.

Selasa, 24 Mei 2016

PENJUAL AGAMA








BELOT

DAN

MEMBELOT

JUAL AGAMA


KOMENTAR
wajib difahami
kerana hadi
dan beberapa pemimpin pas
parti yang satu ketika
dahulu menyuarakan
rasa hari petani melayu
kini telah menjadi pembelot

hadi bukan lagi melihat
gerombolan ketuanan melayu
sebagai musuh
hadi kini menjadi ajen gerombolan
untuk terus mengagalkan 
usaha pakatan harapan

ini amat amat jelas

pasti pas tidak akan
menjadi anggota barisan
tetapi peranan pas
ialah menghuru harakan
perjuangan rakyat

pas akan terus memainkan
peranan ini untuk
gerombolan ketuanan melayu

umum wajib sedar
umum wajib tahu
bahawa pas di bawah hadi
ialah parti yang telah belot
dengan menggunakan agama




24 Mei 2016
KUALA LUMPUR - Pas didakwa menjadi punca mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ditangguhkan buat kali kedua selepas gagal memberi maklum balas bagi membincangkan isu PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, maklum balas itu penting memandangkan sebelum ini Pas sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu.

“Kita masih menunggu respons daripada Pas. Kita sudah ada mesyuarat tertutup sebelum ini. Memandangkan Pas bertanding di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya sebelum ini.  

“Isu itu menjadi asas dalam rundingan kita, mencari bagaimana untuk selesaikan isu itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, semalam.


WOIT

punah sehat

apa stori

apa alasan yang

muna sarawak

tak datang 

meting bincang

ops..munasabah

kah kah kah

MAT SOTONG
----------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Dulu ada orang tanya Konsultan (yahudi) Maharembat yg di bayar jejuta hinggit, apo yg dibuek nyo. Nah .. sekarang .. hasilnya dah nampak .. buah nya dah nampak. Pakatan dah mula bersilat, berkuntau dan berkalipayat sesama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Dah 2 kali tangguh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)!???

1. Parti PAS ni komponen PH ke? Bila Hadi setuju sertai PH?
2. Besar sangat ke PAS berbanding komponen lain dalam PH
3. Kenapa bangang sangat sampai tangguh dua kali?
4. Takde PAS, tak boleh tumbangkan BN ke?
5. Amanah dan DAP tiada hak bersuara dalam PH ke?
6. Dah dua kali tangguh mesyuarat.. lepas ni apa?

#sajatanyajanganmarah

Tanpa Nama berkata...

Masalah sebenar PAS sekarang adalah mudah: sifat dengki. Kebanyakan ahli PAS yang dilabel "liberal" merupakan golongan yang berkelulusan profesional dan akademik, mempunyai minat dan cinta mendalam berkenaan agama yang mereka anuti. Mereka ini sanggup belajar ilmu agama walaupun sudah ada ijazah demi kerana cintakan ilmu. Berbeza dengan barisan pemimpin PAS sekarang yang rata2nya lemah dari segi ilmu duniawi (sains, matematik, teknologi, ekonomi) dan memilih ilmu kewahyuan sebagai ganti. Sesudah tamat pengajian mereka selesa bergelar ustaz atau ustazah dan terus berhenti mencari ilmu. Kerana itu mereka takut berhadapan golongan "liberal" dalam PAS kerana golongan mampu melihat dunia kontemporari dari kacamata logik dan agama. Jika golongan "liberal" ini dibiarkan, golongan "ugamawan" akan menjadi golongan pariah didalam parti. Sesungguhnya golongan ugamawan dalam PAS lupa pengasas parti itu sendirinya adalah seorang doktor homeopati....