Selasa, 20 Mac 2012

LAGI PENCERAHAN DARI PEMBACA UNTUK PEMBACA





NAK BERHARI RAYA DI MANA?






RELA KE NERAKA
Kalaulah penghuni-penghuni syurga ramai orang seperti Ibrahim Ali, Hassan Ali, Mahathir, Harussani, Zul Bisul Pejuang Islam tak bayar hutang, Razak Baginda, Shahrizat, Reezal Merican, Khir Toyol, Tajuddin Ramli, Rahim Tamby Chik, dan Free Loaders & Rajah Gopal seperti Tengku Fuckry, Jefri Bolkiah, Yang Tak Bayar Hutang Di Kasino London...

saya lebih rela berada di neraka bersama dengan Bill Gates, Steve Job, Madonna, Lady Gaga, Michael Jackson, Brad Pitt, Angelina Jolie, John Lennon, George Harrison, Whitney Houston, dan ada sesentengah komentar kat Tukar Tiub kata Hisahmuddin Rais sebab kononnya dia berfahaman kominis (jadi dia juga masuk neraka).

Apa gunanya syurga jika penghuninya tidak makan babi tetapi makan rasuah? Apa gunanya syurga jika penghuninya tidak minum arak tetapi buka kilang arak San Miguel? Apa gunanya tinggal di syurga jika penghuninya selalu ke Mekah tetapi menyalahgunakan wang rakyat untuk beli kondominium untuk pelihara lembu? KAH KAH KAH KAH KAH
By Melayu Zaman P. Ramlee on CERAH MEMBAWA PENCERAHAN - TIDAK ADA PAKSAAN UNTU... on 3/19/12





BENDA GHAIB
Ez Puella Sapiens, Mungkin perlu belajar lagi. Agama, Syurga dan Neraka adalah benda ghaib. Benda yang ghaib tidak boleh difikir dengan akal. Anda berfikir dengan menggunakan akal. Bolehkah saya katakan bahaya udara itu tidak wujud kerana anda tidak nampak udara itu, padahal anda sentiasa bernafas dengannya. Itulah konsep benda ghaib yang telah disampaikan oleh Nabi Muahammad, manusia teragung sepanjagn zaman.

Orang macam kita memang tak boleh nampak syurga dan neraka, tapi Nabi sendiri dah tengok masa Israk dan Mikraj. Tak percaya? Bermakna anda tidak percaya Al-Quran, apakah hukumnya kepada orang yang tak percaya Al-Quran? Tiada IMAN. Sebab itu adalah rukun Iman.

Sebab itulah dalam Al-Quran Allah menyeru "Wahai orang-orang beriman...", bukan "wahai orang-orang Islam...." kerana seorang Islam belum tentu beriman. Semasa anda berada di perut ibu, katakanlah ada seorang utusan membawa khabar, 'kamu tidak perlu bernafas dalam cecair lagi selepas lahir kedunia, kamu cuma perlu bernafas dengan udara, nescaya tidak akan lemas lagi'...

Adakah anda akan mengatakan bosannya kalau bernafas dengan udara, baik tinggal dalam perut, tak payah bernafas? Cuba fikirkan...Bolehkah perkara yang ghaib sebegitu dianalisa dengan akal? Sebab itulah dalam Islam ada dalil Aqli ( Akal ) dan Naqli (Al-Quran& Hadis). benda basic jer bro, takan dah lupa....
By Anonymous on CERAH MEMBAWA PENCERAHAN - TIDAK ADA PAKSAAN UNTU... on 3/19/12


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Blog TT ni kau orang perlu baca Hal-hal Politik saja

Kalau kau orang baca hal-hal AGAMA, kau orang boleh LINGKOP

Hishamudin Rais expert Politik. So jika kau orang mahu dengar hal2 Agama kena pergi dengar daripada 'Expert Agama' iaitu Guru Agama. TT bukan Guru Agama !

TT tidak mengaji Agama dari A to Z. So sudah tentu dia bercakap mengikut naluri hati dan fikiran dia saja.

Tanpa Nama berkata...

udara sudah bukan benda ghaib lah
boleh dikuantitikan isipadunya
juga boleh dirasai bila ditiup dgn kuat
spt angin dalam tiub
spt ribut taufan
apa punya turrr
kah kah kah

Stupid University berkata...

Biasanya kalau bab agama nie, gua selalu dituduh sebagai syaitan! Ahli neraka! Kah! Kah! Kah! Tapi gua takut juga nak masuk syurga sebab tak terlayan 77 dara tu! Kira gua nie dalam senarai gagal jugak lah! Kah! Kah! Kah!

AKU TIDAK MAHU DITIPU LAGI berkata...

soalan ringkas saya...

saya pernah dizalimi/ditipu...
tungging terbalik nak bayar hutang, terpisah dengan kaum keluarga, 3 kali raya sengsorang, malam-malam menangis nak tidur... nak tidur pun susah, kerjaya hampir-hampir tergadai kerana merosot disiplin...

saya doa siang dan malam, tahajud ke hajat ker ape je la yang kononnya bole tolong... saya mintak apa yang muhammad cakap "doa orang dizalimi tidak dihijab oleh Allah sekalipun KAFIR ataupun FASIK"...

sampai sekarang doa saya tak makbul-makbul pun... tapi ok la hidup saya, perlahan-lahan dapat balik... tinggal nak berjumpe ngan keluarga balik jer...

jadi pertanyaan saya...

sama ada Muhammad bohong kerana kalau betul tuhan tu ada, dah lama tuhan tolong...

atau

kenapa bile susah tuhan tak nak tolong, bile dah senang, alih2 nak claimed hasil pertolongan die pulak?

atau

kalau betul la tuhan wujud, pasti kata-kata Muhammad itu benar... tapi bile dah dibuktikan kata-kata Muhammad itu tidak benar (di dalam kes aku), tuhan wujud ke?

Apa yang Muhammad bawak, ada dalam subconscious mind yang banyak digunakan dalam self-improvement walaupun bole digunakan dalam apa juga bidang...

kita ulang-ulang balik satu perkataan (zikir), dia akan masuk dalam kepala kita... contoh, kalau kita cakap "Kita Boleh", lama-lama kita boleh lah! Kalau kita cakap "Tuhan itu wujud, maka tuhan wujudlah"...

Konsep ketuhanan tak lebih daripada rasa ketidakupayaan manusia lalu letakkan sesuatu yang agung yang kononnya boleh membantu kita...

Tuhan diwujudkan supaya kita boleh salahkan dia atas takdir buruk yang menimpa kita...

Kalau marah dan katakan saya murtad, sila lah... sebab, JANGAN PAKSA SAYA NAK MASUK SYURGA CIPTAAN ARAB...

Sebelum marah dan maki saya, sila doakan orang yang zalim saya...

KALAU DOA KORANG DIMAKBULKAN (ye ke doa korang makbul?), aku akan ceritakan dan mengaku salah dan kembali "bertaubat"...

Kalu doa korang tak dimakbulkan, buat ape penat2 pertahankan sesuatu yang tidak wujud?

Aku berterima kasih kat Tukar Tiub kerana sekurang-kurangnya, aku dapat melepaskan pendapat aku yang pastinya akan ditibai sekalipun dikalangan kawan belum lagi secara terang-terangan...

Korang cakap Islam sangat, tapi kehendak aku ditindas!

AKU MAHU BEBAS DARI CENGKAMAN PADANG PASIR!

Gerakan Mansuhkan Free Loaders berkata...

Tanpa Nama berkata..."TT tidak mengaji Agama dari A to Z. So sudah tentu dia bercakap mengikut naluri hati dan fikiran dia saja."


TETAPI naluri hati dan fikiran TT @ Hishamuddin Rais tentang agama memang benar dan tepat. Malah jauh lebih benar daripada apa yang ditulis oleh lebai-lebai yang kononnya Expert Agama.

Kerana ianya benar, ia boleh menyakitkan hati orang yang mengikuti jalan yang tidak benar, terutamanya mangsa lebaisation.

Masalah mangsa lebaisation ialah minda mereka ini tidak terbuka kepada lain pendapat. Mereka sangka mereka sahaja yang benar. Kalau sesiapa tak ikut cakap Tok Lebai yang mereka sanjungi (contohnya Harussani & Hassan Ali) maka orang itu tak ada hak nak cakap pasal agama. Sesiapa yang tak ikut cakap Tok Lebai mereka, maka mereka harus dibunuh. Hati naluri mereka ini sudah mati.

BANGUNLAH DARI TIDUR! BELAJARLAH MACAM MANA NAK GUNA KEPALA OTAK UNTUK BERFIKIR SUPAYA HATI NALURI KAMU TIDAK MATI!!!!

JANGAN TERIMA APA SAHAJA YANG TOK LEBAI KAMU MUNTAHKAN! GUNA OTAK UNTUK BERFIKIR DAN MENILAI APA YANG BENAR DAN APA YANG TAK BENAR!

Tanpa Nama berkata...

tt, kalau kau masih lagi islam, aku harap kau pergi lah mengaji lagi. banyak lagi yang perlu kau belajar. kau sekarang sedang mendendangkan satu blog membiarkan islam itu di hina, kau patut tahu perkara ini.

yang memberi ulasan kat sini, aku tahu ada yang bukan islam atau islam yang sudah murtad yang jadi ateis atau lain lain yang memberi komen menghina dan pakai akal yang tak seberapa pandai.aku tak terasa marah pun sebab aku anggap mereka ini jahil agama tapi wajib bagi aku menyuruh korang semua pergi belajar dahulu.

moga allah memberi hidayah kepada kita semua.

PAKAILAH KONDOM KALAU TAK NAK BUANG BAYI berkata...

KAH KAH KAH KAH MEMANG BENAR KAH KAH KAH

Saya nak tambah sedikit...

Apa gunanya tinggal di syurga jika penghuninya tidak pakai kondom tetapi membuang bayi macam orang buang kondom terpakai.

KAH KAH KAH

Apa gunanya tinggal di syurga jika penghuninya takut nak beli kondom tetapi tidak takut untuk membeli kondominium dengan menggunakan wang rakyat?


Apa gunanya tinggal di syurga jika 72 bidadarinya gemuk gedempol macam Big Momma Rosmah dan hodoh macam Shahrizat dan bengis macam Rafidah Aziz?

Lebih baik aku tinggal di neraka bersama Playboy Playmates of the Month macam Pamela Anderson dan gadis-gadis cun putih melepak macam China Dolls dan Japanese Gravure Idols.

kah kah kah kah
KAH KAH KAH

pro rakyat berkata...

baguslah korang ni mempermainkan agama, korang tak suka agama islam duduk diam-diam, takde sapa paksa korang buat apa yang korang tak suka macam solat,puasa,baca al-quran, kenduri tahlil dan sebagainya, kalau korang tak percaya syurga dan neraka tak payah nak pertikaikan sebab bagi korang benda tu tak wujud, cuma utopia, korang hanya tau mengutuk kat sini kalau berani berdebatlah dengan ulama seperti Tok Guru Nik Aziz, Dr.Muhd.Asri,Ustaz Azhar Idrus, Dato' Harun Din dan lain-lain lagi, aku gerenti korang tak terlawan dengan para ulama ni, hujah korang senang-senang diaorang patahkan silap haribulan korang yang atheist ni boleh menangis depan ulama-ulama ni, aku cabar korang yang asyik persoalkan Islam ni berdebat dengan para ulama yang aku sebut

Tanpa Nama berkata...

payoh nak khabar kalau ikut logik sebab agama akidah ni kena ngaji bebetul silap ngaji sesat pulak..

Jadi nasehat ambo yang jahil ni

kalau nak bincang ilmu agama bincang ngan alim ulamak yang betul2 pi pondok pi selongkar kitab2 agama dari ulama nih beribu tahun kaji syurga dan neraka..

jangan la sombong sangat dengan ilmu yang sedikit ni nak gebeng pasal syurga dan neraka.. takut kang kita malu tertunduk menjawab kat akhirat..

Wallahualam..

pro rakyat berkata...

aku dah kata hishamudin rais @ tukar tiub dan sekutu-sekutunya adalah ejen komunis, diaorang ni hentam umno-bn cuma nak tarik perhatian orang kemudian secara halus menyebarkan dakyah komunis,marxis,sosialis serta atheist(tak percaya agama dan tuhan), aku pelik hishamudin rais ni dah dapat suaka politik dari kerajaan Belgium dan hidup senang kat Eropah kenapa nak balik semula ke Malaysia mesti ada udang disebalik mi, pembaca tukar tiub yang budiman fikirlah apa hala tuju blog

scumbagexmuslimmalay berkata...

Meh org-org dlm syurga mcm poyo je, baik aku masuk neraka. kah kah kah. Wassup kafirs.