Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 10 Ogos 2011

APA DIA MALAPETKA 31 OGOS





BANGUN DAN LAWAN











31 OGOS HARI MALAPETAKA

Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin dimana sahaja mereka terbuang akan menyambut hari Nakba - hari Malapetaka. Pada 15 Mei 1948 negara Israel telah di cacakkan ke bumi Arab. Semenjak tarikh itu warga Palestin dan Arab terus hidup dalam kesangsaraan. Tanah mereka telah dirampas. Mereka menjadi orang pelarian. Huru hara berterusan di bumi Arab kerana kerenah kaum Zionis Israel. Nakba ialah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu pula menerima Malapetaka. Ini terjadi apabila British meninggalkan kuasa pentabiran kepada United Malays National Organistion. Semenjak 31 Ogos 1957 anak semua bangsa di Tanah Melayu telah hidup dalam kesangsaraan. Dasar 'ketuanan Melayu' telah membawa Malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.

Pada bulan Ogos tahun 2011 ini saya akan cuba membawa para pembaca untuk memahami konsep dan intipati Malapetaka ini. Memahami Malapetaka 31 Ogos ini amat penting. Jika kita tidak tahu dari mana kita datang maka kita juga tidak akan tahu arah mana yang hendak kita tuju.

Dari sejarah Tanah Melayu, kita diberi tahu bahawa pada 20 Jun 1948 British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Untuk saya, darurat ini macam kita dalam kereta tetiba merasa sakit perut yang amat sangat. Maka kita berhenti dan mencari tandas. Kerana tidak berjumpa tandas maka kita terberak dalam belukar di tepi jalan. Kerana tidak ada sumber air maka kita dedat dengan daun. Apa yang saya kesahkan ini ialah suasana darurat. Tetapi pada tahun 1948 dahulu - tidak ada seorang pun warga Tanah Melayu yang dalam darurat. Tidak ada sesiapa yang hendak terberak di tepi jalan.

Apa yang berlaku ialah kuasa kolonial British telah di serang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Gerakan bersenjata ini bertujuan menghalau penjajah British dari Tanah Melayu. Dengan licik Britsih telah mengalihkan perjuangan untuk mendapat kemerdekaan ini kepada ‘darurat. Tidak ada apa darurat. Yang hendak terberak di tepi jalan kerana diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya ialah soldadu upahan British. Soldadu upahan inilah yang sedang dalam darurat.

Berjuang mengangkat senjata ini telah membuka lanskap politik baru ke Tanah Melayu. Kuasa kolonial yang dianggap gagah dan lengkap bersenjata kini telah diserang oleh gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya. Kuasa kolonial British amat memerlukan bumi Tanah Melayu kerana dari bumi kita ini terdapat kekayaan bijeh dan getah. Punca ekonomi inilah yang ingin dipertahankan oleh penjajah. Politik ialah ekonomi. Memiliki kuasa politik memiliki punca ekonomi. Justeru penjajah British bertahan kerana lombong bijeh dan ladang getah.

Serangan bersenjata dari gerila pembebasan ini menjadikan kuasa kolonial terus berdarurat. Akhirnya British merancang satu strateji baru. Jika terus menjajah maka perjuangan bersenjata yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya ini akan merebak luas. Tuntutan untuk merdeka akan merebak untuk menjadi ajenda anak semua bangsa. Keadaan sedemikian amat bahaya untuk British.

Justeru, British memerlukan budak suruhan yang baik sebagai ganti sebelum mengundur. Dengan licik dan terancang British telah memasang dua ekor kuda. Saekor kuda bernama Onn Jaafar dan saekor lagi bernama Tunku Abdul Rahman. Seperti di Iraq hari ini kuasa kolonial Amerika memasang lebih dari saekor kuda. Ada kuda bernama Nouri al-Maliki, ada Jalal Talabani dan ada Tariq al-Hashmi.

Kuasa kolonial berkulit puteh sedar dengan memasang beberapa ekor kuda mereka akan dapat mencari barua yang setia. Terlalu ramai anak tanah jajahan yang bersedia untuk menjadi budak suruhan dan mengikut kata tuan kolonial. Taktik British dan kuasa kolonial cukup senang - siapa yang dapat membuktikan yang mereka lebih setia kepada tuan penjajah maka sosok itu akan dinobatkan. Inilah taktik kuasa kolonial dalam percaturan reapolitik. Ianya berlaku dahulu dan sedang dijalankan sekarang.

Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih United Malay National Organsiation untuk menjadi barua mereka. Parti Kebangasan Melayu Muda, AWAS, API, Hisbul Musliamin, Parti Komunis Malaya - adalah parti-parti yang menentang British. Parti-parti ini mengangkat senjata menentang British. Parti ini akan membawa merdeka tetapi amat bahaya untuk kepentingan British. Ini berbeza dengan United Malay National Organisation yang bekerjasama dan menjadi barua British.

Buktinya apa yang saya tulis ini cukup jelas. Pada bulan Ogos ini cuba baca - tak perlu beli - akhbar milik United Malaya National Organisation. Akan penuh dengan dengan kesah melawan komunis. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka. Ketika anak semua bangsa bangun melawan penjajah British, United Malay National Organisation diupah oleh British untuk menentang dan melawan orang yang menentang British. Orang angkat senjata lawan Britsih gerombolan ini angat senjata lawan orang yang lawan British. Inilah kerja barua. Inilah Malapetaka yang saya maksudkan.

Kita akan muntah taik setiap tahun apabila melihat Bukit Kepong dikaca tv. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong. Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu. Tetapi polis Melayu ini adalah polis upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu barua dan ada Melayu nasionalis.

Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera ialah seorang nasionalis kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem Bukit Kepong kerana United Malay National Organisation tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang berani angkat senjata melawan British. Dan dalam Parti Komunis Malaya amat ramai ahlinya, kadernya dan pucuk pimpinan terdiri dari orang Melayu.

Dari awal lagi British telah menjalankan dasar pecah dan perentah. Melayu, China dan India tidak ada akan dibenarkan bersatu. Pada tahun 1947 apabila ada kerjasama dan setiakawan yang erat diantara bangsa-bangsa maka muncul Perlembagaan Rakyat. Jawapan British kepada Perlembagan Rakyat 1947 ialah melakukan penangkapan beramai ramai. Satu tahun kemudian Tanah Melayu diistiharkan darurat - perang kolonial bermula.

Dasar pecah dan perintah dan dasar rasisma British ini telah diambil oleh United Malay National Organsation untuk diguna pakai hingga ke hari ini. Justeru, sebagai contoh paling terbaru - kita lihat bagaimana media dan tv United Malay National Organisation cuba menunjukan kepada umum bahawa tidak ramai bukan Melayu yang turut serta dalam tunjuk perasaan Bersih pada 9 Julai dahulu. Maknanya gerakan Bersih ini tidak dapat sokongan dari masyarakat bukan Melayu. Ertinya 9 Julai gagal.

Walhal, hakikatnya demo Bersih 9 Julai adalah yang paling cool dan paling Malaysia. Anak semua bangsa telah turun berdemo. Mereka menyatakan bahawa Malaysia ini bukan milik Rosmah dan Najib. Malaysia bukan milik 'ketuanan Melayu'. Malaysia ini milik anak semua bangsa. Mereka ke jalan raya sebelum ke pilihanraya.

Taktik pecah dan perintah ini adalah taktik yang ampuh untuk digunapakai oleh pemerintah yang zalim. Lihat di Palestine. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini tanpa henti henti. Warga Palestin terus diserang oleh kaum Zionis. Bagitu juga di Tanah melayu, semenjak 31 Ogos 1957 dahulu, Malapetaka ini bukan berkurangan malah terus bertambah. Malapetaka yang dibawa oleh United Malay National Organisation ini dari hari ke hari semakin mencekek kehidupan warga.

Kaum Zionis di Palestin telah menggunakan rasisma sebagai senjata yang ampuh. Kaum Yahudi telah dinobatkan sebagai kaum terpilih bukan sahaja di dunia ini malah diakhirat juga. Di Tanah Melayu ini, United Malay National Organisation telah menggunakan falsafah ‘ketuanan Melayu’ dimana dikatakan manusia Melayu memiliki hak hak yang istemewa. Di heboh heboh dan dicanang ke hulu ke hilir bahawa tanpa ‘ketuanan Melayu’ dan tanpa United Malay National Organisation negara kita ini tidak mungkin wujud. Inilah apa yang saya katakan Malapetaka.

Hari ini secara dirancang melalui akta dan peraturan garis pisah bangsa-bangsa telah diwujudkan. Melalui hukum dan syarat yang disadur dengan agama, tembok pemisah telah didirikan. Setiakawan antara India, Melayu dan China tidak dibenarkan mengampoh budaya bangsa. Prasangka antara bangsa bangsa sengaja diatur dan di susun untuk memastikan orang ramai terus syak wasangka sesama sendiri. Suasana syak wasangka ini amat baik untuk United Malay National Organisation meneruskan kuasa. Inilah yang saya maksudkan dengan Malapetaka.

Ogos bulan Malapetaka ini sedang memperlihatkan kepada orang ramai bagaimana taktik pecah dan perentah dijalankan. Minggu lalu, tetiba media kita heboh dengan berita Melayu murtad. Berita Melayu makan dalam gereja. Berita tentang penganut agama Kristian bersedekah kerana berniat untuk memurtadkan Melayu. Semua yang berlaku ini sebenarnya ialah taktik United Malay National Organisation.

Sebelum berita Melayu murtad ini kita telah membaca berita kepala babi ditemui dalam kawasan masjid. Berita Masjid dilempar cat. Berita gereja dibakar.

Apa makna semua berita berita ini?

Semua ini adalah taktik dan strateji gerombolan United Malay National Organisation untuk menakut nakutkan Melayu. Manusia Melayu wajib terus ditakutkan. Jika manusia Melayu takut maka mereka akan mencari perlindungan. United Malay National sedang memasang lukah untuk memerangkap Melayu yang takut.

Apa dia Melayu yang takut?

Melayu yang takut adalah Melayu yang rendah diri. Melayu yang berjiwa hamba. Melayu yang sanggup mencium ke bawah duli. Melayu yang telah bagitu lama ditakut takutkan sehinggakan tidak lagi memiliki initiatif sendiri. Melayu yang takut ini cukup bijak dengan budaya bodek yang telah disebarkan oleh United Malay National Organisation. Melayu yang takut ini hanya sanggup menerima fatwa kerana tidak ada memiliki fikrah yang kritikal. Otak manusia Melayu yang takut ini telah di bonsaikan oleh United Malay National Organisation semenjak 31 Ogos 1957. Inilah dia Malapetaka yang menhimpap manusia Melayu. Justeru tarikah 31 Ogos ini sama-sama kita nobatkan sebagai hari Malapetjka untuk Tanah Melayu.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03- 22-72- 40 45

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tulisan yg berani....

tapi? melayu akan terus dgn ketuanan melayu nya....

ada ketuanan melayu pon....tanah melayu dah makin sikit....

kenapa? kerana org politik ke? bagi aku TIDAK!

org melayu sentiasa dalam comfort zone!!!

perasan sentiasa terbela!

kalau setakat tinggal seluar katok pon org melayu masih dalam comfort zone!!!

mereka perasan ada akan hulur puting tetek utk dinyonyot susunya...

itulah dilema melayu!!!

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

Another masterpiece from U.

I like the way U write, easy to read and understand.

U R SUPERB!!!!!!!!

golok perak berkata...

apa dia melayu yang takut ? soalan cepu emas yang perlu di renungkan bersama., penyakit 'takut' tak bertempat ni dah lama sangat 'membarah' dalam umat melayu. Takut nak tukar dan tidak memangkah Pemerintah dalam pilihanraya 'takut' kena makan ubi kayu macam zaman jepun dulu. Takut nak bersuara menentang kemungkaran 'takut' nanti dipanggil subversif, takut menegur kesilapan 'takut' nanti dikata suka jaga tepi kain orang lalu membawa kepada akibat anak gadis jiran dilarikan orang depan mata kita dan menanti lepas ni anak gadis kita pula yang bakal dilarikan orang. Takut nak menentang pemerintah yang korup kerana 'takut' nanti di tarik subsidi.
Maka berterusan hidup dalam ketakutan kepada musuh yang tak nyata dan mungkin musuh yang tak ujud sama sekali. Betul kata pepatah 'jawa' orang yang penakut dan pengecut akan mati berkali-kali. Tu pasal lah sekarang banyak cerita-cerita dongeng seram bagi menambah ketakutan umat melayu

Tanpa Nama berkata...

admin,kau ni pandai berbicara sahaja...kau ni pasti nya bukan kaum melayu...kenapa kau nak pecah belahkan kaum melayu??? ingat!!!!!! martabat melayu mesti di julang di tanah melayu ini!!!!!!!!!!!

TopiJerami90 berkata...

jatuhkan umno la..senang

cara-membuat-mac-book-pro

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

ko best bro..baru gua tau pasal bukit kepung

Tanpa Nama berkata...

butuh lu la Melayu Tanpa Nama 10 Ogos 2011 4:29 PM... skrg sudah 54 tahun gerombolan asyik2 takutkan melayu macam engkau la bongok.. engkau yang melayu cibai.. hidup di kampung.. pekak badak dalam comfort zone..

ku_seman berkata...

Maaf nak tanya sikit, boleh percayakah Suara Keadilan?

Non-Governmental Individual berkata...

terima kaseh tukar tiub,,,

penulisan yg amat lantang dan kritikal...

nanti gua hantar 3 ekor china doll untuk lu balun...!

Tanpa Nama berkata...

Hey stupid moron mother fuc*** Hisham, as a Chinese Malaysian I'm always proud to be in acountry that I could pray, do business and walk about freely. What's up your ass to live in the past "if at all it's true"... live your ass now and for the future of Malaysia... you and the likes are such retards... if you dislike so much living here go live elsewhere.. Britain maybe...hehehe

Jebat2 berkata...

harem 4:29pm,
kau pastinya berketurunan melayu jakun. jika kau meLAYU islam pasti kau tahu semasa Muhammad menyampaikan Islam, baginda juga dituduh pemecahbelah kaum arab. DAN JIKA ADA NABI SELEPAS MUHAMMAD..... PASTI TT AKAN TERCALON..KAH..KAH..KA..

Tanpa Nama berkata...

Dua kuda tu pun bukannya kuda Melayu tulen, satu berdarah Thai dan satu lagi berdarah Turki.

Agak-agaknya, jika British tak isytihar darurat... orang Melayu bersediakah nak terima India dan Cina sebagai sebahagian dari kita? Bukankah itu sebahagian dari perancangan British untuk tidak membawa dua kaum tu kembali ke England, dan UMNO yang tergedik nak merdeka atas meja dah termakan umpan British menerima dua kaum tu sebagai warganegara. Sekarang, UMNO juga yang nak bermusuh dengan dua kaum tu bila mereka menentang kezaliman yang dibuat UMNO pada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

UMNO masih gagal menterjemahkan kesamarataan di dalam hak berwarganegara... dan dimana had-had keistimewaan Melayu itu dapat digunakan. Selagi UMNO adalah parti bangsa... UMNO takkan mampu memperjuangkan keadilan untuk semua pihak berlandaskan perlembagaan.

BZ berkata...

Pemimpinx BN yang rasis ini kena
diperingatkan yang Malaysia ini
rakyaatnya terdiri dari pelbagai
bangsa.Dengan itu Rukun Negara
dibentuk untuk memastikan semua
bangsa memahami dan menghormati
antara satu sama lain.Dan dengan
itu bangsax ini adalah RAKYAAT
MALAYSIA.Dilahirkan disini dan
matinya juga disini.

Tanpa Nama berkata...

Tulisan yang penuh dengan fakta.
Hebat...

kalbunUMNO berkata...

takut melayu.

takut, ketakutan, penakut,
ditakut-takuti, rasa takut,
dasar penakut yang menakutkan,
takut pada bayang,
takut pada hantu,
takut pada UMNO,
takut nak mati.

mek berkata...

'Untuk saya, darurat ini macam kita dalam kereta tetiba merasa sakit perut yang amat sangat. Maka kita berhenti dan mencari tandas. Kerana tidak berjumpa tandas maka kita terberak dalam belukar di tepi jalan. Kerana tidak ada sumber air maka kita dedat dengan daun.'

kah kah kah
huraian terbaik tentang darurat.
salute tt.
tt memang best.

ahtas berkata...

Syabas Hisham!! Rencana yang menbawa pandangnan kritis terhadap susunan sejarah ciptaan UMNO / BN. Mungkin saudara hisham dapat mencari member India and Cina agar menterjemahkan rencana ini dalan bahasa mandrin and tamil. "must read" untuk semua anak muda...

Tanpa Nama berkata...

Melayu kira dia ada martabat dan daulat cukup biarkan tiada kuasa pembeli untuk kelesaan hidupnya. Tapi Melayu bangan ramai terdapat di kawasan luar bandar seperti di Felda dan di jabatan-jabatan kerajaan ataupun dalam NGO seperti Perkasa yang berjuang untuk martabat dan daulat Melayu, di IPTA dalam bentuk Profesor Kang Kung. Melayu di pekan dah banyak celik dan berani mencalar atau mencela pemimpin korap UMNO sehingga gerun dibuatnya.Hukum alami yang si penindas akan akhirnya rebah satu masa nanti. Bila? Tunggu PUKe-13.

Lang berkata...

kalau diketahui asal usul melayu... menganga nanti...

tp melayu memang mudah takut... asasnya cerita karut marut...

Tanpa Nama berkata...

melayu takut??

contohnya hishamudin rais la..
pernah lari ke luar negara

kah kah kah..takde kote luu

Tanpa Nama berkata...

melayu takut??

contohnya hishamudin rais la..
pernah lari ke luar negara

kah kah kah..takde kote luu

Tanpa Nama berkata...

Buat Jebat2 6:50p.m :

Komen ko mmg macam ancukmak..
kahkahkah..
Nak perli pun agak agak la..sian TT..
kahkahkah


Borong Dari China
www.nusantaraempire.com

tok jenggot berkata...

kepada melayu ngentir 10 Ogos 2011 4:29 PM
pergilah kau dgn melayu kesayangan kau tu.. apa ada pada nama melayu, kosong bro, takdak isi, kalau pemerintah melayu tapi menghancurkan negara buat apa.. jual negara kat org asing

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 12.37am
tt bukan lari takut,cuma berundur utuk meyusun rentak serangan,kalau dulu tt tak berundur,maka otak melayu tak terbuka utuk berani melawan,LAWAN TETAP LAWAN,maraaa..tt

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 12.37am
tt bukan lari takut,cuma berundur utuk meyusun rentak serangan,kalau dulu tt tak berundur,maka otak melayu tak terbuka utuk berani melawan,LAWAN TETAP LAWAN,maraaa..tt

Tanpa Nama berkata...

Ku Seman,
Maaf ye nak tanya sikit.
apa kau ingat berita hairan & meloya tu boleh percaya ke?
ek ele, blah la. nak termuntah aku.

Kau pergi main jauh2.
buat menyemak blog tt je.

ku_seman berkata...

Kepada Tanpa Nama 9.07 AM

Kau ni memang penakut, mak bapa bagi nama tak berani pakai nama. Nak berjuang apa ke jadahnya macam ni. Lantak kaulah nak muntah, aku peduli apa? Lain kali pakai nama kalau berani.

(kayangdailipost.blogspot.com)

Tanpa Nama berkata...

ku seman,

tak semestinya tanpa nama itu penakut!!!

tanpa nama melambangkan org yg berkecuali atau api dalam sekam....

itu pasal, kita ada hak bersuara dalam senyap!!!

pilihanraya pon undi rahsia!!!

cool bro...

hasbullah berkata...

1. Kalau nak ungkit bab sejarah..lebih baik stat dengan Asal kejadian Manusia.. walhal semua ni keturunan Nabi Adam.. dan semua mengaku cuma malas nak ambil port sebab Bangsa yang dibanggakan bukan Moyang kita iaitu nabi Adam dan Hawa.
2. Dan lagi satu, aku sampai sekarang tak paham apa itu keistimewaan melayu, kata melayu ada tanah, aku sampai ke saat ini tak mampu beli rumah teres, mujurla dapat beli rumah flat yang dilelong.
3. Selain itu, aku juga paham kalau mereka yang memerlukan darah, akan diminta sedekah dari golongan yang sama kumpulan darah bukan sama bangsa..
4. dan lagi satu, mujurla aku belajar sampai dapat ijazah. Dan natijahnya, hutang PTPTN berpuluh ribu tersimpan walau kerja masih tak ada...Itu kot keistimewaan melayu...
5. Yang aku paham, keistimewaan melayu adalah aku fasih bertutur bahasa melayu dan mempunyai raja..
6. Cuma persoalannya adakah melayu itu islam kerana di dalam islam, tiada sempadan bangsa.

Tanpa Nama berkata...

kalau pakai nama mesti berani cakap macan tt. setakat citer gossip artist nama atuk pun boleh taruk. tt tak berani pada satu ni je. cakap kalu memang nak mapos kena pancung. gue tengok lu keneng-keneng je, main tepi-tepi kah kah kah. lu tak payah maki hamun. cakap sudah cukup. tenguk itu prof khoo. dia la sejarawan paling waspada dan malu-malu, aya soli cikgu. if he rewrits history memang kono lokap. ada dia tulis ka pasal wira melayu yg korban, tentang tok janggut ditembak sibarua ingeris, tentang bahaman disentak-sentak dan diterajang masuk dlm kapal angkut buang ke laut, ada? gue rasa tt ada sikit atas la. tapi itu fakulti tuan nasi kangkang punye. geng, gue respect lu org punye wibawa mau baca ini blog, walau tipu(?). ngape tak caye ke? lain kali pegi jumpa chin peng or rashid maidin n co, tanya butul-butul. tanya sapa itu ompuith, apa agenda dia sebenar keatas tanah melayu ini.apa pasat angkut ramai sangat pendatang. ngapa tak hantar pulang balik. apa pasat mesti pakai jus soli. dharurat itu adalah taik dia la yg melayu tadah. masalah omputih yg dia minta melayu tanggung ikut stail dia. kawan, itu merdeka, merdeka bersyarat. lu tau ka. mcm mou petronas oleh mat sondol. win-win situation? cheh! melayu hanya nasib baik sbb gagasan mereka mau nakbakkan melayu terserlah hanya hari ini. timakasih la pd tuan tt. dia org pakat sama pendatang lu tau ka? syamsiah sudah baca melayu akan jadi barua melalui umno. kalau melayu bersatu itu hari dia pun tak mau pegi minta tolong sama tiongkok. hari ini lu tengok la sapa besar kepala dan sapa yg ngok. kawan baca citer tt pelan-pelan. main suku suku dulu la dan jgn cepat pancut kah kah kah nanti masuk rumah pasong, takde lagi citer ini macam. lu baca itu sastera pun ada tapi pancut kat luar je kaah kah kah

serenity9260 berkata...

gua takkan join umngok sebab gua jantan,mesti berani,taley takot.ape guna jadi jantan kalo telor disorokkan??

1.Video Bagaimana Ahli Sihir Freemason Atau Kabbala Memanggil Syaitan Atau Master Mereka
2.Acer Mencipta Phoneblet Pertama, Acer Iconia Smart
3.Sandal Hardware Komputer(3 Gambar)

Tanpa Nama berkata...

apa nak dikato. merlayu mahhh.