?

JADI KAN GERAM DULU

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tengah geram dengan rosmah..kalau aku menabung dari kecik pun takkan mampu la nak kumpul 24juta..kepada rakyat malaysia diluar sana yang masih bodoh percaya..teruskan lah je la jadi bodoh..dengar sini Najib..kau boleh sekat orang masuk KL, kau boleh tipu dokumen, ko boleh tipu dlm tv, kau boleh suruh fru belasah aku, tapi ko tak boleh ubah hati aku...hati adalah milik tuhan...aku doakan kan azab akan menimpa kau, keluarga kau, yang bodek kau, yang ikut kau, dari di dunia lagi...janji Allah adalah benar, dan pasti datang!!!..hidup hidup, hidup rakyat!! hancur hancur, hancur BN

Tanpa Nama berkata...

ilmu sebarang ilmu, helah sebarang helah, takde apa yg boleh hentikan kebenaran pada akhirnya. wahai sesiapa yg masih ada suara hati, berapa lama kau boleh tahan penyiksaan diri sebegini. sekaranglah waktunya...runtuh sendiri takpe, tolonglah jgn apa-apakan lagi masyarakat yg tak bersalah

Malaysiandotcom berkata...

jom kita nyanyi lagu geramblack dog born....kahkahkah

Malaysiandotcom berkata...

jom kita nyanyi lagu geramblack dog born....kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

memang betullah cincin tu ada di tangan bik mama seketika.

Ke mana Cincin tu sekarang ya ??

Menurut Rockybru, bik mama memberitahu dia yg cincin tu sekarang di simpan oleh Najib.

MACC...bila nak pergi siasaat Najib ???

Tanpa Nama berkata...

Hide, bend, twist the truth you can. Change the truth, you can't. The truth will always be the truth.

kgpadangbalang berkata...

terima kasih kepada warga kastam diraja malaysia.

aritu mereka kena tekan hebat2 oleh SPRM kerana nak tutup malu pegawai SPRM surf bahan lucah semasa siasatan mendiang Teoh beng hock.

pastu seorang pegawai kastam
sendiri mati di pejabat sprm.

ini sebenanrnya cara kastam balas dendam kepada pemerintah atasan. selama ni diorang hanya "menurut perintah" bila disuruh sembunyikan rahsia kegelojohan pemerintah, tapi kali ini diorang sudah mula berani "melawan".

syabas dan tahniah! teruskan usaha.

Tanpa Nama berkata...

kenapa dalam tu tulis nilai dia cuma usd8 juta... kalau tengok dekat laman web forbes, berlian ni ditulis sebagai usd20juta??

http://www.forbes.com/pictures/ehgm45lfm/natural-fancy-blue

30.11-Carat Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring

The VVS2 clarity diamond is mounted on a platinum ring surrounded by 414 diamonds in a micro-pave setting (3.48 cts.). It retails for $20 million.

Tanpa Nama berkata...

Tak pernah lagi dalam history negara kita perdana menteri 'jatuh'kerana bini..najib akan jadi org pertama..silap perahu boleh diundur, silap pilih bini, jatuh tersungkur..