Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 11 Julai 2011

PENIAGA KERUGIAN?




BAS BERSIH GANGGU PENIAGA




PERHIMPUNAN HARAK SEBABKAN KERUGIAN RM100 JUTA : IKHLAS
–berita hairan

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, mendakwa perhimpunan haram semalam menyebabkan peniaga kecil di sini kerugian kira-kira RM100 juta.

Beliau berkata, perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah.

"Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur," katanya pada sidang akhbar bersama peniaga kecil di Jalan Masjid India hari ini.

LAGI BERITA KERUGIAN

Kuala Lumpur, 10 Julai – Para peniaga di sekitar Kuala Lumpur hari ini mendakwa mereka kerugian hampir mencecah RM 40 billion gara-gara perhimpunan haram BERSIH semalam.

Makcik Ros, seorang peniaga karipap mendakwa beliau kerugian kira-kira RM 56.898.56 sen juta selepas perniagaan terpaksa ditutup bagi mengelakkan bertembung oleh peserta perhimpunan haram BERSIH.

”Selalunya Makcik buka jam 8 pagi dekat Central Market, tutup jam 12 tengah hari dengan jualan purata RM 30 juta hari biasa, dan RM 50 juta hari minggu”, kata Makcik Ros dengan nada kecewa.

Manakala seorang penjaja aiskrim, En Din Yasin, merungut jualannya merosot mendadak daripada RM 7 billion setiap hari, tetapi semalam hanya RM 68.90 sahaja.

Selalunya pada hujung minggu ramai kanak-kanak akan membeli aiskrim miliknya, tapi semalam ia berkurangan.

”Saya amat marah kepada BERSIH”, kata En Din Yasin dengan nada tegas.

"Selalunya jualan kami mencecah RM 37 juta sehari, tapi hari ini terpaksa makan sendiri sahaja...", kata Kak Ros dan Pak Jib ketika membuat sidang media selepas BERSIH.

Peniaga cendol, Pak Jib pula hampir sama ceritanya, beliau menganggarkan kerugian yang dialami semalam kira-kira RM 65 juta untuk cendol biasa, RM 38 untuk cendol special serta RM 96 untuk cendol aiskrim.

”Semalam saya tidak berani untuk membuka gerai cendol saya di Puduraya”, kata Pak Jib kesedihan.

Sementara itu, Berniaga Roti Canai dan Kebab Kuala Lumpur (BERANCOK) Encik Ibrahim berkata, setakat laporan yang diperoleh lewat petang semalam, anggaran kerugian penjaja-penjaja roti canai seluruh Kuala Lumpur dianggarkan RM 28 billion.

”Ia adalah anggaran sahaja untuk roti canai biasa, dan tidak termasuk roti telur, roti sardin, roti tirai, roti pelempang dan lain-lain”, kata Encik Ibrahim sambil menepuk meja.

KAKI TIPU

45 ulasan:

pemuda bersih berkata...

kah kah kah!
mengapa kamu buat lawak bagitu nak mampos!?

siyes aku tengah kelakar dalam gelap lampu terpadam!

kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah....kah..kah...tima lah tawa IKHLAS dari saya....kah..kah..kah

Tanpa Nama berkata...

Tukar tiub otak lu la...
hari-2 lu kumpul dosa...dah berapa tahun..lu makan duit haram...wa tahniah ..lu sudah ada nama dalam syurga...nik ajis kasi syafaat...tahniah...orang tua2 kata...beringat sebelum ajal datang...mari bertaubat...
hari2 aku fitnah orang....kalu dosa fitnah lebih besar dari membunuh...wah hebatnya dosa ku...
kalau peringatan ini lu tak ambil...TUNGGULAH BALASAN ALLAH SWA...WAHAI ORANG YANG SOMBONG DAN BONGKAK...

yes berkata...

Berdasarkan kerugian satu hari
berapalah agaknya pengiaga kecil yg keluarkan kenyataan kat Jalan TAR bayar cukai setiap tahun

Tanpa Nama berkata...

"Patritot is always firm, if there are any group wanting to challenge the national Zoo, we will be in the front line and we will assemble hundreds of thousands of money if necessary," said Abdul Azeeeeez.


kah kah kah
-Nenek Haji salah
p/s:
Nenek adalah pingat yg diberikan oleh Mahagaru Belakang.

Tanpa Nama berkata...

Pukimak kau rais

Tanpa Nama berkata...

Ramai juga meniaga pada hari sabtu ni yea.. Masa Bik Mama wat First Lady summit banyak juga Jalan di tutup lama jugak tu bukan sehari je.. Takda rugi ke?

Brahim Nyior berkata...

Nampak beno postng tuan ni lebih kepada humoris.

Hakikatnya, memanglah rugi, cuma pada pandangan saya, peniaga masih buat untung pada hari-hari lain. Maknanya anggaplah kerugian itu sebagai satu cabaran berniaga. Bukannya tiap-tiap hari dapat untung.

Tapi apa juga alasannya, saya rasa kita perlu elakkan demo menjadi budaya masyarakat.

Ia bukan budaya masyarakat kita sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau RM100 juta, maknanya cukai sekitar RM26 juta. Bila agaknya orang Income Tax nak turun buat taksiran?

yb berkata...

Semalam saya interview peniaga di suatu kawasan.

Ada yang hendak buka kedai tetapi dinasihat supaya tutup oleh Raje di Malaysia. (Ada disebut dalam suatu laman online semalam)

Ada peniaga yang sudah buka kedai kemudian diarah tutup oleh Raje di Malaysia.

Ada peniaga yang marah Raje di Malaysia atas arahan tutup kedai, terus sertai BERSIH.

Ada peniaga sengaja tutup kedai untuk sertai BERSIH.

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha....

Tanpa Nama berkata...

100 juta bahagi sama 5,000 peniaga kecil = RM20,000.00

woww! RM20,000.00 sehari pendapatan!!
ini bukan peniaga kecil...ini towkey besar...

Berita suratkhabar ni bukan lagi tahap kencing, dah sampai tahap berak cirit birit...yang bangang semua terima sahajalah, hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

'Ya Allah, Ya Tuhanku.Barangsiapa yang mengurus sesuatu urusan umatku lalu ia menyusahkan mereka, maka balaslah ia dengan kesusahan.Dan barangsiapa yang memudahkan,maka mudahkanlah urusannya'

Tanpa Nama berkata...

uuuu kuat menipu nate nihhhh..... 100 juta tu rugi.... peniaga kecil jer tu...

katlah purata keuntungan seorg peniaga kecil 500 setiap hari darab dgn 5000 (500 X 5000)= 2,500,000 ek eleh baru 2 juta lebih jer....

ini 100 juta beb kalau tulis dgn angka 100,000,000. mari kita kira sikit 100,000,000 bahagi 5000 pulak.
100,000,000 / 5000 = 20,000 beb tak masuk akal woooooo.... hanya peniaga kecil satu hari 20,000.

peniaga kecil ni saper??? ha tu makcik jual karipap, brader jual burger, apek jual sayur, eeee guntung rambut, mamak jual roti ...woi kalau dah 1 hari boleh dapat 20,000 pakai kereta paling cikai Alphad beb.... wakakakaka cuba cek mak cik karipap pakai ketera apa....wakakakaka

yop berkata...

Bro TT, lu mmg kelakorla..hahaha..

domjr berkata...

expected dah, takde skrip lain lagi ka? asyik2 rugi jer, cuba tanya kat kompeni Telcos, mesti ada untung. Then katering mana yg PDRM upah masak buffet utk tahanan?

Tanpa Nama berkata...

dan juga Roti Najib. kah kah kah

+buruhkasar+

Tanpa Nama berkata...

eh rugi bro,xdgr ke berita tigasuku kata dekat 100 juta rugi??kopak2,wakakakaka

1.Aktiviti2 Tentera Pada Waktu Lapang Yang Sebenarnya
2.Kucing Komando Menggunakan M-16(Video) (Apa Ni!!??)
3.Beruang Tidur Bersama Ikan

Meck berkata...

ahaahhhahah like!

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada anak semua bangsa yang hadir pada 9 Julai yang lalu. Kehadiran anak semua bangsa pada 9 Julai yang lalu berjaya membuktikan bahawa yang hadir ke perhimpunan "haram" ini bukan orang Melayu saja. Sebaliknya kita semua, anak semua bangsa. Kah kah kah.

Anti Telan berkata...

Jangan jadi Peniaga Kecil dan Sederhana BANGANG..

Jika 24jam untung, Jika tiap-tiap hari untung, Jika tiap2 bulan dan tiap2 tahun untung, Jika seumur hidup untung..

Itu bukan BERNIAGA...Itu HISAP DARAH orang !

Tanpa Nama berkata...

salam TT... gua jadi malu la tengok makcik2 pakcik2 tu yang terlepas masuk JOIN BERSIH 2.0.. Gua sudah sedaya upaya mencari jalan nak masuk KL, tapi tak boleh.. majoritinya gua rasa orang yang menetap di KL.. gua orang luaq ma.. jangankan puduraya nak pegi.. nak lalu PWTC pun dah depa tak bagi.. malu sungguh dengan anak cucu gua..

anonimus berkata...

apalah peniaga roti canai dan kebab ni, kalau dah tak boleh berjual kerana takut, balek la kerumah, BERANCUK saja lah dengan bini atau girlfriend, kan syok, tak payah pening pening geram!

Tanpa Nama berkata...

pendapat sy la, isu rugi ni xpatut timbul la.. BERSIH perjuangkan keadilan untuk negara, ni isu nasional.. peniaga2 yang bising ni adalah ORG2 YG TAK PATRIOTIK, TIADA RASA CINTA TANAH AIR.. PK NAK JAGA PEROT SENDIRI.. sehari rugi 20,000. tapi lepas tu untung 580,000 (rm20k x 29hari). Banyak tu.. kaye nak mampus.. Bukan sales tu..untung tu..

Tanpa Nama berkata...

ini semua peniaga jenis x byr zakat...RM30jx365hari+=RM???....lost 1hari pun bising...hahaha...

Fahmi Ismail berkata...

Kehkehkehkeh..Ko ni Isham, tak putus-putus idea lawak...pagi-pagi lepas breakfast layan TT punya humor memang tak pernah mengecewakan

Tanpa Nama berkata...

Untk orang yang malu kerana x dpt dtg join BERSIH. PADAN MUKE! Kami dah merayakan dah hari tu depan KLCC. Kah kah kah. Len kali dtg awal yee.

Tanpa Nama berkata...

LOL! epic gila post ni! hahaha.

Tanpa Nama berkata...

ni la rakyat yg xsedor diri, kalo nk pape tahu la hrp bantuan itu ini.. bodo punyer manusia, ko g la memerintah kalo ko pndi sgt.. ni jadi lembu orang je, wat malu bangsa sendiri..

Keliwontron berkata...

Mintak mohon copy paste Abg Rais

cicit ngah layor berkata...

Pendapatan 20,000 satu haghi.Itu baghu peniager kecik,belom peniager besor.

Penguaser LHDN kener ambik tindakan.Tentukan demer bayor cukai pendapatan...jangan tutup sebelah mater.Demer ni termasok dlm katagori hartawan.Jgn nanti,biler pegawai LHDN datang....buat2 lembik tengkok....bagitau niager tak laku,bayor itu ini sampai makan modai.Itu semuer alasan tak ndak bayor cukai.

kahkahkah....kakak yg juai karipap tak ndak bayor cukai dgn duit....dier ndak bayor dgn karipap dier jer.Duit tak luak.... karipap dapat balik.kahkahkah.....

Tanpa Nama berkata...

saya dari company bancian swasta ,

bilangan kedai di KL adalah sebanyak 3560 buah kedai , tidak termasuk di dalam sogo @ pertama ,KFC , MCDONALD dan fast food yang lain ,penjaja tepi jalan, bancian yang saya buat adalah menanya kan sehari sales jualan berapa , depa kata sehari paling busuk pn RM600 , itupun hari biasa , if hujung bulan boleh sampai sehari RM1000 , kita ikut bilangan sehari 1k , 1000x3560 kedai = 356000 , itu baru sehari , tapi dorang ni kencing kata sampai berjuta ... kan bank tutup hari sabtu , itu tak termasuk rumah pelacuran @ judi , dorang kira +dengan umah judi & pelacuran sampai 100JUTA,

tak pahammm...
lawan tetap lawan ...
syok pegi 9/7 haritu , wakakakaka

Ahmad Chin berkata...

http://anakmudadiary.blogspot.com/2011/07/catatan-bersih20-terowongtunggu-bas-kl.html

zOnt berkata...

kahkahakah...aku hampir2 terkincing dlm seluar baca entry yg hebat ni.

zOnt berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

habis, pakcik ni menjaja speder g-string lengkap rumba-rumba pink rugi RM790Trillion kenapo tak masuk suat kabar.. huh?

Tanpa Nama berkata...

anon @ 7.56am

itu baru satu hari brader, cuba darab 365 hari...mak oi....kayo pak najib kito

Tanpa Nama berkata...

saya Hosni Awang Nik Hassan bekerja sebagai penjual rokok seludup berhampiran puduraya ingin meluahkan ketidakpuasan hati terhadap perhimpunan bersih haram kelmarin, saya telah kerugian hampir RM 900bilion gara-gara pembeli takut untuk membeli rokok di gerai saya, itu tidak termasuk kerugian rokok ori yang dianggarkan RM897Trillion dan jeruk asam mangga bernilai RM 700 bilion. Kini saya terpaksa mengumpul modal untuk memulakan perniagaan baru. Saya harap kerajaan UMNO/BN dan segala polis tentera bertindak lebih agressif dalam membendung masalah ini. Terima Kasih

1Crony berkata...

Kata perhimpunan BERSIH ini haram. Bila haram tiada identiti atau penganjur. Macamana nak saman? Lebih elok saman kerajaan BN/UMNO atau pihak Polis yang tutup jalan sana-sini, blok jalan sana-sini, tembak water canon dan pemedih mata sana-sini, geledah hotel sana-sini, tahan individu sana-sini. BERSIH tak buat apa-apa pun selain menguntungkan para peniaga yang cerdik dengan membuka pintu untuk jualan air mineral atau berbagai buah-buahan. Sampai bila pemimpin UMNO nak menipu orang ramai? Mereka ini hanya mampu menipu Pak Cik dan Mok Cik Felda atau saluran 2 yang esok lusa yang dah nak mengadap tuhan (tapi masih berjaya dibodohkan UMNO lagi) aje, tak lebih dari itu. Siapa yang nak percaya kamu lagi aduhai pemimpin UMNO korupsi?

piut ngah layor berkata...

kah kah kah...kalau bagi kerjasama untung mesti 500 juta lebih punye.ni dah suruh tutup kedai dan tak bagi org ramai masuk kl pe cter?

Tanpa Nama berkata...

memang sah orang BN ni tak pandai kira... dia orang hanya pandai pasal duit aje dan angka yang yg diorang guna untuk duit tu semua besar-besar belaka

Tanpa Nama berkata...

bro tt, ada lagi tak form persatuan BERANCUK tu, aku nak join skali la, hahaha

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan anti-ISA pada Mac 2009 dikatakan menyebabkan kerugian sebanyak RM10 juta, manakala perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai 2011 pula dikatakan menyebabkan kerugian sebanyak RM100 juta ... (wah, rupa-rupanya dalam masa 2 tahun ini every price in KL telah meningkat 10 kali ganda)

Tanpa Nama berkata...

ala big mama baru beli cincin 30j.. agak agak.. apam ape yang dia jual?????

Tanpa Nama berkata...

Hahahahahahaha.....setan tolla...ini betul lawak giler pnye ulasan....mmg tak boley blah......


Sayyed