Rabu, 12 Oktober 2011
SALUT UNTUK KAUM BURUH - MOGOK UNTUK KEJAYAAN
MOGOK UTUSAN 1961 - SEJARAH KIRI
MTUC AKAN BERPIKET DI SELURUH NEGARA PADA 3 NOVEMBER – minsider
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berpiket di seluruh negara pada 3 November untuk membantah cadangan pindaan AktaPekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lepas, kata presidennya Mohd Khalid Atan.
Beliau berkata keputusan untuk berpiket di seluruh negara diputuskan malam tadi pada mesyuarat yang dihadiri wakil-wakil dari lebih 100 kesatuan.
"Kita putuskan untuk berpiket di seluruh negara kerana Kementerian Sumber Manusia berkeras untuk meneruskan pindaan itu walaupun kita minta ditangguhkan agar lebih banyak perbincangan boleh dibuat mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi Selasa.
Katanya MTUC membantah dengan kerasnya pindaan itu dan telah menghantar surat meminta menangguhkan pindaan tersebut kepada Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Negara (NLAC) 3 Oktobersebelum kira-kira 200 anggota MTUC berpiket di luar Parlimen hari itu.
"Ramai pekerja dan pemimpin kesatuan tidak berpuas hati dengan kementerian itu yang tidak menghiraukan bantahan kita terhadap cadangan pindaan tersebut dan meneruskan pembentangan. Sehubungan itu, kita putuskan untuk mengadakan piket bagi menunjukkan betapa kita tidak puas hati," tambah beliau.
NOTA:
bagus
tradisi piket
tradisi mogok
tradisi demo
semua ini adalah tradisi yang molek untuk perjuangan
piket dan mogok adalah tradisi kaum buruh
piket dan mogok memberikan mereka kekuatan
kekuatan ini di bantu oleh hak mereka berpersatuan
apa yang ingin dilakukan oleh kerajaan rosmah dan najib
ialah melupuskan hak kaum buruh
membenarkan tuan punya syarikat
membenarkan majikan
membenarkan towkay
membuang pekerja itu suka hati
mencari sumber tenaga luar – out source – sesuka hati
kaum buruh bersatulah!
TAK PERLU MOGOK - KITA BERDEMO
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Kaum Buroh Bersatulah!
*si rayban hitam = Tongkat Waran.
Tq
setuju!
kaum buruh jer yang takut sebab pada hari mogok tu, diorang kena OT pulak...Pffft
Bersih 3.0 bila lagi...? Aku dah warm-up nih...
tunggu 3 haribulan baru bole pecaya. dulu pun main ugut2 mcm ni jugak, last2 kansel sbb nak duduk berbincang dgn kera jaan
kahkahkah... mtuc tu nak bergurau dengan bekas kepala union ka... itu org lagi xpert tau... ditambah dengan kebolehan mutar2 nih... 3 nov belum tentu ada org berani menebeng di tepi jalanraya sambil pegang poster...
wa rindu sama zaman tu... paling suka buat piket adalah nube....
'BUNYIKAN HON SEKIRANYA ANDA MENYOKONG KAMI' honk..honk..honk..
Catat Ulasan