Sabtu, 22 Oktober 2011

SOKONGAN TERUS DATANG UNTUK AZIZ BARI




PANDANGAN SEORANG ILMUAN









UIA DIGESA MENARIK BALIK PENGGANTUNGAN PROF DR AZIZ BARI

Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar perlembagaan terkemuka Prof Dr Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan.

UIA, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea. Malangnya, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini.

Dengan mengambil tindakan ini, UIA terbukti mementingkan agenda politik UMNO. “Transformasi” yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong. Universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat. Jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan.

Tindakan menggantung Dr Aziz ini merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum. Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan serta-merta. Hak kebebasan akademia mesti dipertahankan.

YB ELIZABETH WONG
20 Oktober 2011


DARI ANAK MUDA




2 ulasan:

Mansuhkan Freeloaders berkata...

Saya tidak faham mengapa Pakatan Rakyat menggunakan isu ini untuk mengkritik UMNO sedangkan yang bersalah ialah Rajah Gopal. Sepatutnya kita menggunakan isu ini untuk menentang Freeloaders.

Tidak ada gunanya Pakatan Rakyat cuba membodek Rajah Gopal kerana kita semua tahu bahawa Rajah Gopal menyokong UMNO.

Rajah Gopal Pahang, Rajah Gopal Perak & Rajah Gopal Selangor semuanya menyokong UMNO secara terbuka. Tidak ada gunanya Pakatan Rakyat cuba membodek Rajah Gopal lagi.

Untuk memujuk orang-orang Melayu yang masih lagi menjadi hamba abdi Rajah Gopal dan menyembah Rajah Gopal sebagai Tuhan, kita patut mulakan kempen menentang Freeloaders dengan menyedarkan orang ramai terutamanya umat Islam bahawa menyembah & meminta ampun daripada Rajah Gopal adalah syirik dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Contohnya perkataan SERI dalam DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA AGONG adalah perkataan Sanskrit yang digunakan untuk dewa dan dewi agama Hindu, contohnya SRI LAKSHMI. Manakala YANG MAHA MULIA dan AGONG hanya patut digunakan untuk ALLAH YANG MAHA MULIA & MAHA AGONG.

Putry Eerynia berkata...

Kalau ada sultan yang aku rasa hormatpun rasanya sultan Kelantan sekarang ni.Aku dah putuskan tak akan biarkan anak aku menuntut ilmu dari Prof.Auta keling, Prof. Kung Keng King dan yang sewaktu dengannya. nanti anak akan jadi bodoh, pandai putar belit dan lebih teruk lagi penakut dan bacul semata-mata nak hidup. bangunlah wahai melayu... jangan biarkan kita dan anak kita besar dengan duit rasuah...dan cara tidak betul...nanti kita akan jadi bodoh macam puak-puak gerombolan.Masyarakat hendaklah bangkit menyatakan bantahan secara besar-besaran terhadap pihak UIA dan mereka yang berselindung dibalik tindakan menggantung Prof. Aziz Bari.Jangan biarkan orang bercakap benar berasaskan kepakarannya ditindas dan diikat mulutnya oleh orang yang suka berboh0ong dan banyak berbuat aniaya pada rakyat. Pakatan rakyat...tolong jangan diam dan perhati saja... mahasiswa bangkitlah...sekiranya anda tidak bertindak sekarang..nanti ilmu anda tidak akan dihormati oleh masyarakat...Bangkit dan jangan tidur...Jangan dok bercouple aje kat kampus...