Isnin, 23 Julai 2012

HARI KETIGA KITA BERPUASA - MENCARI IKAN TERBAIK



PASAR BALOK TOP LISTING






MENCARI IKAN SEGAR


kelmarin aku bergerak menuju
ke sekincan untuk mencari ikan segar

telah mendengar khabar
bahawa dalam jam 6 petang
nelayan akan membawa tangkapan
mereka mendaratkan tangkapan

dalam perjalanan yang jauh ini
melintasi deretan panjang
warung warung jajan
di kuala selangor
melihat dari jauh
bazar ini kelihatan sibuk dan meriah
tidak berhenti kerana
ingin sampai ke sekinchan

kemudian berhenti di tanjung karang
ada pasar minggu
ke gerai ikan
ikan ikan kecil yang tidak menarik
lalu membeli saekor ikan sungai: lampam jawa
dan satengah kilo lala
satengah kilo jering muda

juga membeli air tebu sebagai
bekal untuk berbuka
dalam perjalanan ke sekinchan

SEKINCHAN YANG MENGECEWAKAN
sesudah jam 6
sampai ke sekinchan
lalu terus ke tempat nelayan
memang betul ikan sendang naik

KECIL DAN MENGECEWAKAN


tapi kecewa kerana yang naik
hanyalah ikan kecil
sotong yang kelihatan telah berumur
mungkin telah 3 atau 4 malam
tidur dalam peti air batu

keliatan mak cik china dan amoi
juga menunggu sama
mereka telah mengambil ikan-ikan
besar terlebih awal

masuk ke bazar ramadan sekinchan
amat menyedihkan
tak ada selera melihat bazar ini
mungkin kerana dibuka dalam kawasan pasar
maka sang lalat berterangan
yang sang bau busuk juga merayau-rayu

PUSING KE KUALA SELANGOR
di kuala selangor ada pasar ikan
kalau nasib baik
masih ada ikan

berbuka air tebu dalam kereta

nasib baik masih ada 5 buah gerai
yang masih menjual ikan walau pun
telah masuk senja

lalu membeli saekor senangin
dan saekor ikan tongkol puteh

BERITA MEMERANJATKAN
adalah diberitahu bahawa
satu kilo ikan tenggiri ialah 40rm
satu kilo ian bawal puteh uialah 50rm
satu kilo ikan senangin 25rm
satu kilo ikan merah 25rm

patutlah ramai yang makan ayam
kerana harga murah
pasal makan ayam jadi gemok dan montok

TIDAK SESEGAR YANG DIIDAMKAN




MAKAN TEPI SUNGAI
untuk makan malam
singgah di restoran makanan laut
yang amat popular dengan
pelancung yang datang untuk melihat kelip-kelip

memesan stim kerpau dengan sos soya
memesan daun keledek dengan bawang puteh
teh china
dan dua gelas kosong untuk
air tebu yang agak banyak

NOTA:
air tebu 3rm yang dibeli
di tanjung karang masih ada
setengah botol dlaam peti ais
untuk teman berbuka petang in

SELAMAT MAKAN - bon appetit


layari radio bangsar untuk cerita makan:










12 ulasan:

King Jason Ori berkata...

Kisah sedih si Ikan Kembung yang nakal : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/01/kisah-ikan-kembung.html

Riyaz berkata...

hisham,
lu pergi sekinchan buat apa? cari sekinchan ikan bakar ke? kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

woi terawikh kat mane?cite lah

Tanpa Nama berkata...

berapa kali gua nak jemput..datang ke Restoran Ikan Sungai, BB bangi dekat Hotel Amani.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
23 Julai 2012 3:48 PTG

kah kah kah
kah kah kah

mesti ko ingat ko masuk syurga kan sebab ko semayang terawikh hari hari...

Tanpa Nama berkata...

mahalnya ikan kat malaysia.
brunei ikan tenggiri yg sangat fresh sekilo $8 = rm20

-rose

Tanpa Nama berkata...

sanggup TT carik ikan punya pasal. ingat gi sekinchan ikan bakar tadi.. eh ada lagi ke pun? kah kah

Tanpa Nama berkata...

TT buat terawih brp rakaat???? 8 ke 21 asyik cerite pasal mkn jer...

Tanpa Nama berkata...

Sekinchan ikan bakar buka cawangan baru
Ptui

Tanpa Nama berkata...

apsal lu tak beli udang kat tanjung karang?
Kat situ kan ada mamat sewa tanah bukak kolam udang.
udang murah2 ooooo
udang disebalik mee pun ada...
tak caya tanya nooh

Tanpa Nama berkata...

macam la posa!

Carroll berkata...

Bro, kalau nak ikan terbaik, bazaar terbaik, engko pegi sungai besar. Sekinchan dah slow sikit, Sungai Besar yang mantop.