Khamis, 5 Januari 2012

HAK BERHIMPUN - HAK KITA












KENYATAAN PKR TENTANG DEMO

Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.

Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun
Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang
memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN
dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk
membantah rekayasa politik ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN
menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi
memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan
teratur.

KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan
Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran
untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi
demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam
termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di
Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI
dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri
Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang
sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap
institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk
melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

5 Januari 2012





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Soalan aku buat PKR parti jalanan.

Apa alasan keperluan berdemo pada hari tersebut, adakah kerana individu atau kerana kepentingan generasi akan datang atau survival negara tercinta Malaysia.

aku@JB

Tanpa Nama berkata...

Adakah anda sudah ABU?
http://kamusdialek.com/maksud.php?char=A&kd_id=137&dialek=ABU