Jumaat, 27 Januari 2012

ANAK MUDA SEDIA TURUN BERDEMO - 26 FEBUARI INI



NOTA:

anak anak muda
pelajar dan mahasiswa
punk rockers dan counter culture
sila amabil perhatian

sila tandakan tarikh 26 februari ini
kita bertemu di kuantan

kita berdemo sekali lagi
turun beribu ribu
turun beratus ribu
hingga projek ini gagal
selagi belum gagal kita teruskan lagi!




INGAT KAN TARIKH - KITA BERDEMO







HIMPUAN HIJAU AKAN DEMO BANTAH LYNAS – harakah daily

Satu gabungan rakyat yang dinamakan Kumpulan HimpunanHijau akan mengadakan satu himpunan besar-besaran di Kuantan pada 26 Februari ini.

Himpunan Hijau 2.0 dengan tema Langkah Bestari "Pilihan di tangan kita" bertujuan membantah projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, setelah pelbagai usaha menyuarakan pandangan sebelum ini tidak diendahkan kerajaan.

Setiausaha Kumpulan HimpunanHijau, Bang Seet Ping berkata, pihaknya komited dalam keadilan alam sekitar dan kemanusiaan serta akan berusaha menyelamatkan rakyat Kuantan daripada berhadapan dengan risiko pembinaan LAMP.

"Kita semua adalah rakyat biasa yang mengambil berat masa depan generasi muda kita.

"Kita tidak akan membenarkan kedatangan sebuah syarikat asing yang membahayakan nyawa anak cucu kita. Tanpa persetujuan rakyat, kilang-kilang sedemikian tidak akan dibenarkan untuk beroperasi," kata beliau pada sidang media bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Seet Ping berkata, Kumpulan HimpunanHijau mengajak semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan parti politik menyertai himpunan tersebut yang berlangsung dalam keadaan santai.

Ia dijangka berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi.



KITA TTR PADA 26 FEBRUARI



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sokon satus patus