Sabtu, 17 Disember 2011
COOL DAN CHIC
ASALKAN BUKAN UMNO BERGEMA LAGI - mkini
Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi.
Sebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi.
Ceramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk "Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN" ini.
Program ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.
Bekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu "semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno."
"Ia bukan milik sesiapa," katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.
NOTA:
anak muda
sila buat stensil abu
sila buat graffiti abu
sila buat cakaran
sila buat lakaran
jadikan abu chic
jadikan abu trendy
jadikan abu cool
kita abu maka kita wujud
we abu there we exist
je suis abu donc je suis
saya abu maka saya wujud
GENGGAM TEKAD DAN LUTU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
orang kelantan kena terima hakikat
http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/orang-kelantan-kena-terima.html
Orang Kelantan sudah lama terima hakikat. Hanya Ibrahim Ali saja yang belum. Pasal mereka terima hakikat kemiskinan lah maka mereka pangkah PAS sambil menunjukkan jari tengah pada UMNO.jika rejim umno yg bebal ini tidak mensabotaj dan merampas hak minyak Kelantan mereka sudah lama senang. Tapi walaupun miskin mereka tetap tidak rela jadi penjilat, lanun dan parasit seperti sesetengah 'melayu' (harap kamu bukan daripada golongan tersebut). Mereka adalah melayu tulin titih baka melayu Patani yang bermaruah. Kenapa yg kamu cakap pasal org Kelantan bila TT post pasal ABU? Oh ya jangan lupa bahawa org Kelantan adalah simbol penentangan yg paling hebat terhadap gerombolan parasit seperti umno. mereka lawan umno ketika Malaysia Today belum wujud lagi. Sekarang kau kencing dalam tempurung dan tilek muka kau. Lantak kau lah nak terima hakikat atau tak. Itu bukan hal org Kelantan.
Batu ditepi jalan...mahu jual berita ttg Klate?
Selamat datang ke Klate dan mendapat rahmat dari Allah.
Sebenarnya Klate miskin dengan pencacai dan penyokong UMporNO!!
Hang jgn dok perosok name kelantan...
tapi tt kena popularkan satu lagi, utk geng2 di sarawak sabah.
cadangan:
Asalkan bukan BN = ABUBAN
(lebihkurang Agi Idup Agi Ngelaban)
org pandan indah
Catat Ulasan