Khamis, 22 Mac 2012

PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB




ANAK MUDA 28 APRIL!







UNTUK ANAK MUDA
Manusia berjiwa seperti TT sudah semakin pupus dikalangan orang2 melayu khususnya anak2 muda sendiri. Berlapang dada dan berbaik sangka, apalah salahnya. Sekurang2nya ada jugak tt yang berani tahap maksima.Dia tak minta sekupang pun dari sesiapa. Dia berani menegur, dia peduli apa.

Dia juga berjaya mencipta keceriaan untuk anak2 muda...membuka mata orang tua2. Ada yang nak menegur punyalah berlapik takut ada yang berasa...sebabnya takut tak hilang hun. Fakta sejarahnya merangkumi pelusuk dunia. Bukankah ilmu tu namanya. UMNO memang nak sangat orang melayu buta sejarah, buta kayu, buta huruf dan bukom.


UMNO cukup gentar kalau ramai berjiwa tt berilmu macam tt yang berani macam tt. Janganlah cuba nak tegakkan benang basah, nak tolong sorokkan pekong, nak cuba sembunyikan bangkai gajah. Wahai KSN, KSU, TKSU dan seluruh anggota penjawat awam. Bangunlah menolak menteri masing2 dengan berani membuat pilihan MENGUNDI PAKATAN RAKYAT demi masa depan generasi akan datang. Jalankan gerak kerja perang saraf dari sekarang.

Sampai bila lagi tuan2 akan dibelenggu dengan arahan yang tidak munasabah. Kuasa para menteri hanya 5 tahun sedangkan bakti khidmat KSN khususnya separuh dari jangka hayat. Teruskan berkarya dalam bidang masing2. UMNO paling takut pada orang2 melayu bijak. Yang tinggal dalam UMNO hanyalah kuda2 tua dan ayam2 pencen...yang muda2 pun tak de class uols!!!1
By Qaseh Bonda on PENCERAHAN FIKRAH DALAM RUANG DEMOKRASI on 3/21/12




KOMUNIS
kalu tt mirip kominis pun nescaya ianya lebih baik dari gerombolan yang rasuah ,penipu dan songlap duit merata.kominis tak berlindung,tapi terus terang sedang gerombolan menempek pada ketuanan melayu, raja , agama , bahasa untuk menutup kejahatan mereka.gerombolan berbulu ayam untuk membaham ayam hingga coloreng musang tidak kelihatan,syabas tt ztz
By Anonymous on PENCERAHAN FIKRAH DALAM RUANG DEMOKRASI on 3/21/12





LAGI TENTANG KOMUNIS
Kpd pro-rakyat 3/20/12 …sedikit suntikan pengetahuan/fakta untuk dikongsi ; …memang benar, silapnya komunis ni tak percaya ugama/tuhan tetapi kalau kita teliti kerangka/siasah/ideology komunis , kita akan dapati ianya tetap menjurus kepada keadilan serta kesejahteraan dalam menjalani kehidupan…lebihkurang sama jugak dengan siasah2 yang lain ciptaan manusia … sosialis , kapitalis, nasionalis , dll

yang dikatakan percaya akan tuhan TAPI bila kita amati betul2, rupa2nya LEBIH PERCAYA PADA DUITnBURIT…JADINYA TAK JAUH BEZA DENGAN KOMUNIS … RUPA2NYA IBLIS JUGAK MACAM UMNO !!! …dan lagi di Negara berfahaman komunis terbesar di dunia, penganut islam nya lebih ramai dari Negara kita …dan lagi di Negara komunis terbesar,kafir makan babi, sesiapa yang didapati salah mentekedarah duit rakyat/rasuah akan dihukum tembak kasi mati

TAPI DI NEGARA KITA KEBANYAKAN NYA BOLEH SENANG LENANG MACAM TAK INGAT NAK MATI, KEMBALI KEPADA TUHAN YANG DIPERCAYAI …sekianlah sedikit rapuan untuk sama2 kita muhasabah diri …jadi sdraku pro-rakyat, tak payahlah buang masa, tenaga merapu-meraban tentang TT …yang baik kita pakai, yang tak baik kita tinggalkan…sekurang2nya kita tahu dia tak menganyayai orang, tak mentekedarah duit rakyat
By Anonymous on PENCERAHAN FIKRAH DALAM RUANG DEMOKRASI on 3/21/12


JAWAPAN UNTUK ANAK MUDA



10 ulasan:

mek berkata...

tt, tiket aku dah book.
jumpa tt & kawan-kawan seperjuangan di dataran merdeka 28/4/12.

kita humban united malay national organization dan kuncu-kuncunya.
hidup rakyat!

Tanpa Nama berkata...

para LEBAI
cepat komen & hantam tt & penyolong2nya
KAH KAH KAH
pernah satu ketika ada LEBAI dahi lebam carwash kereta sendiri over-claimed guna plet kereta company
bayar carwash RM8 suruh tulis resit RM20
sungguh tinggi iman mu pak LEBAI
kudos!kah kah kah

Watikah Sinar berkata...

Masih ramai yg tak faham dek kerana minda telah didoktrinkan dengan pendidikan yg telah di-syllibus oleh kerajaan UMNO selama 52 tahun, jadilah minda skema...

Agama adalah tentang kepercayaan seseorang, politik pula adalah sistem pentadbiran bernegara...

Agama = Kristian, Hindu, Judaisme/Jewism, Buddha, Konfucian etc..

Politik = Feudal, khalifah, kapitalis, komunis, sosialis etc...

Mat Indera seorang yang pakar dalam agama dan mempercayai Tuhan, namun dalam ideologi politik beliau adalah komunis...

Jadi apa salahnya kalau TT berfahaman komunis??

MARHAENIS berkata...

Tapi yg menjadi isu,apakah ini suara sebenar rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat atau ada dalang di sebaliknya.Rakyat yg taksub begitu mudah di peralatkan.Rakyat yg taksub begitu mudah untuk di peralatkan oleh zionis,imperalis,kapitalis,parti2 dan ahli2 politik dan apa2 sahaja pihak yg mengambil kesempatan untuk mencapai matlamat2 ,cita2 dan kepentingan2 mereka.


Rakyat yg taksub bercampur dendam serta emosi akan jadi bodoh,buta,pekak,bangang dan bahlol begitu senang di cucuk hidung oleh pihak2 berkepentingan.SEDAR LAH! suara rakyat adalah suara keramat! suara rakyat untuk rakyat! Jangan suara kita di jadikan alat oleh keparat2 itu mencapai matlamat mereka!
KITA BERSATU BERDEMO BERJUANG UNTUK HAK2 RAKYAT! JGN BIAR KAN MANA2 BANGSAT JADIKAN RAKYAT SEBAGAI ALAT UTK MATLAMAT !!

Tanpa Nama berkata...

Penipu2 agama..

https://www.youtube.com/watch?v=pE8uyVdhXjk

Calipso berkata...

KSN, KSU, TKS dan lain2 pegawai kanan kerajaan semuanya 110% kaki ampu menteri... jangan haraplah depa berani melawan, sekali menteri batuk 17 KSU datang keliling...

memang dah diset periuk nasi peg kanan kerajaan dalam tangan menteri kalau tak kipas mana boleh jadi KSU kementerian

DX berkata...

seronok ko hisham orang duk ngampu.. haha!

aku balik 28 malam tu la. adui.

ada nak wat pandai lak. kapitalis sosialis komunis tu sistem ekonomi la.

khalifah tu pulak nama pangkat.

marx berkata...

aku warga petengahan.tak tua dan tak muda sgt kah kah..merasakan selama ini kita telah di cerahkan dari kegelapan oleh TT.lupakan soal agama,mazhab dan hukum hakam...selagi kita tidak menghumbankan kejahatan mutlak UMNO selagi itu kita di munafikan kehidupan dgn pelbagai pekara di sebalik UMNO.Berani aku katakan bahawa kami anak muda,warga pertengahan dan warga tua berjiwa muda merasakan kita semua adalah Nafas TT.keringat melawan kami dan kudarat kamu adalah lahir dari pencerahan TT.itu jelas.setuju atau tidak pasti ada..pejuangan dan semangat yg lampau telah TT turunkan...dan inilah waktunya kita kita menyambung kesinambunganya...pada akhirnya malaya ini menjadi milik anak muda menetu arah kiblat pemerintahan..adakah kita mau di bodohi terus terusan olek pemerintahan laknat bertopeng islam dan berslogan melayu sampai ke mampus?

Pro_Pembaharuan berkata...

AKU MEMANG BERFAHAMAN SOSIALIS... TETAPI AKU BERAGAMA ISLAM!

aku mengucap seperti kalian, aku bersembahyang seperti kalian, aku berpuasa seperti kalian, aku tak dapat pergi mekah sebab tak de duit...

KENAPA KAMU BERFAHAMAN NASIONALIS TAPI ISLAM BOLEH AKU BERFAHAMAN SOSIALIS DIHARAMKAN?

Tahukah anda kalian, Parti Buruh di UK pun berfahaman sosialis?

Agak-agaknya, merakyatkan harta kerajaan/sumber asli negara bukan dalam Islam???

Agak-agaknya, monopoli dan penindasan hak milik sumber asli negara ada di dalam islam?

Agak-agaknya, keuntungan melebihi 100% merupakan perniagaan dalam Islam? Kata mahu Islam, tapi keuntungan melebihi 100% dari harga kos adalah riba...

Agak-agaknya, wang zakat dalam sistem feudal/kapitalis boleh dilaburkan "secara islam"???

Mana Islam korang sebenarnya kalau kapitalis?

Sekurang-kurangnya, sumber ekonomi sosialis ada sedikit sebanyak dalam Islam tetapi sumber ekonomi kapitalis jelas-jelas bertentangan dengan Islam!

Sistem feudal dikaitkan dengan Islam tetapi lihatlah, apa raja gopal pukitiang SELURUH DUNIA sekarang buat?

Semua bodoh kerana propaganda kapitalis... dari US, UK, Arab Saudi sehinggalah ke Malaysia...

MANA IMAN KORANG YANG KORANG KONON-KONONNYA TUDUH MEREKA YANG SOSIALIS ITU ANTI ISLAM?

Pro Rakyat, Sheikh Al-Farisi... sila tambah ilmu anda dengan membaca semua ruang lingkup bacaan supaya tidak terdedah dengan mana-mana propaganda...

LEBIH BAIK SEORANG DOKTOR MEMILIH HIDUP DI HUTAN DARI SEORANG ANAK RAJA SAMPAI MATI HIDUP DI ISTANA...

doktor yang hidup dihutan kerana memperjuangkan orang miskin, sanggup hidup bersama-sama si miskin, ITULAH CHE GUEVARA!

pro rakyat berkata...

nampaknya ramai yang sudah panas hati apabila aku cuit sikit, aku tak kisah korang sumpah atau maki sebab ianya tidak memberi kesan kepada aku, sama ada anda seorang komunis atau tidak bukan urusan aku tapi jangan nak mempertikaikan agama islam, if your communist or what ever just keep it to yourself and don't bash and whack Islam, kalau dah rasa handal bebenar pergilah berdebat dengan ulama