Isnin, 14 Mei 2012

GEROMBOLAN TERUS TIPU MELAYU



KOMENTAR TUKAR TIUB


bila disenaraikan harta tanah ini menjadi saham
saham ini naik turun dipasaran
bila turun saham akan disimpan

bila saham ini naik
pasti akan di jualkan

yang dijualkan ini ialah harta tanah felda itu
maka ada orang akan membeli saham ini
yang menualkan saham dapat duit
yang menualkan saham tanpa disedari telah hilang tanah

ini tidak diberi tahu kepada peneroka felda

inilah namanya gerombolan tipu melayu






PENYENARAIAN FGVH BERI KEUNTUNGAN JANGA PANJANG KEPADA PENEROKA
- meloya

TEMERLOH: Penyenaraian Felda Global Holdings Ventures Bhd (FGVH) di Bursa Saham Malaysia pada Jun depan dilihat akan memberi manfaat dan keuntungan jangka panjang kepada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata penyenaraian tersebut amat dinanti-nantikan semua pihak kerana bakal memberi keuntungan yang berganda.

"Pihak yang menyebar pelbagai fitnah kononnya FGHV akan mengalami kerugian serta aset termasuk tanah hilang dan bankrap adalah tidak benar sama sekali.

"Pada awal penyenaraian tersebut nanti harga saham FGHV dijangka terus meningkat berganda dan mereka yang membeli saham itu sudah boleh berkira-kira akan mendapat keuntungannya pada tahun berikutnya," katanya ketika menyampaikan wang 'durian runtuh' kepada peneroka sempena penyenaraian FGHV kepada 900 peneroka FELDA Bukit Damar dan Lakum di sini, hari ini.


sila layari radio bangsar utama radio melawan:

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/





5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Louis Dreyfus pilihan FGVH (meloya 9 mei 2012)

KUALA LUMPUR 9 Mei - Syarikat gergasi berasaskan perniagaan pertanian, Louis Dreyfus telah ditawarkan untuk menjadi pemegang saham utama dalam Felda Global Ventures Holding (FGVH).

FGVH kini dalam persediaan untuk menjual saham-sahamnya dalam tawaran awam permulaan kedua terbesar tahun ini selepas Facebook, menurut tiga sumber.

Louis Dreyfus yang berpangkalan di Perancis, adalah syarikat dagangan bijirin yang kini telah meluaskan operasi dalam minyak sawit dalam beberapa tahun lalu bagi memenuhi peningkatan permintaan dalam penggunaan komoditi itu dalam makanan dan bahan bakar.

FGVH, sayap komersial Felda telah menawarkan Louis Dreyfus untuk mengambil 4.9 peratus kepentingan dalam IPO yang bakal menjana AS$3 bilion (RM9 bilion) pada Jun ini, kata sumber itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Tanpa Nama berkata...

Saham Mas apa cerita?, ASN apa cerita?, KTM apa cerita? ASJ apa cerita? x tau apa lagi nak sebut, yg menguruskan semuanya kroni gerombolan.. Semua ada masalah...Terbaru peneroka nak di jadikan modal perjudian mereka...Kalau dah tak tau berniaga jangan susahkan rakyat!

Tanpa Nama berkata...

Habis tanah tergadai makcik pakcik oii..

Setelah sedap kena goreng nanti yang tingal hanya sisa..

Tanah yang dahulu dijanjikan untuk peneroka kita nampaknya makin jauh dari mata dan hakmilik makin kompleks.. bukan hakmilik felda lagi.. apalagi peneroka.. durian runtuh pon kena beli pembiayaan pinjaman sendiri.. yang untung tauke FGVH.. berapa % agaknye "durian runtuh" ni...

Hmm apa nak jadi.. dah kabar tak caye kita tunggu la nanti anak-anak felda jadi jutawan.. hasil dari penyenaraian ni..

Tanpa Nama berkata...

nanti sat....apa nama syarikat perancis tu...aik? bicara kes pm pun perancis...syarikat yg ditawarkan saham pun perancis juga?

Tanpa Nama berkata...

Ranhill adalah satu contoh baik dimana pelaburan mereka di negara ARAB Libya hangus dan megalami kerugian besar sehingga melarutkan keuntungan dari dalam Malaysia.

Inilah cara BN menguruskan negara dan syarikat dan Felda akan mengalami situasi yang sama kelak apabila semua anak syarikat Felda di luar negara mulai mengalami kerugian besar dari sekarang.

Jaga dan lihat dan tunggu apa yang saya katakan itu, masa akan tentukan.