Selasa, 11 Oktober 2011

PROGRAM ANAK MUDA NAK JATUHKAN GEROMBOLAN




SILA MENDAFTAR SEKARANG





HIMPUNAN BLOGGER RAKYAT JOHOR
Bersatu, Bergerak, Berjuang

Negeri Johor merupakan antara negeri sasaran utama Pakatan Rakyat untuk ditawan pada pilihan raya umum akan datang. Setiap parti dari Pakatan Rakyat (Keadilan, Pas dan DAP) telah melancarkan program gerak tawan negeri Johor melalui program berkala parti masing-masing.

Sebagai segmen penting dalam konteks ‘peperangan maklumat’ dan propaganda, maka angkatan blogger, wartawan masyarakat, sukarelawan dan biro-biro penerangan parti Pakatan Rakyat berperanan untuk menyebarluas maklumat mengenai program- program, kenyataan pimpinan, isu semasa dan tawaran dari negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Menyedari hakikat bahawa ketika ini di negeri Johor agak ketnggalan dan masih terdapat ruang-ruang yang boleh ditambah nilai, maka Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor merasakan suatu program bagi melatih, mengasah dan mempertajam peranan blogger di negeri Johor adalah amat penting dan perlu disegerakan.

Antara pihak yang terlibat langsung dalam penganjuran program Himpunan Blogger Rakyat Johor ialah Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor, Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Unit Amal, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), aktivis, sukarelawan dan penyokong Pakatan Rakyat.

PROGRAM

Tempat : Family Hostel, Rumah Kedai Taman Maju, No 10A Taman Maju, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor D.T
Tarikh : 15 hb Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 10.00 am hingga 6.00 pm
Penganjur : Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor
Masuk : PERCUMA

MODERATOR

1. Hishamuddin Rais (Penulis dan pengkritik sosial
2. Rashidi Mohd Hassan (Wartawan kanan Harakah)
3. Blogger Milo Suam (Cyberwarrior Jingga 13)

Tempat terhad, jadi sila daftar lebih awal

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi

017-6195764 atau 03-7056243
amkjohor.twitter@gmail.com


RANCANGAN TIPU DARI MAT BANGLA MAT INDON




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PR? JOHOR?? Lupakan la

haziq berkata...

bro tak buat kat area selangor/kl ke?
johor jauh sangat la...kalau naik kereta duit tol dgn minyak dah nak dekat rm100