Khamis, 14 Julai 2016

BAJU MERAH TAK MARH KE?






TEPAT 

SOKONG

SYABAS


Pensyarah UTM singgung penganut Sikh, Hindu dipecat

 | July 14, 2016
Pemecatan dikenakan kerana beliau tidak mengikuti modul yang disediakan kementerian.




PUTRAJAYA: Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terlibat dengan kontroversi bahan pengajaran mata pelajaran Tamadun Islam dan Asia Tenggara (Titas) yang menyinggung sensitiviti penganut agama Hindu dan Sikh dipecat semalam.
Menteri Pendidikan Tinggi  Idris Jusoh berkata pemecatan pensyarah berstatus kontrak itu dibuat universiti berkenaan kerana beliau tidak mengikuti modul yang disediakan kementerian.
“Modul yang dikeluarkan merupakan garis panduan kepada semua pensyarah dan kejadian ini berlaku kerana pensyarah tersebut tidak mengikuti garis panduan yang diberikan.
“UTM menubuhkan jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa profesor pelbagai latar belakang budaya dan agama dan mengakui apa diajar pensyarah itu tidak selari daripada apa yang sepatutnya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu, Idris meminta semua pihak pentadbiran universiti di negara ini supaya sentiasa memantau perkara tersebut bagi mengelak kejadian yang sama berulang pada masa hadapan.

WAHAI

PANGLIMA

AIR  LUDAH

DIMANAKAH

KAMU BERADA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH


------------

Tiada ulasan: