Khamis, 8 Disember 2011

KHAIRY JAMALUDDIN SILA JANGAN CABUT LARI



SKANDAL NFC:
KEADILAN BERSEDIA DEBAT DI PWTC BILA-BILA MASA



Saya menerima sepucuk surat dari Pergerakan Pemuda UMNO bertarikh 6
Disember 2011 yang memaklumkan Saudara Khairy Jamaluddin tidak dapat
menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember
2011 kerana bertembung dengan program beliau yang lain.

Sedang saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan
debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau
mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut
seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun
dipersetujui beliau.

Oleh yang demikian, saya telah mengutus jawapan balas bertarikh 8
Disember 2011 memaklumkan perkara-perkara berikut:

1. Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011
dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara
Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

2. Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk
memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila
dilangsungkan di ibu pejabat UMNO sendiri.

3. Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih
berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari
12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat
dalam hal ini.

4. Jika ini berlaku, KEADILAN akan meneruskan juga sebuah debat
membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011. Sekiranya Saudara
Khairy tiba-tiba berubah fikiran menjelang tarikh tersebut, penyertaan
beliau di dalam debat tersebut dialu-alukan.

Sebagai pemimpin UMNO yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah
Saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat
beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan
kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa
pembelian 2 kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC.

Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan
menghampakan harapan rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN




-------------------


ANAK MUDA / MAHASISWA BERSEDIA












HIMPUNAN MAHASISWA/ANAK MUDA.

Tarikh : 17 Disember 2011 (Sabtu)
Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Masa : 10.00 pagi
Anjuran : Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gorenglah telur tu wahai pemuda umno kalau debat pun tak berani..

Macamana nak angkat keris, debat pun tarak berani

Jangan jadi dayus malukan melayu

Tanpa Nama berkata...

ala rafizi mane ade standard. oxput mali lu ingat main-main ke!! dia mau anwar jugak kah kah kah dasar ooomno eeee melayu tak penting, nasionalisme lagi tak penting. yg penting rembat. lombu pun lombu la. mooohidin kata dia la pewira muda melayu kita...uwwwwekk!! ganding lak dgn ketua wanita, memang sri kandi melayu nusantara bak tun fatimah. peh!!dei, pakai cawat gi gah mcm pahlawan sarawak. tak yah nak singkap kain...ori punya kah kah

Tanpa Nama berkata...

Telor KJ sudah kecut !! takut kerana salah !!

lan berkata...

Hari tu cakap berani. Now since dah bongkar sana sini, menikus lak?

lan berkata...

Hari tu cakap berani. Now since dah bongkar sana sini, menikus lak?

Batu di tepi jalan berkata...

kita ditipu bab petrol dan gaji minimum ??? http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/harga-petrol-di-malaysiamahalgaji.html

Tanpa Nama berkata...

KJ nak kawin dengan anak mat sembab supaya boleh menjadi perdana MENTERI akan datang.. sebagai mana beliau dapat kontrol pak LAZZZZZZ sehinga bodoh pianggggg tidak kenal huruf..

Lang berkata...

kj kata "gua bukan takut sama rafizi... gua takut mak ijat... mak dah cakap tutup mulot, nnt kalau dia selak kain sapa sanggup tengok..."

Tanpa Nama berkata...

syahdu2
ramai2 dalam umno xkan sabri chik jer yg ada telur.....

org oxput mana boleh takut.......

rakab berkata...

dalam semua2 puak ameno hanya the cheeky je yg 'berani' debat tu pun berbuih buih mulut mcm kena stroke kahkahkahkah..yg lain2 mcm si maslan mcm taik...menyalak kat tv dia tu pendebat sekolah konon...last2 hampeh..mcm anjing kna tenggalong dgn batu...samalah haji najib...bunag je la telor kat pangkal peha tu...menyemak takda guna...