Sabtu, 18 Jun 2016

TERKINI TER NOWW





TERKINI

Peratusan baik, Amanah optimis mampu cipta kejutan

18 Jun 2016
Berbaki dua jam sebelum pusat pengundian ditutup, Parti Amanah Negara (Amanah) optimis mampu membuat kejutan pada kedua-dua pilihan raya kecil kali ini.
Pengarah Biro Pilihan Raya (BPR) Amanah, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, ia berdasarkan sokongan saat akhir yang ditunjukkan pengundi serta peratusan keluar mengundi yang agak memberangsangkan setakat ini.
"Dengan 59 peratus di Kuala Kangsar dan 58 di Sungai Besar setakat jam 2 petang, itu pada saya sudah cukup tinggi.
"Dengan baki dua jam lagi ini tidak mustahil angka 72 peratus seperti dianggarkan oleh SPR boleh dicapai.
"Bagi Amanah, jika peratusan keluar mengundi antara 72 hingga 75 peratus, kita optimis boleh buat kejutan," katanya ketika dihubungi.

TERBAIK




-----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amanah pasti menang

Rakyat tak nak GST dan DUIT MAGIK tetiba

NAJIS sudah banyak sangat , nak buka puasa duit pun tak ada hanis bayar TOL dan Minyak

Kepala Otak !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kejutan dlm mimpi ulasan bila baca bacaan blog MSO. Jika 72-75%, peluang BN cerah kekal kedua2 PRK. BN perlu takut jika bawah 65% atau atas 85% pengundi yg keluar, katanya.
Cuma sekarang nk lihat berapa PAS & PAN dapat undi sahaja. Mingkin tak sampai hilang wang deposit.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Amanah menang, aku akan makan selipar aku, cicah kuah patin tempoyak.
Sebab apa aku konfiden ? Sebab rata2nya, rakyat kampong masih bangang. Kalau rakyat kampong cerdik, camana ularmak masih boleh cari makan ?

Tanpa Nama berkata...

Kalau amanah menang, episod baru politik malaya akan berlaku dan kerja menghalau najib rosmah serta bn akan lebih lancar dan tersusun. Kalau bn menang, hahaha padan muka.

Dan parti pas.. akan jadi kupang tembaga. Syukur.