Jumaat, 2 September 2011
DARI ABANG MAT
PENYAMBUNG LIDAH RAKYAT
KENYATAAN RESMI TIMBALAN PAS
1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM. Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.
2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al- Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama’ dan cendekiawan Islam.
3. Saya pernah ditahan sebanyak 2 kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.
4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.
5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).
6. Tuntutan Bersih 2.0, 8 perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada ‘di kandang orang salah’ menurut pandangan rakyat.
7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.
8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.
9. Kebebasan media ( cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.
MUHAMMAD SABU
Timblan PAS
2hn September 2011
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
18 ulasan:
Melayu UMNO ni memang bodoh !! Buat masa ni mana ada lagi komunis di dunia ??? Komunis semua dah jadi capitalist !!
Bodoh lah UMNO !! rakyat dah tak takut dengan komunis, sebab rakyat tahu UMNO ni suka buat berita tipu !!
alo...brader...JAWAB LE ...ITU KAPAL SINGH PUNYA CAKAP.......TAKUT KELING KA? PUNDEK PUNYA TUKARTIUB
tukar tiub / saudara hisham mohon saudara mencadangkan pihak pakatan unt membuat satu buku sejarah kemerdekaan malaysia/malaya, sebagai alternatif dari buku sejarah yang ada sekarang, sebagai contoh buku sejarah sarawak, first page dah sebut nama james brooke,seolah olah tanpa james brooke we are nothing! mana perginya semua nationalis melayu/iban/cina? rosli dhoby.rentap,shariff masyor semua ini adalah pejuang sarawak
-tukar terus-
Abang Mat...
di sbbkan abg Mat ramai dapat keluakan muka kt tv 1.
aku suka tgk berita wilayah yg sangat lawak...lawak samsing sarip doll..ha22
54 tahun kita ditipu dengan sejarah dongeng rekaan UMNGOK!!.. bila kita perintah Malaysia, kita buat buku sejarah baru, dalam tu kita letak sejarah cincin 24juta, altantuya dibunuh..baru ho ho ho
- Cucu Tok Janggut
Mat Indera melibatkan diri dlm politik & gerakan gerila pada 1948 dgn tujuan memerdekakan tahahair drpd pnjajahn British. Beliau mnjadi ahli Angkatan Pemuda Insaf (API); sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yg dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy & Ishak Haji Mohammad.
bagi saya isu ini sengaja ditimbulkn oleh Mat Sabu demi Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi) Yang Dipertua Agung Pas yg ketiga (1956 - 1969).
Errr... nak tanya, kalau yang bakar anak dan ibu mata-mata tu kita nak anggap nasionalis juga ke? sebab kalau sayalah, jika ada membakar ahli keluarga saya, tentu saya marah... maaf, tak pandai sangat tentang politik beremosi ni. Harap ada jawapan.
bapak aku kata mat indera kawan dia....
bapak dan atok aku kena tahan kat lokap dik kerana satu keluarga dituduh kominis...
2 orang adik bapak aku yg bersama mat indera masuk hutan sampai sekarang tak balik...mungkin dah menemui Allah...
memang celaker british niiiii...pasal apa umporno suka sangat british niiii??....
TT,
Petikan dari buku Diskusi Sejarah karangan Yusoff Iskandar dan Khaliul Yusoff muka surat 16,perenggan 4, "Sebenarnya jika kita dan sejarah meenganggap Sukarno sebagai bapak nasionlisme Indonesia,Jose Rizal sebgai bapak nsionalisme Filipina,Malaysia patut menganggap Ibrahim Hj.Yaakub sebagai pelopor nasionalisme kerana sesungguhnya beliaulah yang mula-mula meniupkan semangat nasionalisme Malaysia tulin tanpa mengira batas-batas negeri dengan semangat kengerian atau kedaerahan masing-masing".
Buku ini jadi buku teks sejarah disekolah Tingkatan 5-6 diawal tahun 80han.2-3 naskah buku ni masih tersimpan diPerpustakaan Negara.
merdeka?.......hehehe
semasa revolusi rakyat 1948 dahulu British menggunakan kaedah yang sama . Menuduh golongan yang bangkit melawan sebagai komunis , menentang raja-raja melayu sebagai simbol islam di tanah melayu untuk menjauhkan orang melayu dari perjuangan kemerdekaan yang sebenar
mari kita sokong abg mat ramai-ramai. masuk semua dari seluruh dunia dan tunjukkan sokongan anda kpd abg mat.
Allah panjangkan usia dan melimpahkan barakah kpd abg mat!
abdul
newcastle
Until lions have their own historians... tales of the hunt will always glorify the hunter..
Kepada Tanpa Nama yang mempertikaikan perjuangan Mat Indera. Tak usah emosi sangat dengan korban di pihak polis Melayu yang bekerja untuk British itu. Begitulah sejarah masa dulu. Di saat perjuangan, berlaku pertentangan. Sebagaimana ada Melayu yang kena bunuh oleh gerila-gerila rakyat, ada juga Melayu dan ahli keluarganya, jiran-jiran, kenalan, rakan-taulan (juga orang Melayu) yang kena tangkap, kena siksa, kena gantung, kena tembak oleh polis-polis bangsa Melayu yang bekerja dengan British. Kenapa tidak ditangisi sama? Tapi yang penting, yang lalu telah berlalu. Kita serah pada Allah SWT di mana nasib mereka masing-masing di dalam kubur dan di akhirat nanti. Yang penting, kita mangambil tauladan dari peristiwa-peristiwa yang lalu.
hidup mat sabu...!!!
mampus utusan meloya...!!!
nak kenakan mat sabu, konon.
aziz ishak apa tunggu lagi, letak jawatanlah.
- cicit mat indera.
YANG GANTUNG, TEMBAK, SENTAK, TERAJANG PENDEKAR MELAYU TU MATA-MATA MELAYU. APA TAK MELALAK? YG MAMPOS KAT BKT KEPONG TU BARUA INGERIS! BARUA NI DLM ISLAM DIPANGGIL MUNAFIQ. HUKUMNYA PANCUNG KEPALA BANA..KAH KAH
8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.
---------------------------------
Setuju sangat dengan kenyataan ini.
Malam tadi saya dapat maklumat daripada seorang kontraktor UMNO menyatakan bahawa hampir 2000 pendatang Indonesia dari Kg. Pandan telah didaftarkan sebagai warganegara di sebuah ladang kelapa sawit di Johor.
Maklumnya lagi dia dapat maklumat itu sendiri dari pekerja kontraknya (pendatang Indon) yang menunjukkan sendiri dengan bangganya MYCARD BIRU warganegara MALAYSIA kepada beliau. Beliau ada simpan salinan fotokopi MYCARD BIRU pendatang berkenaan yang beralamat dalam kawasan pilihanraya YB Azmin.
Menurut beliau lagi semua pendatang yang diwarganegarakan secara segera itu juga telah diugut jika tidak pangkah BN semasa PRU nanti, MYCARD BIRU mereka akan dirampas balik.
Jika benar ini berlaku, saya melihat kesannya nanti rakyat Melayu di negara ini akan terpinggir dan jika BN menang Malaysia akan ditadbir oleh pemimpin penipu dan pengkhianat bangsa.
Jika benar ini berlaku saya sebagai pengundi yang tidak berparti, TIDAK AKAN MENGHALALKAN PERBUATAN KHIANAT DAN ZALIM UMNO/BN ini sehingga ke akhirat.
Jika benar ini berlaku, saya akan sentiasa mendoakan agar UMNO/BN hilang lenyap dari muka bumi ini.
INGAT!!! Doa orang yang dizalimi biasanya ALLAH makbulkan.
kalau kalah aku nak jadi kan malaysia ni dataran tahrir...kalau PRU ni nampak sangat kotor nya aku sanggup berjuang sampai titisan darah terakhir!
Catat Ulasan