Sabtu, 17 Disember 2011
JEMPUTAN UNTUK SEMUA
JANGAN LUPA UNTUK BERSAMA
KEADILAN: MANSUH, BUKAN PINDA AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI
KEADILAN telah dijemput untuk turut serta di dalam Sidang Meja Bulat
mengenai pindaan AUKU yang dianjurkan oleh Saifuddin Abdullah, Timbalan
Menteri II Pengajian Tinggi. Kami akan diwakili oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.
Keputusan Mahkamah Rayuan November lalu bahawa AUKU bertentangan
dengan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu keputusan yang
benar-benar bersejarah.
Di dalam responsnya, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa
Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di
dalam parti politik. Namun di dalam ucapan yang sama, PM mengumumkan
politik tetap akan diharamkan daripada kampus.
Malangnya cadangan pindaan AUKU ini nampaknya sama seperti
kegagalan agenda transformasi Najib selama ini seperti yang kita lihat di
dalam reformasi ISA dan Akta Perhimpunan Aman – pengumuman yang
nampak berani pada mulanya tetapi sebenarnya meneruskan dasar-dasar
lapuk yang sedia ada.
Kita lihat sahaja kekeliruan respons terhadap isu ini sendiri oleh anggota
kabinet Najib sendiri serta pentadbir-pentadbir university yang berakhir
dengan penangkapan 15 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa
Malaysia yang mengadakan flash mob di KL Sentral bagi membantah AUKU.
Seksyen 15 sebenarnya hanya merangkumi kebebasan berpersatuan
mahasiswa.
Tetapi, seksyen-seksyen lain yang sebenarnya:
a) membolehkan pemusatan kuasa pentadbiran universiti di Malaysia,
termasuk perlantikan naib-naib canselor oleh Menteri;
b) mengadakan prosedur disiplin yang tidak adil bagi kesalahankesalahan di bawah AUKU;
c) menyekat kuasa Majlis Perwakilan Pelajar.
Kebebasan akademik sudah mati selama empat puluh tahun di Malaysia.
Hanya dengan memansuhkan AUKU, budaya ketakutan yang sudah berakar
umbi di universiti-universiti negara kita dapat diatasi.
PM mesti menunjukkan keazaman politik jika beliau benar-benar serius
tentang kebebasan dan kecemerlangan akademik dengan memansuhkan
AUKU keselurhannya dan memperkenalkan undang-undang baru yang
menjamin otonomi universiti, pensyarah dan mahasiswa.
Pada masa yang sama, kami mahukan negeri-negeri Pakatan yang
menguasai universiti dan kolej tertentu untuk menunjukkan komitmen yang
lebih mendalam kepada kebebasan akademik. Mahasiswa kritikal di dalam
cara Kerajaan Negeri Kedah menghadapi isu Kolej Universiti Insaniah dan
bagaimana Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil tindakan terhadap
cadangan menjadikan Universiti Selangor sebagai institusi bebas-AUKU dari
segi semangatnya.
Komitmen kita untuk memansuhkan AUKU dan mengembalikan kebebasan
akademik sudah wujud sekian lama dan tekandung di dalam Buku Jingga.
Kita harus berbuat demikian di negeri-negeri Pakatan dan terus mendesak
perkara yang sama daripada pentadbiran Najib sehingga universiti-universiti
kita benar-benar bebas dan menjadi simbol kecemerlangan seperti suatu
ketika dahulu.
NURUL IZZAH ANWAR (NAIB PRESIDEN)
SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN (KETUA ANGKATAN MUDA)
NIK NAZMI NIK AHMAD (PENGARAH KOMUNIKASI)
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan