Khamis, 26 Julai 2012
SELAMAT BERBUKA PUASA - DIMANA KAN KU CARI ITIK?
DIMANA ADANYA RENDANG ITIK?
KUALA LUMPUR PETANG INI
redup dan berangin
selesa dan nyaman
yang tidak ada hanyalah
perempuan bermata jeli
dan budak lelaki yang nenuangkan
air anggir anngur ke canggkir perak
aku juga tidak duduk di divan
aku hanya duduk di kerusi ikea
tidak ada sungai madu
tidak ada sungai susu
yang ada sungai klang di hadapan rumah aku
KOTA KOTA LAIN
aku tak tahu
mungkin ada perempuan bermata jeli
mungkin ada budak lelaki menuangkan air anggur
PETANG INI TAK ADA YANG SPESIAL
kueh petang kelamrin dipanaskan
gulai itik petang kelmarin dipanas
lala sahur di panaskan
maka aku akan berpuasa
diatas buah manggis
buah yang paling aku minati
ketika ini
ITIK OH ITIK
dimana agaknya akan ditemui
gulai gulai itik
dimana agaknya akan ditemui
itik yang dipanggang
dimana agaknya akan ditemui
rendang itik
Labels:
berbuka puasa hari raya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 ulasan:
datang parit buntar le TT. pasar ramadhan bandar baharu. perghhhh, kurma itik, gula itik semua ada.
selamat berbuka tt
sama lagi kita.
aku berbuka hari ni pun semua dgn lauk semalam yg dipanaskan.
semoga ketemu itik yg di idamkan suatu hari nanti.
Rendang itik ni orang Melaka terutama orang Alor Gajah biasa bikin. Kat Batang Benar, Nilai aku pernah makan kat satu warung yg ada rendang itik. Kat Kl ni cuma pernah jumpa kat satu kedai makan mengada-ngada a.k.a kelas menengah, Bijan kat Jln Ceylon.
Kalau itik panggang, pernah aku beli kat pasar malam tapi jujur cakap Melayu buat memang gagal la. memang org Cina jela yg pandai bikin, da tentu kau tau hakikat ni. ditanggung sendiri laaa kahkahkah.
Di rumah Rafidah bekas Raja AP banyak itik.
Ada itik kayu itik batu,itik plastik. Itik pulang petang pun ada. Macam2 itik ada.
Hisham boleh balun semuanya.Rafidah akan senonok jumpa kamu yang maseh virgin. Kah,kah,kah.
ko penat ye.semoga didalam keadaan baik
tol pedas linggi. keluar ambik simpang kanan..lepas 2,3 minit tgk warung sblh kanan. Warung ikan salai..ada gulai itik...nama warung tak tahu..pernah cuba sekali 2 mggu lepas gulai itik kt situ.
aku beli itik salai kat pekan pilah.tak pernah rasa itik salai cina jadi kepada aku itik salai kuala pilah dah cukup ummppphh.isnin lepas mem aku masak itik tu,gulai lemak cili api.dah tu dikeringkan,jadi macam rendang,best!ni ada sebelah lagi,yang ni memang nak buat rendang.hahaha kau turun temerloh,buka puasa rumah aku,kita makan rendang itik ok.cheers
mai laa penang.kita pi permatang nibong.
Antara lauk peberet aku.. Lauk semalam/kelmarin yang dipanaskan.
datang bazar ramadhan sg buloh dekat Bkt Rahman Putra, insyallah beberapa hari lalu ada.
dekat YAN kedah bazar ramadan ada pakcik juai itek kari saja..sempoi..seketul rm5...best
tolong jangan makan saya, tuan. jangan! jangan!
TT pegi la umah PM, kat sana ada itik besau umang oooi... siap main bedmington lagik ha...
lama lu tak kutuk suami najib.. bertaubat dah ka?
Cuba Pantai Dalam ... nama kedai lupa. But restoran masakan kelate. Best gulai itiknye!
Bro Isham, kat pasar ramadan dengkil makcik tu nyer rendang itik sold out semalam aku tanya dia cakap dia mampu buat 5 ekor itik je walaupon permintaan banyak kalo nak kena datang awal ketika dia mula start niaga at 4.30 pm
adakah ini untuk mengolah persetujuan ramai supaya memakan itik?
mungkin TT ada buat projek bela itik...
gurauan diketepikan...
DI MANA BOLEH DAPAT GULAI ITIK?
terliur jugak ni>>>
Rendang Itik di
Bijan Restaurant
2, Jln Ceylon KL
2009,2010 AND 2011 Best Malay Restaurant - Time Out Kuala Lumpur
BEST !!
Catat Ulasan