Selasa, 12 Jun 2012

JUAL RAHSIA KERAJAAN - BUAT LAPORAN POLIS




LAPORAN POLIS MERATA RATA





LAPORAN POLIS TERHADAP JUAL MAKLUMAT PERTAHANAN NEGARA
- SAMM

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus mengorak langkah berdepan kebejatan regim dengan membuat laporan polis dalam isu kebocoran maklumat keselamatan negara. Ini berikutan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, Terasasi Limited yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah menjual rahsia pertahanan negara kepada DCNS Perancis.

Sehingga kenyataan ini keluar, laporan polis telah dibuat di beberapa negeri termasuk di Balai Polis Yong Peng Johor, Kedah di IPD Sik, Pulau Pinang di IPD Bayan Baru, Terengganu di IPK K.Terengganu, Selangor di IPD Sabak Bernam, Pahang di IPK Kuantan dan Wilayah Persekutuan di IPD Dang Wangi. Beberapa negeri lain termasuk Melaka, N.Sembilan, Perak dan Perlis akan menyusul laporan polisnya hari ini.

SAMM merujuk kepada laporan SUARAM melalui artikel yang bertajuk FRENCH SUBMARINES DIVING MALAYSIA INTO DEEP CONTROVERSY pada 30 MEI 2012 di laman sesawang rasmi pertubuhan itu menyebut - Dokumen itu berkaitan laporan penilaian prestasi kapal selam Scorpene berasaskan keperluan pertahanan yang digariskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Dokumen sulit itu dijual pada harga 36 juta Euro (bersamaan RM142 juta).

Pendedahan tersebut menimbulkan tandatanya besar bagaimana dokumen sulit ketenteraan boleh dengan mudah dijual kepada syarikat pertahanan asing. Perbuatan ini adalah jelas merupakan perlanggaran undang-undang negara malah boleh diklasifikasikan sebagai pengkhianatan kepada negara.

Sehubungan dengan ini SAMM dalam laporan polisnya meminta suatu siasatan yang telus dan professional dijalankan oleh pihak berkuasa dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Siasatan hendaklah dibuat 'without fear or favour' termasuk terhadap Menteri Pertahanan ketika itu (PM sekarang) kerana beliau bertanggungjawab secara langsung di atas keselamatan negara. Perbuatan menjual rahsia negara tidak boleh dipandang ringan kerana mengancam keselamatan negara. DS Najib Razak, yang pada ketika skandal penjualan dokumen rasmi pertahanan negara ini berlaku memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Dipercayai juga bahawa Terasasi Limited ini dimiliki oleh Abdul Razak Baginda dan bapanya Abdul Malim Baginda yang merupakan sekutu kuat dan penasihat utama Dato Sri Najib Razak. Maklumat juga mempercayai mereka juga adalah proksi Najib dalam skandal penyelewengan pembelian Scorpene.

Oleh yang demikian, SAMM menuntut penyiasatan yang menyeluruh wajib dibuat demi mempertahankan keselamatan negara serta membawa mereka yang khianat ke muka pengadilan.

Zulkifli Hj Ibrahim
Pengarah Seketariat SAMM Kebangsaan





4 ulasan:

Stupid University berkata...

Pemimpin UMNO jual rahsia memang tak salah! Kah! Kah! Kah! Tak ada keperluan untuk dibahaskan di Parlimen! Atau perbicaraan di Paris tidak penting! Kah! Kah! Kah! Kah! Tapi kalau ada video liwat dan seks terhadap pemimpin pembangkang, tentu akan disiarkan full colour di akhbar serta dijadikan berita terhangat! Kah! Kah! Kah! Kah!

Tanpa Nama berkata...

org macam ni masih ditaati mufti?

Tanpa Nama berkata...

Pendedahan tersebut menimbulkan tandatanya besar bagaimana dokumen sulit ketenteraan boleh dengan mudah dijual kepada syarikat pertahanan asing.

mana ada mudah!
ingat mudah ke nak set up satu kompeni, tambahan lagi kompeni melayu, apatah lagi kompeni melayu di bumi hong kong?!
ingat mudah ke nak cari dan lantik pengarah2 kompeni yg sesuai dan berkaliber serta sanggup mengambil risiko besar dalam perniagaan, tambahan lagi pengarah2 melayu untuk berniaga di bumi hong kong, apatah lagi melibatkan bidang ketenteraan dan pertahanan negara malah bidang kapalselam yg belum pernah ada di malaysia sebelum ini?!
ingat mudah ke nak buat urusniaga dengan orang2 yg rata2 cuma fasih berbahasa ferancis, bukan inglis?!
ingat mudah ke nak dapatkan juru alihbahasa utk bekerja dgn kompeni melayu (asing) di hong kong dgn segera, tambahan lagi yg fasih kedua2 bahasa inglis dan bahasa ferancis, apatah lagi yg putih melepak cun melecun?! (tambah2 gandasejuta lagi nak dapatkan juru alihbahasa yg fasih inglis dan ferancis yg putih melepak cun melecun yg juga sanggup tidur dgn melayu pengarah kompeni, malah mahu menurut "apa saja permintaan pengarah"!!)
akhirsekali, ingat mudah ke nak dapatkan org2 ferancis sanggup menurut permintaan melayu pengarah kompeni untuk membayar komisyen yg sangat tinggi sebagai harga jualan urusniaga??!
siapa kata mudah?!!

Perbuatan ini adalah jelas merupakan perlanggaran undang-undang negara malah boleh diklasifikasikan sebagai pengkhianatan kepada negara.

JUAL, bukan lepaskan bagi percuma macam pulau batu-jadi-bijimata putih!
tambahan lagi, jual dengan harga yg sangat MAHAL, bukan jual dengan harga ciput murah tak munasabah macam harga air muntah, eh mentah johor!
jelas sekali, kepentingan negara telah diambilkira, lalu bukannya mengkhianat pada negara!

-average joe-
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Simpulan Bahasa (LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Malay Idioms)

Tanpa Nama berkata...

najib jual kote pada ziana di PD adakah itu rahsia kerajaan?
kah...kah....kah...