Rabu, 8 Februari 2012

MAK CIK FELDA KENA TIPU LAGI




LEMBU SHAHRIZAT TAK MAHU UNDUR










CUKONG BELIA FELDA JAMIN SELEPAS PENYENARAIAN BERIBU PEKERJAAN UNTUK ANAK FELDA DIWUJUDKAN?

Woit cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda! Dah buat homework belum apa yang berlaku di Felda Global Venture tentang peluang pekerjaan belia Felda akan datang selepas penyenaraian? Makin kencap kencup kempis dan terus kempis...Kah Kah Kah.

Apa bukti???? Tanya si cukong. Woitt!! Cukong-cukong tahukah apa maksud Outsourcing? Ini kata lebai Google “Outsourcing is the act of one company contracting with another company to provide services that might otherwise be performed by in-house employees. Often the tasks that are outsourced could be performed by the company itself, but in many cases there are financial advantages that come from outsourcing. Many large companies now outsource jobs such as call center services, e-mail services, and payroll. These jobs are handled by separate companies that specialize in each service, and are often located overseas” Apa makna ini?? Maknanya anak dara Jengka melepas jadi kerani payroll...dara sunti Trolak melepas jadi receptionist....janda berhias Lok Heng tak ada can jadi sumber manusia...Kah Kah Kah. Mat-mat belia Felda lagi la melepas terus join Pas...Kah Kah Kah.

Kapitalisme duniaberasal dari Wall Street. Kapitalisme Malaysia berasal dari Bursa Saham Kuala Lumpur. Konsep kapitalisme mudah iaitu memperbanyakkan wang dengan cara paling murah. Kalau ada tanggungjawab sosial cuma cara tipu rakyat tak mahu bayar cukai. Faham tidak??

Woit cukong-cukong! Kepala kapitalisme dalam Felda Global adalah Sabri Ahmad. Siapa dia ni?? Sime Darby tendang dia sebab kena kencing RM120 juta. Tak sampai setahun pegang Pengerusi MPOB pun kena tendang juga tak cerdik buat kerja. Sapa sudi ambil dia kerja dan kasi upah lebih RM2 juta setahun? Felda....Kah Kah Kah.

Woit cukong-cukong! Kapla jingga kapitalis Sabri Ahmad ada idea meletopp...untuk fokus teras perniagaan maka kerja remeh temeh perlu kita kontrakkan keluar. Jadi kita lebih berjaya dan tak kencup macam Nokia katanya...Kah Kah Kah. Sabri rasa dia lagi pandai dari Nokia, jadi Sabri mahu kontrakkan kerja-kerja kepada syarikat luar. Ini kerja hebat...anak Melayu yang hebat ini Sabri. Orang Finland yang asaskan Nokia dan korporat dunia patut datang berguru dengan Sabri. Macam mana FGV syarikat rugi bakal jadi syarikat besar sebab pakai tanah bapak 360000 hektar dan gadai aset Felda milik Koperasi Felda di BSKL...Kah Kah Kah. Tak perlu susah payah macam Nokia kena buat R&D, bina kilang dan macam-macam...Kah Kah Kah.

Projek Outsourcing Felda Global Venture ada nama menarik...Shared Service Centre. Untuk potong kos buruh+kebajikan+bonus (overhead), kapitalis Sabri Ahmad rekrut bekas CEO Proton Edar jadi kapla jingga. Kalau mahu rekrut CEO kenalah gaji sama CEO Proton Edar atau lebih...berapa gaji kapitalis Sabri bayar ex-CEO Proton untuk kurangkan pekerja? Ironi sungguh..Kah Kah Kah. Kita tumpang bangga kapitalis Sabri kepala hotak bijak...bayar gaji tinggi untuk kurangkan pekerja..Kah Kah Kah. Kita lagi bangga kalau ada Call Center Felda Global di Mumbai.... “Yellow...Felda Global Venture Call Center Here. Yes Sir you are calling Felda Global Call Center. You ask me Anak Peneroka mana? Of course sir I'm from Felda Bombay not that far from Felda Kampung New Zealand, only 3500 miles far only.” Kalau ini berlaku sudah sah anak dara Jengka cuma ada peluang jawab sms dan telefon balak...

Cukong-cukong Belia Felda tak percaya...anak-anak Felda tetap ada jawatan banyak dalam Felda Global Venture selepas penyenaraian. Itu janji Kaki Lutu pada kami...Kah Kah Kah. Woit! Cukong-cukong tengok nama-nama dalam projek outsourcing ini:

• Sri Asnita Mashat
• Masrina Wijee
• Andrew Lee
• Kavita Rekhraj
• Glenn Tann
• Lee Pooi Chie
• Cinty Chandrasekharan
• Therese Tan
• Lee Sok Chen
• Farahana Azmin
• Dennis Cheek
• Christine Kon
• Frank Chai
• Lasti Hardiani
• Kania Adityarani

Woitt!! Ini betul-betul 1 Malaysia. Kalau betul-betul Felda nak jadikan 1 Malaysia cakap saja Melayu Felda tak marah. Ini sudah Kaki Lutu sudah janji kerja-kerja keutamaan Melayu sebab Kaki Lutu mahu cari makan dan populariti dalam parti Melayu. Kaki Lutu janji belia Felda dapat banyak kerja lepas penyenaraian. Sebelum penyenaraian sudah jadi 1 Malaysia, nasib-nasib awek Melayu No. 10 itu anak Felda, kalau tidak 0%, zero..yilek...anak Felda...Kah Kah Kah. Woitt!! Nama-nama tersebut bukan direka-reka...ada susuk tubuhnya, yang slim, yang gedempul, yang cokelat, yang hitam yang sepet...semua wujud di Balai Felda tempat Kaki Lutu bersemayam.

Cukong-cukong mengaku pemimpin belia Felda berani lagi jamin beribu-ribu pekerjaan untuk anak Felda akan terhasil selepas penyenaraian....Kah Kah Kah.

p/s: Anak dara, dara sunti dan janda berhias sila mogok dari melayan cukong-cukong ini berkaraoke dan ambil kesempatan atas diri anda lagi sampai Out Sourcing ini dibatalkan....Kah Kah Kah



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kasihan aku lihat bangsa aku kat felda.... org felda jgn mudah percaya dengan matlamat BN tu... mereka nak untungkan koroni saja kemudian warga felda akan terus tertindas...bangunlah dari lena wahai warga felda....

Tanpa Nama berkata...

The best! Terhebat! Sapa x baca mmg rugi.

Tanpa Nama berkata...

TT,

Tak syak lagi usaha untuk menggembirakan bakal pelabur dalam Felda Global sudah bermula. Outsourcing, pengecilan pekerja, berkurangnya kebajikan kepada peneroka dan fokus kepada anak2 Felda dan macam2 lagi in the pipe line.Boleh juga ikut formula Idris Jala jual sana sini,untung-untung Dato Sabri jadi Menteri PEMANDU ganti Idris Jala.Tak boleh lari apabila Felda join tempat kapitalis berkumpul, Felda akan menjadi mangsa serakah player-player yang jauh lagi besar sumber modal bermain saham dan tukaran wang.Bukan rahsia player-player ini punya backing Fund luar negara dengan modal melebihi GDP negara-negara membangun sekalipun. Masa Felda terjual semakin hampir...

Juasseh Cafe berkata...

Dah kaki kencing tu kencing jugak la, mana mana pegi pun mengencing jugak dia, orang Felda tadah je la, bukak mulut tu besar besar
nak tau pasal kaki kencing baca blog. //pokehbusu.blogspot.com

Sheild berkata...

Bila baca berita tentang isu Felda sejak dua menjak ni, rasa kesian teramat sangat kepada warga Felda. Mereka ni dibuat status oleh ‘’gomen’’ sikit je atas dari status orang asli yang diiktiraf oleh ‘’gomen’’ tidak berhak untuk ada tanah sendiri dan tidak berakal. Tak cukup ke ‘’gomen’’ buat orang menderita kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu lagi dapat makan malam.

Kalau ‘’gomen’’ menang lagi pilihanraya akan dating, kena lah rakyat Malaysia semua bersatu padu untuk usaha beramai-ramai menanam ubi kayu untuk isi perut, tak mampu nak beli makanan lain sebab ‘’gomen’’ akan dan sudah Feldakan seantero Malaya.

Tanpa Nama berkata...

Benarkah bila disenaraikan nanti felda mampu beri beribu-ribu pekerjaan kepada anak felda??

Beribu2 kerja tu kerja sebagai apa, tuan?? kerja sebagai pengurus? Penolong pengurus? Akauntan? Ceo? Doktor?

Atau sekadar kerja memetik buah kelapa sawit dan mengumpulkan daun kelapa sawit?? Kalau setakat petik dan kumpul buah kelapa sawit atau pekerja di kilang kelapa sawit, tak payah tunggu penyenaraian pun dah banyak kerja2 macam tur, tuan.