Isnin, 16 Januari 2012

HANYA ADA SATU SOALAN SAHAJA





SELAMAT? SELAMAT DARI APA?





YAKIN KIOLANG LYNAS SELAMAT - meloya


KUANTAN 15 Jan. - Majlis Belia Daerah Kuantan yakin pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) selamat serta tidak berbahaya terutama kepada penduduk berhampiran Kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan, Md. Jamil Pauzi berkata, ini kerana penjelasan mengenai kadar radiasi kilang tersebut dibuat berdasarkan fakta, hasil kajian saintifik yang dilakukan oleh beberapa badan bertanggungjawab dan bukannya bersifat kenyataan politik.

"Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara juga telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat.

"Isu ini telah diputarbelitkan fakta oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melawat kilang tersebut di sini hari ini.

Selain melawat tapak pembinaan kilang tersebut, kesemua 160 ahli Majlis Belia Kuantan diketuai Md. Jamil turut diberi penerangan mengenai projek itu oleh Pensyarah Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Ismail Bahari.

Mengulas mengenai tindakan pembangkang yang mempolitikkan isu pembinaan kilang tersebut, Md. Jamil berkata, kerajaan negeri pasti akan mengutamakan soal keselamatan rakyat terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut sebelum bertindak meluluskan tapak pembinaan kilang itu.

"Tahap radiasi yang dihasilkan oleh kilang pemprosesan nadir bumi itu adalah jauh lebih rendah dan selamat dari segi kuantitinya berbanding hasil sampingan dari loji-loji jana kuasa nuklear," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Dr. Ismail kepada mereka.

"Ia cukup lengkap dengan fakta-fakta dan hasil kajian yang menjelaskan mengenai keselamatan kilang tersebut," katanya.

NOTA:
hanya nak tanya satu soalan


kalau selamat kenapa kilang ini
tidak didirikan di australia?
dan
kenapa rakyat australia membantah?

kalau dapat terangkan
kenapa tidak didirikan di australia
maka barulah rakyat malaysia percaya







10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lagi satu tanya lynas kalau terjadi penduduk sekitar gebeng terjadinye kelahiran cacat akibat sisa lynas seperti di bukit merah dulu,siapa yang nak tanggung jawab?MB pahang ke?

Tanpa Nama berkata...

Susah tul ler TT... Kalau betul2 dia orang ni nak buat juga, boleh tak kita buat perjanjian bahawa sekiranya berlaku apa2 musibah dimasa hadapan kita boleh buat tuntutan pada orang2 yang menggatakan projek ini selamat. sekiranya orang tersebut dah meninggal dunia boleh tuntut pada isteri,anak,cucu,cicit dan seterusnya.

Tak boleh tuntut pada kerajaan negeri yang memerintah pada masa musibah itu berlaku.

Pak Mahat berkata...

TT hang kena rasionallah
jangan main tuduh-tuduh

kilang itu memang selamat
"selamat jalannnnn"

orang ostolia tak nak kilang tu sebab
dia orang tak nak "selamat jalannn" awal-awal

Kita sokong ABU kalau tak nak cepat "selamat jalan"

Tanpa Nama berkata...

memanglah selamat kalau tak ada apa-apa malapetaka.Tapi kalau ada gerakgempa macam gempa bumi Fukishima macam mana?Jepun lagi hebat teknologi dari malaysia,tapi tak dapat kontrol loji nuklear.kalu setakat nak tipu melayu otak lembu bolehlah, pasal professor kangkung tu nak cari makan juga,macam projek lembu.So janganlah percaya pada professor kangkung tu.Tolol!

ANAK JAWA berkata...

selamat mcm cynobil dah pecah kalu... abit lo.................

Tanpa Nama berkata...

Lynas cuba tipu rakyat?document terbaru kali ke 4 yg dikeluarkan utk semakan telah mengakui yg sisa yg terhasil adalah radioactive schedule waste sebelum ini 3 document tidak membincang pasal radioactive schedule waste,"gerakan Asalkan bukan Umno,tutup lynas,bengong bin bahlol punya umno

Tanpa Nama berkata...

Woiiii,
Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan, Md. Jamil Pauzi ko ada belajar fizik ker dulu?
tahu ke apa itu radiasi?
Ko hafal ke Periodic Table tu?
Aku rasa ko ni tak boleh beza atomic mass dan dgn atomic number pun...
Baik ko belajar dengan anak ko yang nak ambik fizik SPM dulu.. tu pun kalau anak ko ambik fizik lahhhh.

Tanpa Nama berkata...

bro dia pun tak boleh pastikan asid sampah rumah dia...

Tanpa Nama berkata...

http://www.nretas.nt.gov.au/__data/assets/pdf_file/0019/14653/eis_guidelines_nolans_2010.pdf
This is an evidence, LAMP , rare earth processing plant in Kuantan is not fullfill the safety requirement of the Australian goverment . Below is a file , contains the safety requirement imposed by the Australian goverment for Arafura mining company to apply a operating lisence in Whyalla, southern Australia.
2.3.1
CONTEXT
Uranium, Thorium and various radioactive rare earths are present within the mined material, and thorium will be concentrated in processing wastes stored on the mine site.

4.Transfer of processing residues from the railhead back to mine site and storage at mine site.

if the company plan to store the radioactive waste to other places instead of the mine site (tempat asal rare earth digorek ), this will breach the safety rule ..

Tanpa Nama berkata...

oi TT, baca betul2. bagi aku pihak majlis tak menipu.

Majlis Belia Daerah Kuantan yakin pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) selamat...

nie ringkas kan sikit :
MBDK yakin PEMBINAAN kilang memproses nadir bumi oleh Lynas selamat...

pembinaan memang la selamat...yg tak selamatnya memproses nadir bumi...