Khamis, 9 Ogos 2012

CARA GEROMBOLAN CARI DUIT - BUAT BANYAK SAMAN





JANJI BERSIH MALAM 30 OGOS





UMUMKAN LOKASI KAMERA AES


Seperti biasa setiap kali musim perayaan, jalanraya di Malaysia pasti akan menjadi sibuk. Ini terutamanya dalam perayaan Eidulfitri apabila semua berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Agak malang kerana keadaan sistem pengangkutan awam negara yang sangat lemah maka secara langsung akan meningkatkan jumlah kenderaan di atas jalanraya apabila ramai akan memilih untuk menggunakan kenderaan persendirian.

Dalam keadaan orang ramai membanjiri jalanraya, sistem AES iaitu satu sistem perangkap kesalahan lalulintas akan mula beroperasi dan saman yang dikendalikan syarikat akan dilaksanakan bermula 12 Ogos ini. Walaupun terdapat banyak bantahan tetapi terhadap pengswastaan saman lalulintas, seperti biasa regim pemerintah tidak mempedulikan suara rakyat dan tetap melaksanakan sistem saman yang akan menguntungkan pemodal besar ini. Dilaporkan pemilik kenderaan boleh disaman sehingga RM2000 kerana sistem ini.

Untuk melaksanakan sistem ini perbagai alasan lunak dilagukan ke telinga rakyat. Antaranya ialah regim menyatakan bahawa AES bukan untuk keuntungan syarikat tetapi bagi mendidik pengguna. Dengan ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut regim penguasa melalui PDRM untuk bersikap benar-benar ikhlas dalam perkara ini.

SAMM menuntut supaya Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan, JPJ mahupun PDRM itu sendiri supaya menyiarkan lokasi-lokasi kamera AES di seluruh negara supaya kenderaan lebih berhati-hati ketika menggunakan jalanraya dalam musim perayaan ini. Ia bertepatan dengan kenyataan kerajaan bahawa sistem AES bukan untuk keuntungan syarikat tetapi mendidik pengguna malah dengan penyiaran lokasi kamera ini akan lebih meningkatkan kesedaran pengguna kepada "perception of being caught" seperti yang dimahukan oleh Kerajaan. Jika regim gagal mengumumkan lokasi-lokasi kamera AES tersebut maka akan menyerlahkan sikap sebenar dan matlamat mengaut keuntungan semata.

Pada perayaan ini SAMM juga menasihatkan semua pengguna kenderaan mempertingkatkan langkah berjaga-jaga dari faktor kecelakaan jalanraya mahupun kehilangan wang ringgit anda akibat disaman syarikat swasta. SAMM sendiri akan mengadakan kempen keselamatan jalanraya dengan cara yang tersendiri di beberapa lokasi di seluruh negara.



Berhati-hati di jalanraya, ingatlah orang yang tersayang dan peranan besar kita kepada negara.

Sekian

Yaser Sheikh Abd Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com


5 ulasan:

lunchai berkata...

Sempoi la SAMM cilok....

Unknown berkata...

Syabas samm menyokong kempen anti saman ekor... Statement sama sebijik

Tanpa Nama berkata...

Pdrm pasang lukah ...hahaha,arap ikang2 sume dh cerdik belaka

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=uvYxXBMqEOM
mungkin solusi ni berkesan drpd AES

Tanpa Nama berkata...

saman naik . tapi had laju dikurangkan lagi 10 km/h . comfort bukan nak mengajar .tapi nak pasang pukat